download Jom Explore app
Kalau Mai Kedah, Jangan Lupa Singgah Muzium Arkeologi Lembah Bujang!

Kalau Mai Kedah, Jangan Lupa Singgah Muzium Arkeologi Lembah Bujang!

Jom! Cuti
By Nurul Khaleeda on 16 Jan 2023
Digital Editor

Apabila orang sebut tentang negeri Kedah Darul Makmur, automatik orang akan teringat mengenai sawah padi yang terbentang luas di negeri tersebut. Yalah negeri itu pun sangat terkenal sebagai negeri Jelapang Padi kan.

Tapi, ramai yang tak tahu sebenarnya Kedah mempunyai banyak peninggalan sejarah malah merupakan salah satu negeri tertua di Tanah Melayu. Kalau anda buka buku teks sejarah, mesti ada jumpa mengenai kerajaan Kedah Tua kan?

Haa.. untuk pengetahuan anda juga, Kedah mempunyai banyak candi-candi peninggalan sejarah yang masih elok dan terbuka kepada orang ramai! Nak tahu di mana? Semua ini anda boleh temui di Muzium Arkeologi Lembah Bujang!


View this post on Instagram

A post shared by Juliana Chok (@juli45ch)

Satu lagi fakta menarik mengenai muzium ini adalah ia merupakan muzium Arkeologi pertama yang dibina di Malaysia. Terdapat juga tapak warisan candi-candi yang masih elok boleh ditemui di sini. Sambil itu, bolehlah bergambar kenang-kenangan


View this post on Instagram

A post shared by Liana Umar (@liana1412)

Sedikit tips, memandang anda perlu berjalan lebih sikitjika ingin melihat candi ini kerana ia terletak di kawasan bukit. Oleh itu, pastikan anda memakai kasut dan pakaian yang bersesuaian.


View this post on Instagram

A post shared by Liana Umar (@liana1412)

Bersebelahan dengan tapak candi ini, ada air terjun tau. Lepas dah berpeluh sebab banyak berjalan, bolehlah melepaskan lelah di kawasan air terjun ini. Suasana pun sejuk sahaja kerana kawasan ini terletak di lereng bukit.


View this post on Instagram

A post shared by Bajang Laut (@abz_lens)

Selain daripada candi, anda juga boleh melihat pelbagai jenis artifak dan barang-barang tinggalan sejarah di dalam muzium tersebut. Jika anda mempunyai persoalan, staf di sana sedia memberikan penerangan terperinci mengenai artifak-artifak tersebut.

Wah, inilah yang dikatakan 'sambil menyelam minum air', sambil anda bercuti dapatlah juga menimba ilmu mengenai sejarah asal-usul Kedah. Memang best!

Anda mungkin suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok