Jom! Cari Makan di Ladang Nanas Sg Merab, Kajang
Hujung minggu ni korang nak feeling - feeling makan di dalam Ladang , tapi tak tahu ladang yang terbaru, ladang teh pon dah bosan kan? Jom! Pergi ke tempat baru iaitu di Ladang Nenas di Sg. Merab, Kajang.
Memang best dan suasana lain dari lain. Biasa di Cameron Highlands kan kita makan di ladang teh, kali ni instimewa sikit, dalam ladang nenas ! Yang buat lagi best ladang ni kat kampung, jadi dapat rasa suasana desa tu sekali.
Disini mereka menyediakan makanan kebanyakkan dari nanas sendiri tau yang ditanam oleh ladang mereka sendiri. Sambil makan korang boleh menikmati pemandangan ladang nenas dan kawasan bangi sebab tempatnya terletak di lereng bukit.
Kafe mereka menyediakan pelbagai menu berasaskan nanas. Ada cheesecake nanas, cheesetart nenas, creampuff nenas, scone nanas, , cup cake nanas, ais krim nanas, karipap inti nanas, air nanas segar, nasi goreng nanas. Semuanya lazat & bergizi !
Kalau korang tak makan nanas pon boleh sebab ada menu yang disediakan tanpa menggunakan nenas iaitu menunya nasi lemak , western food dan lain lain korang boleh cuba sambil melihat pemandangan ladang nanas.
Kalau dah melawat ladang nanas , mestilah kena beli ole-ole. Dekat sini mereka menyediakan pelbagai cenderamata dari nenas seperti Sos Cili nanas , nasnas potong, buah nanas madu dan lain lain.
Kalau dah sampai sini , kena beratur sikit tau ! jangan cakap admin tak bagitahu, admin dah bagitahu korang supaya kena sabar sikit.
?Saudagar Nanas Agrofarm, Lot 3000 Kampung Sungai Merab Luar, 43000 Kajang, Selangor
? 010-2882987
⏰
8.00 pagi - 6.30 petang (Setiap Hari)
11.00 pagi - 6.30 petang (Western Food)
*Lempeng sambal tumis dan Nasi Lemak (Sarapan pagi)
?Sumber Foto: Instagram
Anda mungkin suka: