download Jom Explore app
Nak Layan View Cantik Dan Cuaca Sejuk? Jom Camping Dalam Kabus Di YunKai Campsite, Genting Highland!

Nak Layan View Cantik Dan Cuaca Sejuk? Jom Camping Dalam Kabus Di YunKai Campsite, Genting Highland!

Jom! Cuti Staycation
By Nurul Khaleeda on 18 Jan 2023
Digital Editor

Jika anda sejenis yang suka nak lepak-lepak sambil ditemani cuaca sejuk dan berkabus, maka YunKai Campsite adalah destinasi utama yang harus anda tujui.

Ya, sekarang ni sudah menjadi trend untuk orang ramai pergi bercamping tidak kiralah bersama keluarga atau pun rakan-rakan. Ada yang suka camping di dalam hutan, tapi di YunKai Campsite ini, tapak perkhemahan ini terletak 850 meter dari aras laut tau. Jadi memang konfem view dia sangat lawa dan cuacanya sangat sejuk.

View kabus lagi lawa lepas hujan

Bila dah cuaca sejuk, mestilah akan ada kabus kan? Melalui komen orang yang pernah ke sini, view kabus akan menjadi lebih cantik jika hujan.

Paling menarik, tempat ini hanyalah lebih kurang 30 minit dari Kuala Lumpur.  Tak jauh pun, cuma kereta tak boleh sampai ke atas, oleh itu anda kenalah menaiki kenderaan 4x4 yang disediakan pemilik.

Kawasan tapak perkhemahan juga terbahagi kepada zon A, B, C dan D. Jangan risau kerana semua orang akan ada privasi masing-masing. Setiap zon mempunyai pemandangan yang berbeza tau.


View this post on Instagram

A post shared by Nur Hanesa (@asha_esa)

Kemudahan yang tip-top

Kemudahan yang disediakan di sini juga tip-top iaitu bilik air namun tiada air panas ya dan sinki untuk memudahkan pengunjung untuk memasak. Cuma memandangkan ia adalah kemudahan yang dikongsi bersama maka kenalah jaga kebersihan sama-sama.

Harga diikut mengikut kepala, RM65 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun manakala bayi pula adalah percuma!

Tempat untuk mencari tujuan hidup

Ada kisah menarik di sebalik tertubuhnya YunKai Campsite ini. Pemiliknya ingin orang ramai yang datang ke sini untuk mencari tujuan hidup. Bila dah kembali pada alam semula jadi, jauh dari teknologi anda dapat berfikir dengan tenang. Gitulah.


View this post on Instagram

A post shared by Ain.CK (@ain.dendrophile)

?Genting Sempah, 28750 Bentong, Pahang

?011-28355078

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok