Mini Ladang Bunga Matahari Terdapat di Bagan Datoh, Perak.
Wow! Tak sangka di Bagan Datoh, Perak juga mempunyai mini Ladang Bunga Matahari (Sunflower Garden). Sebelum ini, jika pelancong ingin mengambil gambar bunga matahari mesti ke Lopburi, Thailand. Sekarang tidak perlu lagi rakyat Malaysia boleh berkunjung ke Bagan Datoh terus.
Bunga matahari juga popular kerana mudah tumbuh dan boleh membiak dengan baik dalam pelbagai jenis tanah dan keadaan cuaca. Maka, Di Malaysia juga turut menanam untuk menarik lagi minat orang ramai tentang bunga matahari.
Ini kerana korang hanya perlu memandu kereta sendiri selama 3 jam dari Kuala Lumpur ke Bagan Sungai Burung, sebuah perkampungan nelayan kecil di Bagan Datoh, Perak untuk memasuki ke Ladang Bunga Matahari.
Terdapat sebuah lokasi menarik iaitu Sunflower Garden yang dipenuhi dengan bunga matahari besar dan berwarna kuning keemasan sangat cantik dan bakal memberikan anda kegembiraan seindah suria.
Selain dari itu, terdapat juga tempat lain untuk anda bergambar dan menawarkan pelbagai aktiviti di Ladang Bunga Matahari seperti memberi makan kepada ikan yang dibela di dalam ladang tersebut
Walaupun, ladang tersebut tidak besar seperti di Thailand atau Amsterdam tetapi ianya memberikan satu destinasi yang baru bagi penggemar bunga-bungaan dan memberikan keseronokkan pada seluruh keluarga anda.
?Sunflower Garden, A128, Bagan Sungai Burung, 36100 Bagan Datoh,Perak.
⏰8am– 7:30pm
?019 - 207 4608
?Tiket Masuk:
✅RM 13 (Dewasa)
✅RM 10 (Umur 7 - 12)
✅RM 5 (Umur 3 - 6)
?Sumber Foto: Facebook