Nasi Ambeng: Keunikan Pengaruh Makanan Jawa
Dianggap sebagai salah satu masakan tradisional Jawa. Nasi Ambeng terkenal dengan rasa yang kompleks, pelbagai jenis lauk dimakan bersama dan dijadikan sebagai salah satu Makanan Warisan Negeri Selangor.
Keputusan itu dibuat Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. Alasan di sebaliknya adalah untuk menjadikan hidangan ini sebagai makanan warisan untuk memartabatkan dan memastikan kelestarian dapat bertahan sepanjang masa.
Tambahan pula ini akan memberikan definisi serta bukti jelas bagaimana versi Nasi Ambeng Selangor. Setiap unsur dan ciri-cirinya tidak akan hilang ditelan arus pemodenan dan generasi seterusnya dapat menikmatinya.
Photo from AsiaOne
Namun kalau ini kali pertama korang dengar tentangnya tidak mengapa. Mengikut budaya asal, ia adalah hidangan tradisional yang sering dihidangkan di majlis kenduri seperti majlis tahlil atau doa selamat.
Dihidangkan di atas dulang terdiri daripada nasi putih, ayam, sambal goreng jawa, kerepek kelapa dan mee goreng. 4-5 orang akan berkongsi makan bersama-sama merapatkan semangat ukhwah.
Keunikkan dan Kecantikkan Nasi Ambeng
Photo from Malaysiaaktif
Keunikkan Nasi Ambeng terletak pada nilai budaya dapat dibezakan dengan hidangan tradisional yang lain. Fakta menarik tentang hidangan ini ialah namanya akan berubah bila kita selesai makan dan membawanya pulang.
Ia akan bertukar menjadi 'nasi berkat'. Tambahan pula ia adalah lebih daripada 10 lauk pauk berbeza yang boleh digandingkan dengan hidangan tersebut dan asal usulnya dipercayai dari Jawa Tengah.
Selain itu ada beberapa versi tau. Contohnya seperti versi Selangor, Johor, Melaka dan Perak dengan unsur-unsur yang berbeza bercampur di dalamnya tetapi bahan-bahan terasnya tetap sama.
Photo from Munch Malaysia
Biasanya lauk yang wajib ada seperti berikut:
- Rendang: sama ada ayam atau daging lembu tidak perlu pengenalan
- Ayam Lemak: memberikan kontras tekstur yang hebat. Dimasak dalam santan berkrim berperisa serai dan kunyit untuk menghasilkan rasa aromatik dan menenangkan
- Sambal Goreng: Tumis yang terang menyerlahkan kepelbagaian sayur-sayuran. Kacang panjang, tempah, kacang tanah dicampur dengan sambal memberikan simfoni pedas dan menyedapkan.
Photo from Masak Apa Bossku
- Urap: Kukus: Bayam kukus, taugeh dan kelapa yang dihias dengan kelapa muda dan gabungan rempah. Menyediakan hidangan sampingan yang menyegarkan dan menyihatkan untuk mengurangkan rasa yang lebih berat
Photo from Carolines Cooking
Cara masaknya pula tidak begitu rumit dan mengambil masa lama. Ini kerana biasanya ia dimasak secara bergotong-royong yang dikenali sebagai rewang. Ia mencerminkan gaya hidup dan budaya masyarakt Jawa.
Menjadi Makanan Warisan Selangor
Photo from Buletin Mutiara
Menurut Datuk Seri Amirudin Shari, "Proses menjadikan Nasi Ambeng sebagai makanan warisan bermula pada 2021 dengan kajian sumber bertulis dan kajian lapangan. Kemudian terdapat barisan juri dihadiri oleh Pengusaha Nasi Ambeng dari limah daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang.
Hasil perbincangan memberikan kata putus menentukan ciri-cirinya versi Selangor yang kemudian dinobatkan sebagai Makanan Warisan Selangor,"
Mewakili Cara Hidup Tradisional
Photo from Miss Tam Chiak
Secara tradisinya ia dihidangkan di atas daun pisang dan budaya makan kongsi bersama mengalakkan perasaan ukhwah silatulrahim dan semangat masyarakat yang kuat. Turut dapat hasilkan kenangan sukar dilupakan.
Ikatan kita bersama orang tersebut juga akan menjadi lebih rapat berbanding sebelum ini. Oleh itu ia dianggap pelik untuk makan secara sendiri kerana hidangan ini bukan sahaja mengenyangkan malah turut mengajar toleransi antara satu sama lain.
Wajar untuk dianggap sebagai lambang menyatukan manusia walaupun berbeza budaya.
Satu Langkah Melestarikan Tradisi & Budaya
Photo from Selangor 10
Penamaan Nasi Ambeng sebagai hidangan sejarah Selangor adalah langkah penting ke arah mengekalkan tradisi kulinari negeri ini. Ia memberi jaminan bahawa generasi akan datang boleh menikmati masakan yang tersendiri dan lazat ini, mengekalkan tradisi dan perkaitan budaya.
Mengangkat Nasi Ambeng sebagai warisan negeri Selangor ialah langkah yang betul. Ia dapat melindungi tradisi masakan di negeri daripada hilang begitu sahaja serta memberi peluang kepada generasi akan datang untuk menikmatinya.
Ia juga memberi gambaran budaya dan sejarah negeri ini. Memandangkan Selangor terkenal dengan pengaruh budaya Jawa yang pindah ke sini sekitar tahun 1890-an akibat penemuan lombong bijih timah.
Jika anda tidak pernah makan sebelum ini, terdapat pelbagai restoran yang menjualnya. Jika korang tidak pernah cuba hidangan ini, terdapat pelbagai restoran yang menjualnya. Kemudian, boleh pilih sahaja restoran paling popular untuk menikmati gabungan perisa sungguh kompleks yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Mungkin korang suka: