download Jom Explore app
6 Sebab Utama Kenapa Korang Kena Pergi TRX!

6 Sebab Utama Kenapa Korang Kena Pergi TRX!

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 01 Dec 2023
Digital Editor

The Exchange TRX (TRX) baru sahaja dibuka kepada orang awam menyediakan sebuah tempat untuk menikmati pengalaman membeli belah, makan, beristirehat yang tiada bandingannya. Fokusnya untuk mempersembahkan gaya hidup urban baru di Kuala Lumpur memang wajib kita pergi!

Menurut TRX Project Director Mitch Wilson berkata, "Ini adalah hab membeli belah dan hiburan dengan lebih 400 kedai dalam kawasan seluar 1.3 juta kaki persegi menyasarkan untuk menjadi mercu tanda di tengah Kuala Lumpur,

Kami ingin mewujudkan destinasi bertaraf antarabangsa, eco-friendly dan memberi fokus kepada komuniti supaya dapat memberi impak yang signifikasi dna positif kepada landskap ekonomi negara sambil memperkayakan budaya tempatan,"

Seluas 17 ekar kawasan yang memberi fokus kepada gaya hidup di TRX dibina bagi meningkatkan kualiti hidup komuniti serta menyumbang kepada pertumbuhan dan identiti bandar dan negara tau. Haa.. senang kata kawasan ini akan jadi tempat paling urban dalam bandar KL!

TRX City Chief Executive Officer (CEO) Datuk Azmar Talib menceritakan visi kawasan ini adalah untuk mewujudkan sektor kewangan antarabangsa pada skala global. Turut ditambah, menggabungkan pengalaman membeli belah, kemudahan gaya hidup kontemporari dan kawasan ikonik.

TRX akan meningkatkan ekonomi negara melalui fokus kepada pembangunan mewahPhoto from New Straits Times

Ini semua dapat meningkatkan daya tarikannya meletakkan TRX sebagai destinasi utama untuk perniagaan dan percutian! Oleh itu, ini 6 sebab kenapa korang kena pergi!

1. Pengalaman Membeli Belah Yang Baru Di Jantung KL

Terlalu banyak jenama mewah antarabangsa akan membuka pintunya di TRXPhoto from Tatler Asia

Apa yang membuatkan kawasan ini sangat menarik adalah memberi fokus utama kepada pengalaman membeli belah yang tiada bandingan. Sebut sahaja korang nak jenama apa mesti ada untuk korang nikmati!

Kerana kedudukannya sangat strategik ini membuatkan banyak jenama mewah terkenal ingin membuka pintunya supaya korang dapat nikmati tau! Haa.. memang syurga untuk siapa yang kaki shopping tu kan.

Selain itu, pengalaman membeli belah pula dipertingkatkan bukan dengan jumlah kedai sahaja malah seluruh kawasan ini dijadikan hab sebaga gaya hidup urban! Sesiapa yang suka merasai suasana hidup urban memang akan jatuh cinta dekat sini.

2. Hmm.. Banyak Betul Pilihan Makanan Melazatkan!

Selain membeli belah, banyak kedai antarabangsa akan dibuka tau!Photo from Newswav

Selalunya apa yang penting untuk orang kita bukan sahaja pengalaman tempat itu. Malah, kedai makan apa yang ada untuk kita menikmati betul kan? Takkan dah penat berjalan sana sini taknak rehat menikmati makanan sedap.

TRX bukan sahaja fokus kepada pengalaman membeli belah sahaja. Mereka turut mengambil kira faktor budaya makanan negara kita dengan menyediakan lima kawasan makanan yang berbeza tau!

Setiap satu pula memberi fokus kepada keunikkan hidangan tempatan dengan sentuhan mewah. Ia bertujuan untuk meraikkan kedua-dua masakan tempatan dan antarabangsa dapat menghasilkan suasana sesuai untuk kaki makan.

Paling tak sabar untuk menikmati Shake ShackPhoto from Lifestyle Asia

Kemudian, banyak kedai antarabangsa akan buka lokasinya tau! Antaranya adalah Shake Shack, Kopi Bacha, Venchi untuk memberi korang sentuhan rasa yangn membuatkan kedai ini cukup terkenal.

3. Gaya Hidup Mewah Dengan Sentuhan Daripada Seibu

Seibu menjadi rumah kepada 400 buah kedai tau!Photo from Malay Mail

Haa.. korang tahu tak gaya hidup urban dipertingkatkan melalui sentuhan kemewahan dengan kehadiran Seibu! Ia meruapakan salah satu daripada 4 jenama Department Store terbesar dari Jepun tau.

Mereka akan menjadi rumah kepada 400 buah kedai dengan membawa masuk pelbagai jenama daripada jepun ke negara kita tau! Haa.. bukan sahaja jenama pakaian, segala kelengkapan yang korang perlukan mesti ada di sini.

Selain itu, mereka menyediakan ruang dikenali sebagai 'Depachika' memang khas untuk kaki makan. Nak tau kenapa? Sebab ruang ini adalah tempat untuk korang menikmati makanan asli Jepun yang disukai ramai orang.

Bukan setakat ramen, sushi dan sashimi. Ada pelbagai makanan yang korang boleh cuba untuk memuaskan nafsu selera makan.

4. Berehat Di TRX City Park Rooftop Garden

Selepas penat berjalan, apa kata rehat di TRX City GardenPhoto from Pentago Malaysia

Ingat kawasan ini berjalan, makan dan membeli belah sahaja ke? Tidak sebab mereka turut menyediakan sebuah oasis yang cukup tenang jauh daripada kesesakan bandar tau. Ia dikenali sebagai TRX City Park.

Kawasan hijau seluas 10 ekar ini dhiasi dengan lebih 150,000 tanaman pokok supaya korang dapat menghirup udara segar. Selain itu, taman ini merupakan ruang hijau pertama dalam bandar dalam tempoh dua dekad.

Ini merupakan visi negara bagi meningkatkan pembangunan yang lebih eco-friendly. Memang sesuai sangat untuk merehatkan diri setelah menghabiskan banyak tenaga dengan bersiar-siar sambil membeli belah.

5. Perjalanan Moden Yang Memudahkan

Stesen Tun Razak Exchange memudahkan kita untuk pergi TRX tanpa hadap kesesakan jalan rayaPhoto from Wikipedia

Memandangkan kawasan ini akan menjadi hab kepada pembangunan moden dan mewah. Sudah semestinya akan mempunyai infrastruktur yang hebat juga kan? Nak ke sini tak perlu pandu kereta pun!

Korang boleh menaiki MRT sahaja dan berhenti pada stesen TRX pulak tu. Kemudian, daripada stesen yang ada korang boleh sahaja menggunakan laluan pejalan kaki disediakan untuk terus seluruh kawasan dengan mudah.

Tak perlu korang menghadap kesesakan lalu lintas dan boleh terus sahaja dengan naik MRT! Tak lupa juga setiap stesen ini pula mempunyai sentuhan moden pulak tu.

6. Apple Store Akan Buka Pintunya Di Malaysia!

Pembinaan Apple Store di MalaysiaPhoto from Reddit

Rasanya ramai tak sabar untuk melihat Apple Store pertama di Malaysia membuka pintunya di TRX! Apple bukan lagi menjual gajet teknologi tetapi menjual gaya hidup urban yang sinonim dengan kemewahan dan produktiviti.

Siapa je tak kenal logo jenama ini dan kebanyakkan majoriti orang kita menggunakan peranti iPhone! Apple dijadualkan akan dibuka pada awal tahun 2024 dengan reka bentuk bumbung ikonik tudung saji yang sangat unik.

Kalau lihat daripada gambar yang ada sahaja sudah cukup untuk membuatkan kita tak sabar menunggu majlis pembukaannya!

Haa.. Menarik betul kan TRX ni sebenarnya? Gaya hidup diberi nafas baru akan mengubah landskap bandar KL!

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok