Teh Masala RM1 Secawan Di Brickfields, KL
Hanya 5 minit berjalan kaki dari KL Sentral ke Brickfields. Sebuah gerai basikal penuh dengan pelanggan beratur menunggu dengan sabar untuk menikmati secawan teh masala dan kopi masala dikatakan antara terbaik di Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur terkenal dengan landskap bandar moden yang masih mengekalkan daerah budaya lama bersejarah yang masih diingati oleh penduduk lama. Ini memberi kontras dan identiti keseluruhan yang mungkin tiada di tempat lain.
Itulah sebabnya bila kita berjalan menyelusuri kawasan Brickfields. Kita akan kagum melihat Little India cuba mengekalkan tradisi budayanya memberikan syarikat tempatan bersaiz kecil dan sederhana ditempatkan untuk dipanggil 'rumah'.
Photo from TripAdvisor
Selain daripada suasana eksentrik berwarna-warni terdapat gerai basikal yang min sebutkan. Dikenali sebagai Teh Thambi menjadi popular di kalangan penduduk tempatan kerana menghidangkan Teh dan Kopi Masala RM1 (secawan) menggunakan resipi mereka sendiri.
Teh Masala Bukan Sebarang Secawan Teh
Photo from hannah hui
Kita sudah biasa dengan rasa teh. Memandangkan sedikit segelas Teh Tarik dapat memanaskan perut kita sambil meninggalkan rasa panas mampu membuat hari kita cerah. Manakala, Masala Tea ialah versi upgrade kalau tanya min.
Dimiliki oleh Kavievanan Subramaniam, Tea Thambi menyajikan Teh Masala dan kopi yang sangat baik dengan harga yang berpatutan. Minuman dihidangkan segar, panas dan boleh didapati dalam tiga saiz iaitu kecil (RM1), sederhana (RM2) dan besar (RM4).
Paling best ialah korang boleh minta mereka 'tarik-kan' teh masala untuk dapatkan kemasan berbuih. Perbezaan ketara daripada teh biasa kita minum ialah penggunaan rempah ratus yang memberikan keharuman tersendiri serta rasa!
Photo from The Smart Local
Berasal dari India dan mengikuti proses membancuh teh serupa. Teh hitam digabungkan dengan kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga hijau untuk menghasilkan minuman lazat yang tidak dapat dinafikan. Akhir sekali, gula dan susu ditambah untuk memberikan minuman berperisa berkrim yang terkenal.
Gandingkan Minuman Dengan Pastri Yang Lazat
Photo from Ilamaran
Teh Thambi bukan sahaja menyajikan minuman yang lazat kepada kita. Mereka juga menyajikan pelbagai kuih, pastri dan roti, gandingan yang sesuai untuk teh masala panas korang. Salah satu kegemaran pelanggan ialah Toast Kaya RM2.
Roti dipotong dua, disapu dengan enam pilihan topping untuk dipilih: kaya, mentega, strawberi, beri biru, coklat dan mentega kacang. Seterusnya dibakar atas kuali panas bersama salted butter.
Photo from YF M
Dengan itu terciptalah snek lazat, sempurna, mudah dimakan serta bungkus untuk menghasilkan sarapan pagi yang sangat baik! Rangup, berkerak di permukaan luar tetapi lembut gebu di dalam. Min paling suka kaya dengan mentega, memang sedap!
Fresh Graduate Kepada Usahawan Perniagaan
Photo from The Star
Bermula ketika zaman Pandemik. Kavievanan ialah fresh graduate dalam jurusan Kejuruteraan. Bertungkus untuk mencari kerja tetapi ternyata gagal akibat sekatan pergerakan merentas negeri dan ke mana-mana pada masa itu.
Namun daripada menunggu keadaan bertambah lebih baik. Graduan muda itu menukar minatnya terhadap teh kepada perniagaan yang tulen kerana dia sentiasa mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang usahawan.
Photo from Docs On Vacay
Dia bermula secara sederhana, menjual teh di atas basikal yang diilhamkan oleh resipi ibunya sendiri. Ternyata membuahkan hasil, gerainya menjadi viral, mendapat populariti dan pelanggan semakin ramai beratur untuk menghirup minuman Teh Masala yang terkenal.
Sudah tiga tahun dia membuka gerainya. Kadnag kala selepas seharian bekerja, apa yang kita perlukan hanyalah secawan teh masala yang baik untuk memberi kita lonjakan tenaga untuk melengkapkan sepanjang hari kita. Jika mempunyai masa boleh singgah ke lokasinya kerana dibuka setiap hari.
📍Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
📍 Setiap hari (8 am - 6 pm)
Mungkin korang suka: