Berkhemah Dalam Karavan Di Puncak Cameron Highland!
Ingin bercuti dengan cara yang unik dan menarik? Cuba berkhemah di dalam Karavan di Cameron Highland!
Cameron Highlands terkenal dengan pemandangan yang indah dan lanskap yang menakjubkan, serta berbagai tanaman teh, sayuran, dan buah-buahan yang tumbuh di sana. Baru-baru ini, Cameron Highlands telah menawarkan tarikan baru yang berupa menginap di karavan.
Ya, mana tidaknya, pemandangan bukit-bukit yang menghijau serta ladang yang luas yang disertai dengan udara yang sejuk menjadikan destinasi yang ideal untuk staycation bersama yang tersayang.
Menginap dalam karavan memang sesuatu yang unik dan jarang dijumpai di Malaysia. Stellar GoldenHill Cameron adalah tempat mesti lawat dalam senarai anda, jika anda ingin mencuba cara “khemah” yang seronok dan luar biasa.
Meskipun ia nampak kecil, tetapi penginapan karavan ini menyediakan kemudahan yang seperti tempat tidur, katil, tandas serta bilik mandi, ruang tamu dan juga dapur kecil.
Pakej yang ditawarkan termasuk makan malam (BBQ dan hotpot), sarapan pula ialah nasi lemak dan roti bakar. Anda boleh bawa makanan sendiri, kerana karavan mempunyai dapur kecil yang sesuai dengan masakan mudah.
Anda tidak akan merasa bosan ketika berada di puncak Stellar GoldenHill, kerana di sini terdapat penayangan filem luar (jika cuaca baik), pelbagai board games, alat-alat lukis untuk kanak-kanak, main layang-layang dan lain-lain.
Atau, anda boleh santai sahaja tanpa membuat apa-apa, sambil membiarkan mata anda terpesona dengan pemandangan indah Cameron Highlands yang memang tenang, menghindari diri daripada panas terik di kota.
Best kan Pergi Sini, Cuaca Sejuk
? lot 13, 9, Jalan Golden Hills, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang
?018 586 9642
?Sumber Foto: Instagram