Cuaca Panas Melenting? Amalkan 8 Makanan Sihat Ini!
Ehh tak tahan betul panas membahang sejak dua menjak ni. Semakin lama semakin susah untuk kekal sejuk dan selesa baik di sebelah pagi mahupun malam. Ada tak cara lain untuk pastikan badan kita sejuk dalam keadaan suhu 40°C.
Selain kerap minum air, tidak berjemur di tengah panas dan memakai krim perlindungan matahari. Cuaca panas terik kalini amat mencabar menjadikan kita seperti cacing kepanasan.
Dalam keadaan tidak selesa ia juga membuatkan kita terasa lesu dan tidak bermaya. Tambahan pula, gejala berbahaya seperti strok haba, dehidrasi akan kerap berlaku jika melakukan sesuatu utnuk menyejukkan badan.
Menurut Scientific Reports, fenomena panas dikenali sebagai 'El Nino' akan memecah rekod tertinggi menjelang Jun 2024. Ia dapat dipastikan apabila suhu dunia melepasi had pemanasan 1.5°C.
Photo from NST
Seterusnya, terdapat 25% kemungkinan suhu meningkat lebih daripada 2°C menjadi 'Super El Nino'. Kesannya akan terasa pada kita apabila kawasan Asia Tenggara akan mengalami kemarau panjang.
Justeru itu untuk pastikan badan kita kekal sejuk taktala cuaca panas melenting. Cuba amalkan pemakanan ini..
1. Kelapa
Photo from Pinterest
Min pernah tulis khasiat dan kebaikkan buah kelapa. Tekan link ini untuk baca kerana ia mendapat gelaran 'superfood' kerana khasiat yang boleh dimanfaatkan oleh tubuh badan kita.
Daripada kulitnya, minyak dan air mempunyai sifat penghidratan yang baik serta berfungsi sebagai antiradang. Tambahan pula, ia bagus untuk menstabilkan penghidap sakit darah tinggi.
Photo from Pinterest
Air kelapa ialah antata air terbaik untuk menyejukkan badan ketika cuaca panas. Pastikan korang dapat yang segar dan minum mengikut had ditetapkan supaya badan terasa sejuk sentiasa.
2. Timun
Photo from Pinterest
Kita selalu lihat dalam filem orang akan letak hirisan timun di muka ketika berjemur di bawah matahari. Rupa-rupanya bukan saja-saja tau sebab timun mengandungi air yang bagus untuk kekalkan paras hidrasi badan.
Bukan itu sahaja, dengan kandungan serat ia menyelesaikan masalah penghadaman yang amat mengganggu ketika cuaca melampau. Cara terbaik untuk nikmati khasiatnya ialah amalkan dalam diet seharian.
Photo from Pinterest
Jadikannya sebagai ulam makan bersama salad atau nasi ialah antara cara terbaik untuk menyejukkan semula badan.
3. Yogurt
Photo from Pinterest
Yogurt ialah antara makanan sangat baik untuk bantu korang sejukkan badna semula. Tak lupa jua menyegarkan dan amat berkhasiat pulak tu! Diperbuat daripada susu ditapai di mana kultur bakteria hidup menukar gula semula jadi kepada asid laktik.
Sebab itu yogurt rasanya masam dan berkrim. Min sarankan cuba yogurt tanpa perisa supaya dapat menambah banyak buahan lain dan pelbagai perisa untuk menghasilkan pencuci mulut menyelerakan.
Photo from Pinterest
Khasiat yogurt antaranya:
- Kaya dengan nutrien seperti protein, kalsium, kalium dan vitamin
- Probiotik kurangkan masalah pencernaan
- Menurunkan kolestrol dan tekanan darah
- Mengurangkan jerawat dan menguatkan folikel rambut
4. Buah Sitrus
Photo from Pinterest
Kumpulan buah sitrus amat bagus untuk melawan masalah yang kita tengah hadapi sekarang. Tergolong dalam keluarga Rutaceae mereka mengandungi kandungan air tinggi dan mempunyai rasa yang sedap!
Tamabahan pula dengan vitamin C yang tinggi dapat lindung badan kita daripada sinaran matahari. Rasa menyegarkan dan berkhasiat sedap dibuat air jus segar atau jadikan ice blended!
Photo from Pinterest
Buah sitrus yang sedap untuk dinikmati untuk sejukkan badan ialah oren, lemon, limau dan tengerin.
5. Avokado
Photo from Pinterest
Semakin ramai orang Malaysia mula menggemari rasa buah avokado berbanding sebelum ini. Ia adalah antara sumber lemak sihat terbaik untuk badan kita dan dapat menyejukkan badan ketika panas.
Ada banyak cara dan resipi yang boleh lakukan bersama avokado dari tahap mudah sehingga kompleks. Min paling suka cara orang Indonesia iaitu menjadikannya sebagai jus dan minum bersama coklat.
Photo from Pinterest
Selain itu boleh makan bersama roti, pisang dan macam-macam cara lagi! Nak cuba hasilkan sos guna avokado pun tiada masalah.
6. Kacang Soya
Photo from Pinterest
Haa.. siapa yang tak pernah minum air soya tu sangat rugi! Dahla sedap rasanya dan merupakan antara sumber protein terbaik pulak tu. Kacang soya mempunyai banyak versi seeprti tauhu dan kacang edamame.
Sumber protein macam ayam, daging merah dan kambing dapat membuatkan suhu badan kita jadi panas. Pengambilan kacang soya tidak berbuat sedemikian lalu amat bagus untuk diamalkan.
Photo from Pinterest
Justeru, cuba amalkan kacang soya dalam diet seharian untuk lihat perubahan yang ketara.
7. Buah Tembikai
Photo from Pinterest
Antara buah kegemaran orang Malaysia yang terkenal dengan kandungan air sangat tinggi. Air buah tembikai memang banyak khasiat dapat sangat bagus untuk menyihatkan tubuh badan kita termasuk menyejukkan.
90% daripada komponen tembikai terdiri daripada air. Ia pilihan bijak untuk kekalkan paras air pada tahap mencukupi, sesuai sangat kalau kurang gemar minum air kosong.
Tambahan pula, tembikai cukup kaya dengan kandungan serat mengurangkan masalah penghadaman.
8. Beri
Photo from Pinterest
Dahlah buah beri dipenuhi dengan kandungan air berkhasiat, siap dapat sejukkan badan kita lagi. Daripada kita menikmati makanan ringan tidak berkhasiat, cuba ubahnya kepada buah beri.
Ternyata korang akan menikmati badan lebih sihat! Kaya dengan antioksidan, ia dapat lindungi badan kita dariapada radikal luar berbahaya seperti sinaran matahari yang boleh menyebabkan kanser kulit jika terdedah.
Antara beri sedap boleh dicuba adalah beri hitam, beri biru dan strawberi. Masukkan ke dalam peti sejuk bahagian beku dan biarkan semalaman. Nikmatinya setelah ia beku sebagai sebuah snek.
Photo from Pinterest
Kesimpulannya, amalkan 8 makanan ini untuk membantu korang sejukkan badan dengan baik! Tambahan pula jangan lupa untuk sentiasa minum air dan bawa payung ke mana sahaja korang pergi untuk lindung diri dari sinaran terik itu.