Sanggup Beratur Pada Jam 3 Pagi Untuk Sebungkus Nasi Lemak
Walaupun sudah larut malam masih ramai orang sedang menunggu giliran di kaki lima sebuah bangunan di Taman Maluri, Cheras. Mereka sudahpun beratur lebih dari 2-3 jam semata-mata untuk menikmati nasi lemak paling sedap di Kuala Lumpur.
Cuba bayangkan situasi ini, korang sedang masuk ke dalam kedai serbaneka terasa janggal melihat ramai orang sedang menunggu di depan. Peliknya korang lihat semakin lama semakin ramai orang beratur untuk mendapatkan sesuatu.
Jam menunjukkan 3 pagi tiba tiba sebuah kereta datang. Keluarnya seorang pasangan suami isteri membuka dua meja lipat dan mula menyusun lauk-pauk yang mereka bawa bersama.
Sekaligus bau harum semerbak mula memenuhi ruang kaki lima tersebut. Orang ramai tadi mula bangun dan berbaris semua tidak sabar untuk menjadi yang pertama untuk menikmati hidangan kegemaran orang tempatan.
Photo from Sethlui
Dikatakan nasi lemak paling sedap di KL mampu menarik ramai pelanggan walaupun kena tunggu berjam-jam pada pukul 3-4 pagi.
Kisah Nasi Lemak Beratur Maluri
Photo from Lobak Merah
Rahmah Bujai ialah pemilik kepada gerai nasi lemak ini. Menurutnya, Rahmah telah menjual nasi lemak sejak 20 tahun yang lalu bermula semurah RM2 sahaja. Gerai lagenda ini cukup terkenal di kawasan Maluri.
Nasi beraroma dimasak dalam santan dengan pelbagai lauk sangat popular sampai Rahmah perlu berniaga selama dua jam setiap hari. Dibuka pada pukul 4 pagi dan habis pada pukul 6 pagi, kadang kala seawal 5:30 pagi pulak tu.
Photo from IG | zaidymd
Peminatnya semakin lama semakin ramai. Walaupun di bulan Ramadan, masih ramai pelanggan tetap setia menunggu Rahman memuka gerainya seawal jam 3 pagi.
Apa Yang Korang Boleh Nikmati Di Gerai Lagenda Ini
Photo from Sethlui
Watak utama di gerai ini sudah semestinya nasi lemak yang menjadi kegilaan ramai. Namun, lauk-pauk juga memainkan peranan penting untuk menentukan bahawa iannya sedap ataupun tidak.
Bertuah kepada mereka yang gigih beratur kerana ada banyak lauk boleh dipilih. Pilihan popular seperti sambal sotong, ayam masak merah, goreng, rendang, rendang daging, sambal kerang dan paru.
Kemudian kalau tak terasa nak makan nasi. Rahmah juga menyediakan alternatif iaitu bihun juga sedap dinikmati bersama lauk tersebut. Dengan pilihan sebanyak itu, bagaimana pula dengan rasanya?
Rasa Memuaskan Memang Berbaloi Beratur Berjam
Photo from IG | diandrasophea
Menurut pelanggan setia, keistimewaan masakan Rahmah Bujai ialah betapa besarnya portion yang diberikan bercampur dengan aroma nikmati nasi itu. Walaupun kena beratur panjang pada awal pagi sekalipun.
Rasanya tetap memuaskan. Selain itu, di sini tiada meja untuk korang makan di lokasi dan kebanyakkan pelanggan akan bungkus untuk makan di rumah sahaja. Tekstur nasi lembut, gebu cukup aromatik dengan sentuhan bau pandan.
Tambahan pula, rasa sambal lebih kepada savoury berbanding manis. Ia juga tidak terlalu pedas sesuai untuk semua jenis tekak. Manakala, penggemar lauk rendang akan gembira mendengar iannya kaya dengan santan untuk berikan rasa lebih mendalam.
Photo from Sethlui
Disebabkan faktor sebegini, tidak terkejut mengapa gerai ini mampu menarik ramai pelanggan. Saban hari, memang biasa untuk lihat 100 orang beratur yang datang daripada pelbagai tempat.
Wajib Datang Awal Kalau Tidak Rugi!
Photo from Lobak Merah
Tidak dinafikan akibat masakannya, ia berjaya menarik ramai pelanggan. Disebabkan itu kalau korang nak menikmatinya memang wajib datang awal kalau tidak jangan menangis kalau usaha korang tiada hasil.
Walaupun sudah bermacam-macam cara Rahmah gunakan untuk memastikan semua yang datang dapat menikmati masakannya. Seperti membawa stok nasi lemak lebih banyak, meletakkan had 1 pelanggan boleh beli 3 bungkus sahaja.
Masih ramai datang dan pulang dengan tangan kosong. Kalini untuk bulan Ramadan pula, gerai ini akan dibuka seawal jam 3 pagi, menariknya ada pelanggan sudah pun beratur sejak jam 1 pagi untuk jadi yang pertama.
Selain itu, sebelum korang ambil keputusan untuk beratur. Sentiasa membaca halaman Facebook rasmi Nasi Lemak Beratur 7E, Taman Maluri untuk mendapatkan sebarang perkembangan ataupun masa perniagaan.
Pastikan korang pakai pakaian yang selesa ketika beratur dan bawa kerusi (jika ada) supaya tidak penat berdiri. Ambil masa berkenalan dengan pelanggan untuk ketahui pengalaman mereka beratur di gerai ini.
📍 7E Taman Maluri, Jalan Perkasa 1
⏰ 3 pagi (bulan Ramadan) / 4 pagi (bulan biasa)
Mungkin korang suka: