Kiddytopia, IOI Mall 2 Putrajaya: Tempat Main Yang Selamat Dan Seronok Untuk Si Kecil.
Mai, sekarang ibu bapa boleh bawa anak-anak ke Kiddytopia. Sambil berjalan di IOI Mall, boleh hantar anak - anak bermain disini tetapi mesti ada penjaga untuk menjaga keselamatan anak-anak ya!
Ini adalah Kiddytopia IOI City Mall Putrajaya, cawangan ke-3 mereka selepas Kiddytopia Aeon Nilai dan Kiddytopia Mid Valley South Key Johor Bahru.
Terdapat pelbagai aktiviti dan permainan yang Kiddytopia sediakan, tak rugilah kalau korang kesini bawa anak-anak untuk bermain disini. Tapi, kena ingat keselamatan harus di jaga dan sentiasa dipantau.
Kalau korang jenis yang tak suka berpanas, ini adalah taman tema tertutup yang sesuai untuk anak-anak anda bermain.
Jika korang kesini jangan lupa pakai stoking ya. Kalau tiada stoking boleh beli dengan harga Rm 3.00 sahaja.
Ha! apa lagi mari bergembira bersama anak-anak dan beli jiwa anak setelah penat bekerja.
Pas kemasukan ke Kiddytopia adalah One Day Pass ataupun Pas Sehari bermaksud anak-anak anda boleh keluar dan masuk tanpa had dalam masa sehari. Kiranya kalau lapar tengah bermain tu, boleh keluar kejap untuk cari makan. Lepastu boleh masuk balik.
Datanglah ke Kiddytopia, IOI Mall Putrajaya. Untuk merasai Keronokkan bersama anak-anak.
?L2-235A, Level 2, IOI City Tower Two, Lbh IRC, Ioi Resort, 62502 Sepang, Putrajaya
⏰10am– 10pm
? 010-764 6877
?Tiket Masuk:
Hari Minggu / Hari Bekerja
✅2 Tahun Ke Atas - RM45
✅2 Tahun Ke Bawah - RM20
Hujung Minggu / Cuti Sekolah
✅2 Tahun Ke Atas - RM55
✅2 Tahun Ke Bawah - RM25
Anda mungkin suka:
❤️Tahu Tak Taman Tema Baru Di Melaka Dah Dibuka? Jom Kenali Malaysia Heritage Studio