Keunikan Kek Lapis Pada Setiap Lapisan
Kek Lapis Sarawak ialah salah satu keindahan yang tercipta dalam negara kita. Potong satu dan korang akan menemui kaleidoskop lapisan berwarna-warni, disusun dengan teliti dalam motif geometri.
Kuih ini telah menarik perhatian seluruh dunia pada tahun 2019. Dalam rancangan The Great British Baking Show, juri Paul Hollywood memuji kek ini setelah melihat proses menghasilkan dari mula sampai habis.
Photo from Munch Malaysia
Dia memuji perserta tersebut dan mengatakan ia sebuah karya seni kulinari. Sehubungan dengan itu, macam mana tercetus idea untuk mencipta kek ini?
Berasal Dari Indonesia, Dibawa Ke Malaysia
Photo from New Straits Times
Menjadi elemen penting ketika menyambut Hari Raya atau buah tangan ketika menziarah saudara-mara. Kek Lapis Sarawak dianggap sebagai pencuci mulut yang baru. Kerana ia dikatakan berasal pada 1970-an dan 1980-an.
Apabila orang Betawi dari Indonesia membawanya ke negara kita melalui orang Sarawak. Kek Betawi pula ialah versi tempatan kuih ludah (spit cake) biasa dinikmati oleh orang Belanda.
Photo from Sweet Yummy Taste
Kek Betawi mengandungi bahan seperti kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dalam adunan mentega. Ia dimasak dalam lapisan berwarna coklat dan biege.
Manakala versi Sarawak jauh lebih rumit dan berwarna. Terutama di bahagian dalam penuh dengan warna dan ekstrak semula jadi. Setiap pembuat kek mempunyai resipi sendiri turut menghasilkan rasa coklat, vanilla dan sebagainya.
Nak Hasilkan Satu Makan Masa 4-8 Jam
Photo from FB | mykitchenconfidante
Untuk menghasilkan Kek Lapis Sarawak memerlukan imaginasi, kepakaran dalam matematik dan paling penting, kemahiran. Untuk menghasilkan satu boleh mengambil masa antara empat hingga lapan jam.
Faktor masa bergantung pada kerumitan motif. Proses ini sangat penting kerana boleh tersalah buat pada bila-bila masa. Pembuat roti perlu masak kek terlebih dahulu.
Kemudian secara berhemah, menambah lapisan berwarna warni dengan membakar dalam ketuhar setiap 10 minit. Proses ini dilakukan untuk setiap lapisan tau! Walau bagaimanapun, membuat kek hanya separuh daripada keseluruhan proses.
Photo from FB | mykitchenconfidante
Pembuat roti perlu berhati-hati ketika proses memotong setelah selesai disejukkan. Kemudian cantumkan semula menggunakan jem, susu pekat sebagai gam. Hasilnya akan keluar motif kompleks bersama warna terang.
Setiap Corak Ada Makna
Photo from FB | mykitchenconfidante
Menurut seorang pembuat roti berbangsa Iban, Olivia. Beliau menyatakan setiap corak dan rasa kek perlu dipertimbangkan kerana ia akan mempengaruhi reka bentuk dan keseluruhan kek lapis.
"Anda perlu fikir coraknya. Katakan nak buat kek coklat, kita perlu tahu cara meletakkan coklat di tengah supaya kek tidak pecah." tegasnya. Seterusnya dia menambah, "Ia sangat mencabar, sebaik kesilapan dilakukan, ia tidak akan jadi cantik."
Photo from Kenneth Chai
Disebabkan itu segelintir pembuat roti akan melukis gambar rajah sebelum memulakan proses pembuatan kek. Ini kerana keadaan sentiasa boleh berubah, tetapi kek yang sudah dipotong masih boleh diselamatkan lagi.
Jika tersalah potong, cuba buat semula. Cipta semula corak baharu.
Photo from Atlas Obscura
Kek Dihasilkan Di Sarawak Sahaja, Layak Digelar Kek Lapis Sarawak
Photo from FB | mykitchenconfidante
Kita sudah maklum bahawa harga Kek Lapis Sarawak bukan murah. Kadangkala ada yang boleh mencecah sehingga RM250 untuk satu kek sahaja. Selain daripada proses pembuatan yang rumit, kos bahan turut menjadi faktor.
Menurut pembuat roti bernama Chen. Dia menceritakan kos mentega yang semakin mahal menjadi bahan penting untuk pastikan kek dihasilkan menjadi lembut dan halus teksturnya.
"Proses pembuatannya sangat perlahan dan makan masa. Ia perlu dihasilkan dengan tangan dan saya tidak boleh buat banyak." kata Chen. Kini kek ini boleh dinikmati sepanjang tahun berbanding sebelum ini hanya untuk hari raya sahaja.
Photo from FB | mykitchenconfidante
Pada tahun 2010, kerajaan Sarawak menetapkan kek ini sebagai "protected geography indicator". Ia bermaksud kek yang dihasilkan dalam negeri Sarawak sahaja boleh layak dipanggil Kek Lapis Sarawak.
Kemunculan media sosial telah membawa pencuci mulut ini ke mata dunia. Semakin ramai orang mula mengenali dan giat membeli bagi menikmati rasa serta menghayati keunikan yang tiada di tempat lain.
Mungkin korang suka: