download Jom Explore app
Denai Kabus, Atau Dikenali Sebagai 'Little Kundasang' Negeri Perak!

Denai Kabus, Atau Dikenali Sebagai 'Little Kundasang' Negeri Perak!

Jom! Cuti Staycation
By Anthony Teo on 29 Jan 2023
Deputy Managing Editor

Denai Kabus juga dikenali sebagai 'Little Kundasang' kerana suasana yang sejuk dan menawan serta pemandangan yang luar biasa. Jom bersama kami ke Denai Kabus dan menikmati semua pemandangan yang menakjubkan ini!


View this post on Instagram

A post shared by Denai Kabus (@denaikabus)

Ia merupakan lokasi percutian yang sangat best di negeri Perak! Pencinta alam pasti akan suka sini kerana ia terletak jauh dari kesibukan kota. Menikmati pemandangan bukit bukau yang indah, diselimuti oleh hijauan tumbuhan dan diiringi oleh bunyi siulan burung-burung, pasti akan memberikan ketenangan kepada setiap pengunjung.


View this post on Instagram

A post shared by Denai Kabus (@denaikabus)

Kabus tebal yang terhasil di sekitar kawasan tersebut. Lokasinya sendiri di bawah kaki gunung Kenderong dan Kerunai yang menjadi ikon bagi kawasan Gerik Hulu.

Harga Bermula Daripada RM150/malam Jeh!

Resort ini juga menyediakan pakej penginapan dengan harga yang berpatutan yang sesuai dengan jumlah tamu. Terdapat dua jenis penginapan yang disediakan disini. Cottage A adalah penginapan yang unik dan mempunyai reka bentuk ala-ala Eropah. Hanya terdapat 6 unit sahaja untuk cottage tersebut. Cuma dengan RM150/ malam, anda boleh merasai penginapan yang unik dan sangat menyeronokkan untuk 4 orang dewasa.

Selain itu, anda juga boleh menyewa tapak berkhemah pada harga RM50. Tambahan RM10 jika anda ingin menyewa khemah milik Denai Kabus. Tapak khemah ini lengkap dengan punca elektrik, sinki, dan tandas. Unggun api disediakan tanpa caj tambahan. Jadi, jom ke Denai Kabus dan rasai penginapan yang unik dan menyeronokkan!

Banyak aktiviti Yang Anda Boleh Cuba

Terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan di sini, seperti memancing di kolam ikan dan tasik, memandu kenderaan ATV, berkayak, menunggang kuda, mandi manda di sungai, belajar menoreh getah, taklimat madu kelulut dan pakej mendaki Gunung Kenderong/ Kerunai.

Semuanya sesuai untuk semua peringkat umur. Jadi, jom bawa keluarga anda untuk menikmati percutian yang unik dan penuh dengan keseronokan di Denai Kabus!

Denai Kabus sangat mudah diakses dan berdekatan dengan Pekan Gerik hanya 15 minit sahaja dengan naik kereta.

?Denai Kabus, Kaki Gunung Kenderong, Kampung Pahat, 33300 Gerik, Perak

?019-526 1775

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok