Ngeteh Cafe, Warung Kopi Klasik Di Tepi Pantai!
Rasanya, semua orang suka untuk duduk melepak di tepi pantai sambil menikmati kopi feveret. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa dan deruan ombak, ini semua sangatlah menenangkan!
Kalau anda semua nak merasa 'pengalaman' ini, apa kata anda ke Ngeteh Cafe yang terletak betul-betul bersebelahan di tepi pantai iaitu Kampung Pantai, Melaka. Sambil minum kopi tu, bolehlah pergi main air di pantai.
Ciri kafe yang klasik
Sesuai dengan namanya, konsep Ngeteh Cafe ini mengikut ciri-ciri klasik di mana orang boleh berborak dan melepak lama-lama di kedai kopi.
Antara minuman kopi yang disediakan adalah Americano, Iced Latte, Iced Caramel Latte, Iced Caramel Macchiato, Iced Green Tea, Iced Chocolate, Iced Vanilla dan Blue Sparkling dengan harga yang sangat berpatutan!
Selain itu, terdapat juga pilihan makanan dari nasi lemak, lasagna dan juga pencuci mulut seperti brownies, pavlova dan juga cheesetart. Senang cerita, semua adalah di sini!
Hampir tutup kedai gara-gara tak dapat sambutan
Rupanya ada kisah sedih di sebalik pembukaan kafe ini, pada mulanya mereka tidak mendapat sambutan kerana kualiti kopi mereka dikatakan tidak mengikut selera ramai membuatkan pemilik hampir menutup kedai ini. Namun begitu, setelah tidak putus asa berusaha dan meningkatkan rasa dan kualiti kopi membuatkan kafe ini semakin dikunjungi orang ramai.
Untuk pengetahuan, kafe ini hanya dibuka untuk tempoh masa 3 petang hingga 7 petang sahaja pada hari biasa. Sesuai juga jika anda nak tengok pemandangan matahari terbenam!
?Kampung Pantai, Melaka
⏰Selasa - Rabu (3pm - 7pm), Sabtu & Ahad (2pm- 8pm)
Anda mungkin suka: