3 Faktor Utama Kenapa Ramai Orang Single
Memetik daripada laporan 'SeaAsia Stats'. Malaysia berada di tempat ketiga dalam Asia Tenggara dengan jumlah ramai orang bujang. Sebanyak 44.68% penduduk dikenal pasti tersekat dalam status ini.
Bujang ialah terma yang boleh diklasifikasikan sebagai individu belum berkahwin, bercerai berpisah atau balu. Kajian ini meletakkan negara kita di belakang Filipina yang berada di tempat pertama dengan 49% populasi berstatus single.
Photo from Harian Metro
Kemudian diikuti Brunei dengan 44.9%. Data ini memberikan gambaran menarik tentang struktur demografi di negara kita dan terdapat beberapa faktor menyumbang kepada peningkatan jumlah orang single.
Antaranya seperti..
Photo from VOCKET
Kemelesetan Ekonomi Tidak Menentu
Photo from Sinar Harian
Alasan yang sering diberikan oleh golongan bujang jika ditanya mengapa mereka belum berkahwin. Ramai individu muda merasakan bahawa kos perkahwinan dan kehidupan selepas terlalu tinggi pada masa kini.
"Masalah kewangan ialah punca kenapa saya masih belum tamatkan zaman single," kata seorang pereka grafik tentang isu ini. Beliau turut menyatakan dia masih belum dapat kebebasan kewangan.
Photo from Suara Merdeka
"Saya tak nak kaya tapi perlu ada kebebasan kewangan. Kalau tidak macam mana nak sara anak, isteri. Bila tak ada duit, kena harapkan belas ihsan orang tidak kenal, saudara mara.
Contoh kebebasan kewangan kita tak perlu nak berkira bila nak beli barang dapur. Nak beli apa sahaja yang kita nak. Jika sebaliknya maksudnya kewangan saya belum stabil," tambah beliau.
Photo from MalaysiaKini
Ingin Fokus Kepada Kerjaya Terlebih Dahulu
Photo from iStock
Selain itu faktor seterusnya kenapa ramai membujang ialah ingin fokus membina kerjaya dalam kehidupan. Ketua Pengarah LPPKN, Abdul Shukur Abdullah berkongsi pendapat tentang perkara ini.
Katanya, "Wanita lebih berpendidikan dan berkemahiran tinggi berada dalam pasaran pekerjaan. Ini bagus dan sangat membantu dalam proses pembangunan negara tapi menjadi antara punca mereka sukar mencari pasangan sesuai.
Sekali gus menyebabkan mereka lewat berkahwin," Sehubungan dengan itu, seorang wanita berkongsi pendapatnya tentang isu ini. Menurutnya "fokus saya sekarang ialah kerjaya dan kehidupan peribadi.
Photo from iStock
Saya dapat menikmati rasa kepuasan dan kebahagiaan dalam membina kerjaya saya sendiri. Ini memberikan saya kebebasan dan kawalan pada hidup sepenuhnya yang mungkin sukar dicapai jika terikat dalam perkahwinan," katanya.
Dia juga menyatakan, perkahwinan tidak menjamin kebahagiaan. Banyak lagi cara lain untuk menikmati hidup dan merasa puas.
Belum Temui Jodoh Yang Betul
Photo from Utusan
Faktor terakhir yang menyebabkan ramai single ialah belum bertemu dengan pasangan yang sesuai. Masih ramai yang giat mencari pasangan sesuai dengan gaya hidup, status kewangan, minat dan personaliti.
Menurut seorang individu yang aktif mencari jodoh berkata, "Sekarang ini saya masih berusaha cari pasangan yang sesuai. Nak hidup bersama bukan 2 atau 3 tahun.
Selain itu perasaan malu nak mula berkenalan juga menjadi faktor. Bila umur dah meningkat, nak kenal balik dari mula agak segan," katanya. Walau bagaimanapun dia juga tidak menolak jika keluarga mencari pasangan bagi dirinya.
Photo from PP Signature Bridal Boutique
Katanya, "saya beri peluang pada keluarga saya untuk cari pasangan ideal di mata mereka. Melalui media sosial pun ada tapi kalau ada jodoh, pasti berkekalan," Di samping itu, seorang wanita turut berkongsi pendapat tentang faktor ini.
Baginya "zaman sekarang susah betul nak cari lelaki serius untuk dirikan rumah tangga. Saya berasa takut untuk berkahwin apabila membaca pelbagai kisah masalah rumah tangga sering dikongsikan di media sosial,"
"Siapa yang taknak kahwin, tapi perasaan takut tu ada. Dengan pelbagai kejadian yang berlaku sekarang seperti orang bercerai, pukul. Rasa takut tu memang ada," kata wanita tersebut.
Photo from Sirap Limau
Adakah Korang Tergolong Dalam Kategori Bujang?
Photo from HRM Asia
Generasi muda hari ini mempunyai banyak akses kepada aktiviti sosial dan hiburan. Ini menyebabkan timbul perasaan tidak ingin terikat dalam jangka panjang seperti perkahwinan.
Orang bujang kini rasa lebih bebas berbanding tahun sebelum ini. Mereka dapat atur masa dan kehidupan tanpa terikat kepada tanggungjawab keluarga. Namun ini tidak bermakna generasi seterusnya akan menghapuskan industri perkahwinan di negara.
Cuma semakin ramai semakin berhati-hati dan memilih untuk mengambil keputusan tersebut. Tambahan pula dengan faktor usia lebih matang, keputusan yang diambil berdasarkan status kewangan berbanding emosi.
Kesimpulannya, kajian SeaAsia Stats jelas menunjukkan bahawa individu bujang semakin meningkat. Mungkin kerana 3 faktor yang semakin berleluasa dalam negara kita.
Mungkin korang suka: