Wanita Malaysia Antara Paling Cantik Di Asia
Wanita Malaysia dinobatkan antara yang paling cantik di Asia! Menurut kajian dilakukan oleh laman web kewangan, Insider Monkey. Wanita kita berjaya mengalahkan beberapa negara lain dengan kecantikan semulajadi terhasil daripada percampuran pelbagai etnik.
Insider Monkey menggariskan metodologi yang digunakan untuk mendapat data kukuh dalam kajian ini. Katanya, metodologi berasaskan konsensus dan meneliti pelbagai sumber diguna untuk menyenaraikan 20 negara Asia.
Photo from Canva
Tujuan kajian dilakukan ialah untuk melihat perkembangan industri kecantikan global menjadi antara kunci rahsia kecantikan wanita. Khususnya di pasaran Asia Pasifik, industri ini diunjurkan mencecah USD88.4 bilion menjelang 2031.
Bagi pasaran Asia Tenggara pula industri kecantikan giat berkembang maju dalam beberapa buah negara. Contohnya seperti di Vietnam yang melihat peningkatan dalam kuantiti pembeli.
Korea Selatan, "Ibu Kota Kecantikan Dunia"
Photo from Rolling Stone
Menurut Insider Monkey, Korea Selatan sering dirujuk sebagai "Ibu Kota Kecantikan Dunia," Wanita di negara K-pop amat terkenal dengan rejimen penjagaan kulit meluas serta pelbagai.
Tambahan pula dengan kesanggupan melabur dalam rawatan untuk mendapatkan wajah sempurna. Secara purata mereka membelanjakan $700 (RM3,285) sebulan untuk produk dan rawatan penjagaan kulit.
Photo from Tradewheel
Maka tidak terkejut hasil kajian mendapati Korea Selatan menduduki tempat pertama dengan skor 1.0.
Jepun, Vietnam, Filipina, Iran & Malaysia Memenuhi Kedudukan Seterusnya
Photo from Shutterstock
Seterusnya di tangga kedua ialah Jepun (0.95), Vietnam (0.9), Filipina (0.85) dan Iran (0.8). Malaysia pula berada di tangga keenam dengan skor 0.75 ialah pencapaian amat membanggakan untuk wanita negara kita.
Data kajian diperolehi menunjukkan kecantikan di negara kita dipandang di mata antarabangsa. Nampak gaya artis tempatan ada peluang untuk kalahkan artis Korea Selatan yang terkenal dengan imej sempurna.
Berikut ialah senarai 10 Negara dengan Wanita Tercantik di Asia berdasarkan kajian Insider Monkey:
- Korea Selatan (1.0)
- Jepun (0.95)
- Vietnam (0.9)
- Filipina (0.85)
- Iran (0.8)
- Malaysia (0.75)
- India (0.7)
- China (0.65)
- Singapura (0.6)
- Thailand (0.55)
Kepelbagaiaan Etnik Menjadi Faktor Rahsia Kecantikan
Photo from Beautiful Nara
Insider Monkey menyatakan kepelbagaiaan etnik di negara kita ialah faktor menghasilkan wanita cantik. Gabungan Melayu, Cina, India dan etnik lain dapat hasilkan gabungan unik dapat dilihat pada wajah dan meningkat taraf kecantikan.
Kepelbagaian ini menghasilkan sesuatu keunikan kepada perempuan di negara kita. Oleh itu menjadikan mereka antara yang paling cantik di Asia. Selain itu, kajian ini terut menyentuh tentang prosedur kosmetik yang popular dalam negara.
Photo from Kosmo Digital
Antaranya seperti rhinoplasty (pembedahan hidung), liposuction (sedut lemak). Prosedur ini dapat membantu perempuan Malaysia mencapai tahap kecantikan yang diingini dan tingkatkan keyakinan diri mereka.
Tambahan pula industri kosmetik di negara kita berkembang dengan pesat. Tahun ini sahaja, industri ini dijangka akan mendapat pendapatan sebanyak $451.3 juta (RM2.1 bilion)
Wanita Malaysia Akan Menjadi Lebih Cantik Pada Masa Hadapan?
Photo from BURO Malaysia
Sektor Kecantikan dan Penjagaan Diri dijangka akan mendapat pulangan sebanyak RM15.07 bilion pada tahun ini. Angka ini menunjukkan sektor kecantikan dalam negara bukan sahaja berkembang pesat.
Malah berpotensi untuk terus maju ke hadapan. Sekaligus memberi kesan positif kepada kecantikan perempuan tempatan.
Justeru, pengiktirafan Malaysia sebagai negara ke-6 dengan wanita tercantik di Asia wajar dipandang tinggi. Dengan sokongan kuat daripada industri kecantikan dan perkembangan industri hiburan.
Nescaya kita juga mampu bertanding dengan negara Asia lain untuk mendapat tempat pertama.
Mungkin korang suka: