download Jom Explore app
Jangan Tak Tahu, Ini Muzium Untuk Anda Kunjungi Dengan Si Dia Atau Rakan-Rakan

Jangan Tak Tahu, Ini Muzium Untuk Anda Kunjungi Dengan Si Dia Atau Rakan-Rakan

Jom! Cuti
By Nurul Khaleeda on 16 Dec 2022
Digital Editor

Bila dengar mengenai muzium, automatik orang akan terfikir bahawa tempat itu dipenuhi dengan sejarah dan membosankan. Malah, kalau ditanya kepada orang ramai, bilakah kali terakhir mereka melawat muzium, kemungkinan jawapan yang akan diterima adalah ketika zaman persekolahan dahulu.

Bagaimanapun, jangan tak tahu yang sekarang ni ramai generasi Z mula menjejakkan kaki ke muzium apatah lagi untuk ‘dating’ atau bersama rakan-rakan.

Ini kerana terdapat beberapa muzium yang mula viral di laman TikTok membuatkan mereka tertarik untuk ke sana. Jika anda tiada rancangan pada hujung minggu ini, apa kata anda melawat ke beberapa muzium ini. Pasti seronok!

?Muzium Telekom

Haa.. kalau anda semua nak tahu, Muzium Telekom ini antara yang viral di laman TikTok, malah pameran di muzium ini memang ‘next level’ lah. Sebab itu lah ramai yang beratur nak mengunjungi tempat ini sekarang.

Muzium Telekom sebelum ini dikenali sebagai Muzium Telekomunikasi Negara. Para pengunjung boleh menyelusuri sejarah telekomunikasi bermula dari tahun 1870 hinggalah kini.


View this post on Instagram

A post shared by (~ ̄³ ̄)~ (@raibsri)


View this post on Instagram

A post shared by Ain Naddy (@medusaintt)

?Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, 50200 Kuala Lumpur

Isnin (10.30 pagi - 5.30 petang) Selasa - Ahad (10.30 pagi-10.30 malam)

?Ilham Gallery

Ilham Gallery terletak berdekatan dengan KLCC, Kuala Lumpur sangatlah sesuai untuk mereka yang sukakan ‘art’. Jangan risau, masuk adalah percuma namun bilangan orang yang boleh memasuki pameran ini adalah terhad.


View this post on Instagram

A post shared by L (@byluna_____)

Untuk pengetahuan, tempoh sesuatu pameran adalah tidak lama. Jadi anda perlu peka dan lihat di laman sesawang ataupun media sosial untuk mengetahui pameran apa yang sedang ada di sana.


View this post on Instagram

A post shared by Osoung Kwon (@kwonosoung)

Selain itu, sangat mudah untuk ke Ilham Galllery di mana anda boleh pergi dengan menaiki pengangkutan awam ataupun kenderaan sendiri.

?Levels 3 and 5, Ilham Tower, 8, Lrg Binjai, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Isnin (tutup), Selasa - Ahad (11 pagi  - 6.30 petang)

?Kuala Lumpur City Gallery

Mesti anda semua pernah nampak struktur ‘I Love KL’ di laman media sosial kan? Kalau nak tahu, di situlah terletaknya Kuala Lumpur City Gallery. Muzium ini sangat mudah untuk pergi kerana ia terletak berdekatan dengan Dataran Merdeka. Di sini, anda akan disajikan dengan pameran berkaitan bandar Kuala Lumpur.

Selain itu, tarikan menarik muzium ini adalah kafe KLCG Confectionary & Bakery yang popular dengan pastrinya. Ramai cakap ia sedap dan harga pun sangat berpatutan!

?Dataran Merdeka, 27, Jalan Raja, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Isnin-Ahad (9.00 pagi-6.00 petang), Selasa (tutup)

?Muzium Illusion 3D Art

Jika anda sukakan hasil seni dengan efek 3D, maka muzium ini adalah destinasi yang anda perlu pergi. Namun begitu, tiket untuk memasuki muzium ini sedikit mahal iaitu RM32 untuk dewasa warganegara dan RM16 untuk kanak-kanak. 

Bagaimanapun, jika dilihat dari segi reviu, ramai yang pengunjung berseronok dan berpuas hati dengan segala hasil seni 3D  yang dilukis dengan tangan itu. Untuk pengetahuan, muzium ini juga merupakan muzium 3D pertama di Kuala Lumpur.


View this post on Instagram

A post shared by bunga? (@_signaturechoco)

?Lot 4.01-4.03, Tingkat 2 Central Market Annexe, Jalan Hang Kasturi, City Centre, 50050 Kuala Lumpur

Setiap hari (10.00 pagi-6.00 petang)

?Muzium Negara

Siapa je yang tak pernah pergi Muzium Negara kan? Mesti masa sekolah dulu anda pernah sekurang-kurang menjejakkan kaki ke sini. Tau tak sebenarnya Muzium Negara pun ada banyak pameran yang menarik di sini tau.  Harga tiket pun murah, iaitu RM2 untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak. 

Apa yang best kat sini, pameran di sini sering bertukar namun yang pastinya anda boleh mempelajari mengenai budaya dan sejarah di Malaysia terutamanya dari segi perayaan, pakaian, makanan dan juga alatan tradisional. 


View this post on Instagram

A post shared by ajmal (@fairylse)


View this post on Instagram

A post shared by Lois (@dontcallmeloys)

?Jabatan Muzium Malaysia, Jln Damansara, Perdana Botanical Gardens, 50566 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Setiap hari (9.00 pagi-5.00 petang)

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok