download Jom Explore app
Bermalam Di Rumah Tangga Merah, Teluk Intan Berkonsepkan Moden Dan Tradisional

Bermalam Di Rumah Tangga Merah, Teluk Intan Berkonsepkan Moden Dan Tradisional

Jom! Cuti Staycation
By Ayunie Husna on 03 Feb 2023
Digital Editor

Siapa kat sini nak cari Staycation yang ada unsur moden dan tradisional? Tahu tak Rumah Tangga Merah menyediakan perkhidmatan ini, yang mempunyai kolam mandi berserta rumah melayu yang lama.

Konsep dalaman Rumah Tangga MerahPhoto from Rumah Tangga Merah

Kenapa tangga merah

Homestay ini mempunyai tangga yamg berwarna merah yang mengekalkan konsep tangga yang sangat lama. Disebabkan itu, ia mempunyai tarikan yang tersendiri.

Tangga yang menjadi kebangganPhoto from Rumah Tangga Merah

Keunikkan tempat ini

Terletak di kawasan kejiranan yang damai, tempat penginapan kami mempunyai kolam renang peribadi yang sesuai untuk berehat dan berjemur di bawah sinar matahari.

Kolam renang yang luasPhoto from Rumah Tangga Batu

Terdapat 2 ruang utama, gaya galeri klasik di bahagian atas rumah dan bahagian ruang tamu yang lebih santai di bahagian bawah. Walaupun ia rumah tradisional, kami menyediakan rumah yang selesa dan selesa dari rumah ke rumah. Terdapat 2 bilik untuk homestay ini.

Bilik yang disediakanPhoto from Rumah Tangga Merah

Makanan juga disediakan tapi yang paling bestnya korang boleh merasai seperti makan di Bali sebab makan di dalam kolam. Memang seronoklah! dekat je pon kan, sangat sesuai untuk keluarga.

Makan seperti di BaliPhoto from Rumah Tangga Merah

Homestay ini berharga

Rumah Tangga Merah untuk satu malam berharga Rm450.00 dan ia nya tidak dikongsikan bersama orang lain. lebih kepada private trip  Lokasinya juga strategik untuk ke teluk intan dan melawat ke kawasan sana keranan mempunyai pelbagai tarikan untuk semua ahli keluarga.

Dekorasi pada bahgian dapurPhoto from Rumah Tangga Merah

Homestay ini merupakan satu-satunya rumah konsep warisan di Teluk Intan. Ia sesuai untuk sesiapa sahaja yang mempunyai citarasa unik dan ingin menikmati pengalaman berbeza di Teluk Intan. Lokasi juga sangat strategik dan terletak hanya 5-8 minit ke bandar Teluk Intan.

Menara Condong Teluk IntanPhoto from Rumah Tangga Merah

 ?Lorong Guru/Perwira, Kampung Raja Ahmad Hisham, 36000 Teluk Intan, Perak

?016-338 6801

Anda Mungkin Suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok