download Jom Explore app
TamingSari Beach House, Staycation Dengan Pemandangan Lautan Selat Melaka.

TamingSari Beach House, Staycation Dengan Pemandangan Lautan Selat Melaka.

Jom! Cuti Staycation
By Anthony Teo on 07 Feb 2023
Deputy Managing Editor

TamingSari Beach House adalah sebuah rumah chalet yang memiliki rekaan yang unik dengan konsep kayu dan rumah tradisional Melayu lama. Terletak berhadapan dengan pantai Kuala Sungai Baru, Melaka, tempat ini menjanjikan pemandangan pantai yang indah dan memukau bagi para pengunjung.

Unik dan cantik.Photo from The TamingSari Beach House, FB

Chalet ini berada dalam kawasan berpagar dan terdapat tempat letak kereta disediakan di belakang chalet. Pantai betul-betul berada di depan chalet, sehingga anda hanya perlu turun dan boleh mandi laut.

Air laut yang menyejukkan.Photo from The TamingSari Beach House, FB

Pemandangan air laut biru yang disertai dengan deruan ombak membuat tepi pantai semakin indah terutama pada waktu senja. Anda  dapat menghirup udara segar dan merasai suasana yang tenang dan damai. BEST! Kan?

Pemandang laut Selat MelakaPhoto from The TamingSari Beach House, FB

Sememangnya tempat yang BEST untuk bercutiPhoto from The TamingSari Beach House, FB

TamingSari Beach House menawarkan 2 unit chalet dengan saiz yang cukup luas, sekitar 70x90 kaki persegi, dan berada dalam kawasan berpagar. Para pengunjung akan dapat menikmati beberapa kemudahan seperti bilik mandi, tempat BBQ, dan halaman yang cukup luas untuk meletakkan beberapa khemah kecil.

Bilik yang selesa dan bersihPhoto from The TamingSari Beach House, FB

Bagi yang ingin memastikan privasi mereka terjaga selama berkunjung, disarankan untuk menyewa kedua-dua unit chalet. Aktiviti seperti BBQ, hari keluarga, dan memancing dapat dilakukan dengan nyaman dan tenang di sini.

BBQ, antara aktiviti yang paling popular di sini.Photo from The TamingSari Beach House, FB

Sini juga ada port untuk memancing.Photo from The TamingSari Beach House, FB

Wah, kalau nak ambil gambar yang menarik dan buat check-in yang seronok, tempat yang terbaik ialah di rumah klasik Melayu dengan latar belakang laut. Pasti akan jadi gambar yang tak boleh dilupakan!

Pemandangan senja yang cantik .Photo from The TamingSari Beach House, FB

Banyak spots yang sesuai untuk mengambil gambar.Photo from The TamingSari Beach House, FB

Ia sememangnya  adalah tempat yang sempurna untuk mereka yang mencari destinasi bercuti yang menawarkan pemandangan alam yang indah dan harga yang berpatutan.

Tenang dan damai.Photo from The TamingSari Beach House, FB

?Jalan Kampung Solok, Kampung Hilir, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka

?012-321 9767

Anda Mungkin Suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok