download Jom Explore app
Cipta Kenangan Manis Di Korea Selatan

Cipta Kenangan Manis Di Korea Selatan

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 07 May 2024
Digital Editor

Bercuti bersama keluarga sentiasa menggembirakan. Tidak banyak negara'mesra keluarga' tetapi pernah pertimbangkan Korea Selatan? Dengan pemandangan yang menakjubkan, makanan lazat, budaya tradisional Asia Timur menjadikannya percutian yang sempurna untuk keluarga!

Tak perlu cakap populariti budaya Korea Selatan. Majoriti negara kita dipenuhi dengan budayanya yang melonjak dalam populariti di mata generasi muda. Selain itu, menurut pelancong negara ini selesa.

Untuk pelancong bujang dan keluarga kerana mereka mempunyai pengangkutan awam yang cekap, jalan yang selamat dan pelbagai infrastruktur moden. Jangan lupa tentang makanan juga!

South Korea bukan sahaja ada K-pop, ada tradisi dan budaya menarik sesuai untuk seisi keluargaPhoto from Travel Weekly Asia

Tambahan pula menurut InsideAsia, "kerajaan Korea Selatan telah menjalankan misi untuk menjadikan kawasan awam lebih mesra keluarga, termasuk akses tanpa langkah dan bilik penjagaan di kebanyakan stesen, muzium dan pusat membeli-belah."

Bukankah itu berita yang sangat baik? Ini 7 aktiviti korang boleh lakukan bersama keluarga di negara K-pop!

Terokai Sejarah Korea Dengan Memakai Hanbok

Pakai Hanbok satu keluarga dan ambil gambar bersama cantik kan?Photo from Klook Malaysia

Hanbok telah menjadi pakaian tradisional Korea dari akhir abad ke-19, menjadi popular di bawah Dinasti Joseon. Dianggap sebagai gaya formal dan separa formal yang mengutamakan keselesaan, gaya dan kesopanan.

Sambil menggambarkan vibe budaya Korea Selatan ceria dan cantik. Sesuai untuk seluruh keluarga kerana wanita boleh memakai pakaian dua helai yang terdiri daripada skirt pinggang tinggi Chima dan jaket Jeogori.

Manisnya pakai hanbok ramai-ramai kan?Photo from From Malaysia To Korea With Love

Lelaki boleh memakai seluar Baji yang longgar dan versi Jeogorinya. Ia satu pengalaman yang menyeronokkan apabila kita memakainya serta dapat mempelajari tentang ritual dan budaya tradisionalnya yang berbeza dari negara kita.

Jangan lupa untuk mengambil gambar sebagai satu keluarga apabila memakai Hanbook!

Dapat mempelajari sejarah Korea sambil memakai pakaian tradisionalPhoto from Asian Inspiration

Nikmati Keindahan Sungai Hangang

Hangang River Park menyediakan tempat untuk korang berehat dengan vibe sangat tenang!Photo from Visit Korea

Ia adalah sungai besar yang mengalir melalui Seoul. Terdiri daripada 31 jambatan cantik yang merentasi metropolis dengan 11 laluan bawah tanah yang berjalan di bawah laluan air dan beberapa monumen bersejarah.

Menyediakan jalan-jalan indah dan pemandangan bandar indah di sepanjang sungai ialah tempat riadah yang sesuai untuk keluarga. Nikmati aktiviti seperti berkelah, menaiki bot Tubester bulat atau berbasikal di sepanjang tepi sungai.

Berbasikal boleh, berkelah boleh, semua bolehPhoto from Pinterest

Tamatkan hari dengan menaiki sungai matahari terbenam untuk melihat Air Pancut Moonlight Rainbow yang menakjubkan di sebelah Jambatan Banpodaegyo, yang menamakan air pancut jambatan terpanjang di dunia pada tahun 2008 oleh Guinness Bock of World Records.

Kecantikkan Jambatan Banpo memang berbaloi sebagai penutup hariPhoto from KoreaToDo

Bawa Kanak-Kanak Mengembara Di Children Grand Park

Bawa anak korang ke sini untuk menikmati taman tema yang santaiPhoto from The Korea Herald

Nikmati pengembaraan yang menakjubkan di Children's Grand Park mempunyai taman tema alam semula jadi dan luar yang sesuai untuk mereka. Dibuka pada Mei 1973 ia termasuk zoo, arboretum, taman hiburan dan ruang persembahan.

Menyediakan taman permainan untuk kanak-kanak dan ruang pendidikan secara langsung. Orang dewasa boleh berehat dan berundur dari kesibukan kota metropolis menikmati masa bersama seisi keluarga dengan meluangkan masa yang berkualiti.

Taman tema ini menyediakan tarikan sesuai untuk anak kecilPhoto from KoreabyMe

Rasa Adventurous? Pergi ke Lotte World

Nak tarikan extreme sikit? Singgah ke Lotte WorldPhoto from KoreaToDo

Taman tema utama Korea Selatan lengkap dengan pusat beli-belah, muzium rakyat, gelanggang ais, hotel dan taman tema dalaman dan luaran. Lotte World Adventure ialah taman hiburan dalaman terbesar di dunia.

Bayangkan Genting Highlands tetapi lebih besar menawarkan pengalaman mendebarkan, perarakan dan persembahan menghiburkan! Taman luar mempunyai pelbagai jenis hiburan dan aktiviti yang sesuai untuk dinikmati seisi keluarga.

Ada bahagian luar dan dalam untuk korang terokai bersama keluargaPhoto from Traveloka

Terokai Perkampungan Budaya Gamcheon yang Memukau

Bosan dengan Seoul? Singgah ke Busan untuk menikmati kecantikan kampung iniPhoto from Lost With Jen

Bosan dengan Seoul? luangkan sedikit masa di Busan, bandar kedua terbesar di Korea Selatan. Menampilkan pemandangan menakjubkan dan suasana tradisional di Perkampungan Budaya Gamcheon.

Diasaskan oleh pelarian perang Korea yang membina rumah mereka dalam gaya tangga di kaki bukit. Banyak lorong yang melalui perkampungan ini dihiasi dengan lukisan dan arca  dihasilkan oleh penduduk tinggal di sini.

Penuh dengan hiasan menjadikan gambar korang sangat cantikPhoto from Facts

Sebuah bandar seni yang indah lengkap dengan muzium kecil yang menceritakan sejarah masyarakat. Memberi peluang bergambar menakjubkan kepada seluruh keluarga dan juga membeli pelbagai kraftangan boleh simpan sebagai peringatan percutian.

Saksikan Pantai Haeundae yang Indah

Melihat kecantikkan Haeundae dengan menaiki Sky CapsulePhoto from Activities, Attractions, Tours and More

Haeundae ialah pinggir pantai di Busan terkenal dengan Pantai Haeundae. Pinggir pantai dengan bukit hijau yang indah, pantai berpasir dan perairan biru. Bahagian yang terbaik ialah kita boleh lihat semuanya dengan menaiki kereta api atau gerabak yang santai.

Kereta Api Pantai Haeundae ialah kaedah terbaik untuk melakukan lawatan panaromik ke pantai. Tambahan pula, Sky Capsule menyediakan perspektif intim kawasan pantai yang memberikan anda pemandangan yang menakjubkan dari atas.

Melihat permandangan dari atas membolehkan korang ambil gambar permandangan cantik!Photo from KoreaToDo

Ia bergerak secara perlahan, jadi ambil banyak gambar di sini bersama keluarga.

Mengapa Tidak Belajar Makanan Korea Selatan?

Apa kata belajar makanan Korea Selatan? Sedap pulak tuPhoto from Lifestyle Asia

Terdapat banyak makanan korea yang lazat boleh korang nikmati sepanjang perjalanan. Tetapi mengapa tidak mencuba membuat makanan Korea sendiri semasa bercuti? Terdapat pelbagai kelas memasak di Seoul.

Korang mungkin boleh belajar cara membuat hidangan terkenal mereka seperti Kimchi, Bulgogi BBQ, Bibimbap atau apa sahaja yang korang suka. Tambahan pula, memasak sebagai satu keluarga sentiasa menjadi perkara yang baik.

Paling mudah boleh belajar KimchiPhoto from The Kitchn

Pengalaman daripada ini mampu mencipta kenangan indah untuk anak-anak.

Percutian Sempurna Di Korea Selatan!

Menarik kan Korea Selatan? Banyak betul aktiviti boleh buat bersama keluargaPhoto from Inside Asia Tours

Ini hanyalah sejumlah kecil aktiviti boleh lakukan di sini sebagai seisi keluarga. Terdapat banyak lagi belum ditemui menyediakan lebih banyak keseronokan menunggu kedatangan korang untuk explore.

Tetapi sebagai peringatan. Korang boleh bercuti sebelum atau selepas musim sejuk untuk mengelakkan cuaca terlalu sejuk menyebabkan tidak dapat menikmati keseluruhan percutian.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok