Pembaca Berita Dedah Realiti Sebenar Tugasnya
Dalam industri media massa ramai menyangka bahawa tugas mereka senang! Terutama jawatan pembaca berita di televisyen (tv). Ezreena Amir Hamzah, pembaca berita untuk Buletin TV3 mengupas realiti bagaimana kehidupan seharian.
Sebenarnya tugas pembaca berita jauh lebih kompleks, perlukan dedikasi tinggi dan kena pandai membaca! Haa.. membaca bukan sembarangan tau.
Photo from IG | ezreenaamirhamzah
Ini realiti hidup seorang pembaca berita.
Kerja Bukan Baca Berita Satu Jam Sahaja
Photo from TikTok | ezreenaamirh
Menerusi akaun TikTok rasmi Ezreena, wanita ini menunjukkan kepada followers persiapan yang perlu dilakukan sebelum membaca berita. Ezreena menjelaskan persiapan untuk bersiaran bermula seawal jam 5:00 petang. Pertama sekali baju untuk bersiaran perlu disiapkan terlebih dahulu.
Seterusnya kerja 'hakiki' seperti rakaman voice over (VO) untuk berita yang ada. Selesai rakaman, pembaca perlu sunting terlebih dahulu. Rakaman audio tersebut akan dimasukkan ke dalam sistem penyuntingan sambil memastikan kualiti audio mencapai standard.
Photo from TikTok | ezreenaamirh
Muka Kena Cantik Nak Masuk TV!
Photo from TikTok | ezreenaamirh
Sejam sebelum siaran bermula menurut Ezreena, pembaca perlu menyiapkan diri di ruangan khas telah disediakan. Di sini mereka turut akan berdandan untuk pastikan wajah kelihatan cantik di kaca tv.
Sehubungan dengan itu, earpiece akan dipakai sebelum memakai baju untuk memudahkan proses berkerja ketika siaran langsung. Manakala penata rias (makeup artist) akan pastikan semuanya kelihatan sempurna, cantik dan tepat sebagai imej pembaca berita.
Photo from TikTok | ezreenaamirh
Selesai sahaja proses ini, penata rias perlu ambil gambar untuk mendapat kelulusan dari pihak atasan. Tinggal lagi 15 minit sebelum siaran bermula. Krew yang terlibat akan bergegas untuk melakukan persiapan terakhir.
Bukan Duduk Main Baca Berita Sahaja
Photo from TikTok | ezreenaamirh
Tekanan ketika ini sangat tinggi kerana mereka diberikan tanggungjawab untuk sampaikan berita dengan tepat, efisien kepada penonton. Melayari ruangan komen TikTok Ezreena, ramai netizen kagum setelah melihat video tersebut.
Dengan jadual kerja cukup padat mereka seolah terbuka mata yang jarang dilihat sebelum ini. Ada juga menyatakan minat untuk menjadi pembaca berita setelah melihat bagaimana proses kerja Ezreena.
Photo from IG | ezreenaamirhamzah
Kisah ini membuktikan bahawa tugas sebagai pembaca berita bukan sesuatu wajar diambil ringan. Ia memerlukan komitmen, disiplin, latihan serta teliti cukup tinggi untuk pastikan berita dapat disampaikan.
Realitinya membaca berita tidak sama seperti membaca buku. Nada suara, kelajuan membaca serta suara yang jelas perlukan latihan. Disebabkan itu industri media massa masih kekal relevan sehingga hari ini.
Photo from IG | ezreenaamirhamzah
Mungkin korang suka: