download Jom Explore app
Rehatkan Diri Dari Hiruk-Pikuk Kota Dengan Ber'Camping' Di Bernam Nature Hut, Tanjong Malim!

Rehatkan Diri Dari Hiruk-Pikuk Kota Dengan Ber'Camping' Di Bernam Nature Hut, Tanjong Malim!

Jom! Cuti Staycation
By Nurul Khaleeda on 12 Jan 2023
Digital Editor

Aktiviti berkhemah atau camping sudah menjadi trend masa kini. Malah, saban minggu tapak-tapak perkhemahan sentiasa penuh dengan orang ramai tak kiralah sama ada bersama keluarga atau pun rakan-rakan.

Setelah penat bekerja pada hari biasa, dengan cara inilah mereka dapat melepaskan stres atau merehatkan minda dari hiruk-pikuk kota. Sambil itu, dapatlah merapatkan hubungan dengan yang tersayang kan? Bak kata orang, recharge diri sendiri.

Kali ini, apa kata anda pergi ke Bernam Nature Hut yang terletak di Tanjong Malim. Haa... dengar macam jauh kan? Sebenarnya tempat ini hanyalah 50 minit sahaja dari ibu kota. Orang kata, tak sempat nak panas punggung dah sampai.


View this post on Instagram

A post shared by nrzd (@eydazyda)

Untuk sampai ke tapak perkhemahan, anda perlu melalui satu jambatan tau. Siapa yang ada banyak barang tu dinasihatkan supaya bawa sekali troli bagi memudahkan urusan. Sewa tapak untuk satu malam hanya RM20 sahaja. Jangan risau kerana tandas dan surau juga disediakan.


View this post on Instagram

A post shared by Saye Usin (@mhdszwn)


View this post on Instagram

A post shared by alemz_camp (@alemz_camp)

Oh ya, bayaran letak kereta untuk satu malam adalah RM5 dan pastikan anda membawa makanan yang cukup kerana kawasan ini terletak di kawasan kampung-kampung oleh itu agak sukar untuk anda memesan makanan di aplikasi makanan.

Bestnya di sini apabila tapak itu terletak betul-betul bersebelahan sungai. Jadi lepas je pasang khemah, memang anda boleh terjun sungai dan mandi puas-puas. Airnya juga sangat jernih dan bersih jadi tak ada masalah untuk anda berOOTD.

Lagi satu, kata pun nak rehat dan rileks kan jadi tempat ini memang sangat sesuai buat mereka yang mencari ketenangan serta anda tak perlu risau tentang privasi. Semua pengunjung mempunyai tapak masing-masing. Jadi anda bebas untuk melakukan apa sahaja di sini. Nak membaca ke, nak tidur di bawah bulan bintang ke, semua boleh!

 Kampung Simpang Empat Dalam, Hulu Bernam, 35900 Ulu Selangor, Perak

⏰ Setiap hari, 9am - 5pm (untuk tempahan)

? 018-3602728

Anda mungkin suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok