download Jom Explore app
Wow! Ada Muzium Kamera Tersembunyi Lah Di Gold 3 Boutique Hotel. Jom Pergi?

Wow! Ada Muzium Kamera Tersembunyi Lah Di Gold 3 Boutique Hotel. Jom Pergi?

Jom! Cuti Staycation
By Nurul Khaleeda on 07 Feb 2023
Digital Editor

Sekiranya anda merupakan peminat muzium ataupun fotografi, maka anda kena pergi ke Muzium Kamera tersembunyi yang terletak di Gold 3 Boutique Hotel, Bukit Bintang.

Konsep vintag stail yang sangat unikPhoto from Instagram gold3boutiquehotel

Jangan tak tahu, di luar memang kelihatan seperti hotel tapi jika anda naik ke tingkat satu hotel ini, anda akan disajikan dengan pemandangan kamera-kamera vintaj yang pastinya menggamit memori.

Kamera vintajPhoto from Instagram gold3boutiquehotel

Tapi, kalau anda ni Gen-Z, mungkin ia adalah sesuatu yang klasik untuk anda.

Kamera vintajPhoto from Instagram gold3boutiquehotel

Mempunyai dua konsep iaitu vintaj dan modenPhoto from Instagram gold3boutiquehotel

Uniknya tempat ini di mana masuk adalah percuma. Di perkarangan lobi utama lagi anda sudah dapat melihat sedikit hiasan vintaj kamera-kamera lama ini. Dari sini dah boleh mula bergambar.

Lobi hotel yang mempunyai konsep klasikPhoto from Instagram gold3boutiquehotel

Sedikit sejarah, hotel ini sebenarnya dulu merupakan bilik gelap yang digunakan untuk memproses filem-filem kamera dan juga perniagaan berkaitan fotografi. Ia kemudiannya diubah suai menjadi sebuah hotel.

Kamera vintajPhoto from Instagram gold3boutiquehotel

Namun, pemiliknya masih mengekalkan konsep fotografi dan terhasil lah muzium kamera ini.

Barang lama tak semestinya tidak bergunaPhoto from Instagram gold3boutiquehotel

Oh ya, hotel ini juga bukan sahaja ada konsep vintaj tau. Mereka juga terbahagi kepada dua bahagian di mana terdapat juga konsep moden dan estatik! Semua tempat memang sangat lawa untuk bergambar.

Tempat wajib bergambar! Photo from Instagram gold3boutiquehotel

Anda juga boleh staycation di hotel itu kerana ia terletak di kawasan Bukit Bintang, banyak tempat boleh pergi sama ada di Pavillion, KLCC ataupun tempat-tempat lain yang menarik di sekitar ibu kota.

Inilah KL! Photo from Instagram gold3boutiquehotel

Sekiranya anda berada di kawasan Bukit Bintang, jangan lupa untuk singgah di Muzium Kamera ini tau. Yang penting kena bawa kawan sebab banyak tempat yang best untuk bergambar  di sini!

Jom pergi sini geng?Photo from Instagram gold3boutiquehotel

?179, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

? 03-2141  7753

Anda mungkin suka:

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok