download Jom Explore app
Beriadah Bersama Famili Di Bukit Jelutong Eco Community, Ada Taman Haiwan Juga Tau!

Beriadah Bersama Famili Di Bukit Jelutong Eco Community, Ada Taman Haiwan Juga Tau!

Jom! Cuti
By Nurul Khaleeda on 17 Jan 2023
Digital Editor

Dek kerana kesibukan dengan urusan harian menjadikan masa bersama famili dan yang tersayang semakin singkat. Kadang-kadang, tanpa kita sedari sudah lama sebenarnya kita tidak bersama-sama menghabiskan masa dengan mereka.

Sebenarnya, kita tak perlu tunggu untuk pergi bercuti atau makan-makan untuk meluangkan masa dengan mereka, cukup sekadar pergi beriadah bersama di taman sudah memadai.

Taman riadah dengan tarikan alam semula jadi

Antara salah satu destinasi yang anda boleh kunjungi adalah Bukit Jelutong Eco Community yang terletak di Shah Alam.  Taman riadah dan rekreasi ini mempunyai banyak tarikan alam semula jadi yang menarik walaupun terletak di kawasan bandar.

Anda semua tahu tak, banyak aktiviti yang anda boleh lakukan di Bukit Jelutong Eco Community ini sama ada dengan famili atau pun yang tersayang.

Taman Haiwan

Taman Haiwan adalah tarikan yang paling menarik di taman rekreasi ini. Bayangkan, anda boleh berada dengan lebih dekat malah boleh membelai haiwan-haiwan ternakan yang ada. Selalunya aktiviti interaksi ini hanya boleh ditemui di kawasan-kawasan kampung sahaja.

?Hiking

Trail yang ada di sini tak susah pun, anda boleh bawa anak-anak kecil untuk turut sama melakukan aktiviti ini. Sambil itu, anda boleh juga terapkan sikap kesukanan dan amalan hidup sihat pada mereka.  Yang penting, pemandangan yang cukup indah menanti anda apabila di puncak nanti.

?Berkelah

Ya, berkelah. Anda boleh pilih sama ada nak menghampar tikar dan berkelah di tepi tasik ataupun menggunakan anjung yang disediakan. Pastikan anda menjaga kebersihan kerana pihak taman ini turut menyediakan tong sampah dan sinki untuk kemudahan anda.

?Memancing

Haa... aktiviti ini khas untuk kaki pancing. Sambil anak-anak dan isteri buat aktiviti lain, anda bolehlah keluarkan joran dan memancing.

Wow! Banyak betul aktiviti yang anda boleh lakukan di sini. Apa-apapun, anda boleh meluangkan masa dan mencipta memori indah bersama yang tersayang di sini.

?Jalan Lelangit U8/45, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

⏰7am - 7pm 

?Kemasukan Percuma 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok