download Jom Explore app
Nikmati Keindahan Dan Ketenangan 'Farm Stay' Di Jelatok Retreat Farm, Negeri Sembilan!

Nikmati Keindahan Dan Ketenangan 'Farm Stay' Di Jelatok Retreat Farm, Negeri Sembilan!

Jom! Cuti Staycation
By Nurul Khaleeda on 19 Jan 2023
Digital Editor

Jika anda teringin nak merasai pengalaman tinggal di kawasan ladang sambil ditemani keindahan alam semula jadi maka anda boleh berkunjung ke Jelatok Retreat Farm yang terletak di Lenggeng, Negeri Sembilan.

Tempat penginapan suasana ala farm stay ini diberi nama Rebarn yang mempunyai 8 buah bilik. Ada bilik yang menempatkan katil single dan ada juga yang double. Terdapat juga bilik untuk keluarga. Oh ya, penginapan satu malam di sini turut hadir dengan makan malam dan sarapan.


View this post on Instagram

A post shared by Hamidah (@hamidahkalid)

Anda tidak dibenarkan untuk memasak, merokok berparti dan juga membawa haiwan peliharaan ke premis ini. Satu bilik dihadkan pada 3 orang.


View this post on Instagram

A post shared by Akujer (@akubeb)

Ada banyak kemudahan menarik

Ada banyak kemudahan yang disediakan pemilik antaranya ada kolam infinity, sahara loop di mana anda boleh membuat unggun api pada waktu malam, bilik mesyuarat, Kafe Terrace yang memberikan pemandangan yang mendamaikan, ampiteater, surau, taman, dan juga kebun buah.

Di Kafe Terrace, anda boleh memilih sama ada nak makanan barat ataupun lokal yang pasti sesuai dengan selera anda. Minuman yang up-to-date pun ada tau.  Ada juga penduduk sekitar yang datang hanya untuk melepak di kafe ini sahaja.

Horse-petting dan beri makan kuda

Lagi satu tarikan menarik yang ada di Jelatok Retreat Farm ini adalah aktiviti horse-petting. Jika anda sukakan haiwan, flora dan fauna, sememangnya tempat ini sangat sesuai untuk anda!

Ada satu fakta menarik mengenai tempat ini, pemiliknya merupakan ahli keluarga novelis terkenal, Aina Emir yang popular dengan novel seperti Setulus Janji, Sesuci Cinta dan banyak lagi!

?Lot 4065, Kampung Jelatok, Mendom, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan

?017-2218451 / 012-9798114

? Lenggeng.my

Anda mungkin suka:

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok