Sarapan Pagi Untuk 5 Negara Asia Tenggara
Sarapan pagi dirujuk sebagai "Makanan paling penting" dengan alasan yang kukuh. Menikmati hidangan menyelerakan pada awal pagi dapat membuatkan mood kita bertambah baik dan Asia Tenggara makan apa untuk sarapan pagi?
Antara perkara paling kita bangga sebagai orang Asia Tenggara ialah budaya makanan yang sangat mewah. Masakan terhasil di sini dapat memikat selera dengan pelbagai makanan boleh dipilih mengikut keinginan hati.
Photo from Signature Market
Mungkin sebab itu kita mengambil berat tentang sarapan pagi! Tidak menikmati makanan sedap pada waktu pagi akan menyebabkan penurunan tenaga serta cepat lesu. Selain itu, badan kita tidak dapat nutrien khasiat untuk kesihatan optimum.
Oleh itu jom tengok apa orang Asia Tenggara makan untuk sarapan pagi mereka!
Malaysia: Nasi Lemak
Photo from MalayMail
Sarapan pagi di negara kita ibarat letupan bom menyelerakan. Gabungan warna-warni pengaruh Melayu, Cina dan India memenuhi perut kita. Tetapi tidak dapat bertanding dengan raja makanan, Nasi Lemak.
Nasi gebu dengan aroma daun pandan dihidang panas dengan iringan lauk untuk dinikmati bersama. Seperti ikan bilis, kacang, ayam goreng dan sambal untuk berikan sentuhan pedas sedikit membangunkan deria kita.
Photo from Kuali
Nak makanan ringan sedikit? Pilih Roti Canai cicah kari!
Singapore: Roti Kaya
Photo from Serious Eats
Tidak jauh beza dengan kita kerana berkongsi budaya sama. Selalunya mereka akan nikmati Roti bakar kaya yang ringkas namun sedap. Roti putih lembut disapu dengan kaya bertemu dengan mentega.
Gabungan lazat ini kerap dihidangkan bersama telur rebus dan secawan teh atau kopi pans melengkapkan pagi yang lazat. Ingin sesuatu yang lebih berat untuk kekal sehingga malam?
Photo from Deenise Glitz
Boleh cuba Mi Siam. Mi kuning dibuat dengan bahan-bahan seperti pes udang, pes cili merah dan pes tomato merupakan hidangan pagi yang popular di Singapura. Ia adalah kegemaran di kalangan penduduk dan destinasi popular bagi pengembara yang ingin menikmati hidangan gastronomi Singapura.
Photo from Maya Kitchenette
Thailand: Khao Tom & Jok
Photo from Asian Inspiration
Sarapan Thai terkenal dengan rasa sungguh menyelerakan cukup sinonim dalam budaya masakan Thai. Mereka gemar menikmati Khao Tom (bubur nasi) dengan rasa menyegarkan dihiasi dengan daging, telur rebus dan bawang besar.
Manakala, Jok ialah bubur versi kuah dihiasi dengan daging dan pelbagai rempah ratus. Sering dihidangkan bersama daun bawang dan Khao Pad Sapparot (nasi goreng nenas) turut menjadi satu lagi pilihan di negara ini.
Photo from Lion Brand Rice
Hidangan ini terdiri daripada nasi gebu yang digoreng dengan telur, sayur-sayuran, dan hirisan nanas yang lazat. Ia kerap dihidangkan bersama sisi sos cili dan limau nipis.
Vietnam: Pho and Banh Mi
Photo from RecipeTin Eats
Makanan Vietnam terkenal dengan rasa segar dan lembut, dan sarapan pagi tidak berbeza. Pho ialah makanan ruji sama seperti nasi lemak merupakan hidangan terkenal di negara ini. Menggabungkan sup daging, mi nipis dan herba segar memberikan rasa menyegarkan pada waktu pagi.
Bánh Mì (baguette Vietnam) ialah pilihan seterusnya untuk sarapan pagi. Mengambil inspirasi daripada makanan Perancis, roti Baguette dihiasi dengan pate, sayur jeruk, herba segar dan sos cili.
Photo from Delish
Untuk versi ringan pula ada Banh Cuo'n. Krep diperbuat nasi diisi dengan dagign, udang atau sayur dihidangkan bersama sos pencicah.
Indonesia: Nasi Uduk
Photo from KOMPAS
Indonesia terdiri daripada pelbagai pulau dengan banyak tradisi serta budaya makan menyelerakan. Hampir setiap kawasan mempunyai makanan tersendiri tetapi Nasi Uduk sering dinikmati di negara ini.
Lebih kurang sama seperti nasi lemak kita. Perbezaannya ialah kewujudan tempe goreng, telur goreng dan sambal pedas. Kemudian, mereka turut menikmati bubur ayam dipenuhi dengan ayam cincang, bawang merah goreng serta daun bawang.
Photo from Tiger Corporation
Ada juga gemar menikmati nasi goreng pada waktu pagi. Selalunya diisi dengan pelbagai bahan termasuk telur, sayuran, daging dan ikan menjadikannya kegemaran ramai di negara ini.
Mungkin korang suka: