[Ramadan 2024] Rahsia kulit sentiasa hidrat di bulan Ramadan
Walaupun kita tengah menahan diri daripada makan dan minum ketika bulan Ramadan tak bermakna kita perlu abaikan kesihatan kulit kita. Terutamanya pada bahagian muka yang sering menghadapi masalah seperti kering, tidak bermaya, dehidrasi dan sukar untuk mengekalkan tahap hidrasi.
Rutin, penjagaan dan pelan yang betul ketika bulan Ramadan adalah kunci untuk memastikan kulit kita kekal sihat. Jika diabaikan atau biar masalah ini boleh melarat menjadi satu masalah yang lebih besar.
Tambahan pula berpuasa bukan alasan untuk kita tidak menjaga diri dengan baik. Penat macam mana pun kesihatan kulit perlu dijaga dengan baik kerana kalau tidak menangis korang apabila kulit jadi rosak sewaktu menyambut raya nanti.
Faktor seperti cuaca panas dan hujan tidak menentu juga memainkan peranan penting pada tahap kulit kita. Bertambah pula dengan kuantiti air berkurangan sepanjang hari mendorong kulit untuk kehilang hidrasi.
Photo from Verywell Health
Kesannya boleh rasa sendiri kulit lebih mudah mengering dan dehidrasi. Haa.. min ada beberapa cara mudah untuk korang ikuti supaya sudah siap sedia bagi menangani masalah ini dan mengekalkan tahap kesihatan kulit pada skala optimum.
Jangan Sesekali Malas Untuk Menggunakan Produk Kesihatan
Photo from NBC News
Air adalah kawan baik kepada kulit kita. Ia mengekalkan kelembapan pada kulit dan memberi kulit kita kecerdasan bagi melawan masalah dehidrasi yang sering dibelenggu oleh orang Malaysia.
Ini kerana kita sudah maklum negara kita secara purata cuaca amat panas. Kulit kita pula sangat sensitif terutama pada bahagian muka kita jadi penggunaan produk kesihatan yang betul dapat banyak membantu kita.
Tetapi ada banyak sangat jenis produk di pasaran mana satu perlu kita fokuskan? Utamakan 3 jenis sahaja iaitu pembersih, pelembap dan pelindung matahari. Setiap satu bertugas untuk membersihkan, melembapkan serta melindung daripada cahaya matahari.
Photo from Business Insider
Kena ingat cahaya matahari memang cantik tetapi sangat bahaya! Ia mengandungi sinaran UV yang boleh menjejaskan kesihatan kulit dan jika tidak dibendung boleh mengakibatkan kanser kulit.
Puasa Bukan Alasan Untuk Kekal Malas, Kekal Aktif!
Photo from Pinterest
Ini adalah alasan paling sering didengari sewaktu bulan Ramadan. Tidak dinafikan kita akan mudah rasa lesu dan penat berbanding hari-hari sebelumnya yang dibekalkan cukup tenaga daripada pemakanan serta minuman.
Tambah pula dengan cuaca panas membuatkan kita jadi lebih malas dan ingin duduk dalam bilik sejuk sahaja. Sebaliknya waktu ini kita kena kekal aktif dengan melakukan pelbagai aktiviti fizikal.
Susun semula jadual kita supaya dapat melakukan ibadah dan aktiviti fizikal tanpa bercanggah. Main bola pada waktu malam atau berjogging sudah cukup untuk menjaga tahap kecerdasan untuk memberi kesan baik pada kulit.
Photo from Pinterest
Ini kerana bila kita berpeluh dapat meningkatkan potensi sistem serta fungsi kulit jadi lebih baik. Tak lupa juga menjadi lebih sihat dan tubuh badan kita turut berterima kasih kerana menjadi lebih kuat daripada sebelum ini.
Kitaran Tidur Kena Sentiasa Cukup
Photo from Pinterest
Masalah yang sering dihadapi oleh golongan dewasa tak kisah muda atau tua adalah kekurangan tidur. Ini bertambah lebih teruk apabila waktu berpuasa membuatkan kita lebih cepat lesu dengan kadar lebih pantas.
Wajarnya kita sangat memerlukan rehat yang mencukupi. Menurut Vanessa Parvez, pakar perubatan di Institut Rawatan Kulit dan Laser di California amat menitikberatkan tentang kitaran tidur yang mencukupi.
Tidur tak mencukupi atau perubahan kitaran tidur menyebabkan peningkatan paras kortisol. Ia menyebabkan kulit jadi bermasalah seperti jerawat dan lingkaran hitam serta bengkak di bawah muta mula muncul.
Untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku pastikan kita dapat tidur yang berkualiti. Sejukkan dan gelapkan bilik sudah memadai.
Elakkan Makan Semua Benda Pada Waktu Sahur & Iftar
Photo from iStock
Haa.. yang ini selalu sangat orang kita pandang remeh kerana sibuk mengikut hara nafsu. Bulan berpuasa menyebabkan kita ingin mencuba segala jenis makanan yang kita lihat terutama di bazaar ramadan.
Namun kena sentiasa waspada dan beringat, kesihatan kulit amat bergantung pada pemakanan kita. Makanan yang tidak berkhasiat berisiko untuk memberikan kesan negatif berbanding positif lalu jadi kurang sihat.
Perbanyakkan sayuran, buah-buahan dan makanan bernutrisi agar kesihatan tubuh badan terjamin. Lama-kelamaan korang sendiri akan sedar kulit jadi lebih sihat dan tidak menghadap masalah dehidrasi.
Minum Air Yang Mencukupi Adalah Pesanan Terakhir
Photo from Pinterest
Bila kita tiba masa berbuka tak salah nak menghadiahkan diri dengan minuman yang sedap. Selepas itu jangan lupa untuk kekal minum air putih bagi menggantikan semula air yang sudah hilang pada tubuh badan.
Lebih banyak kita berpeluh lebih banyak air kita perlu ganti semula. Tetapi tak perlu sampai teguk air putih berterusan sebaliknya minum dengan kadar sederhana sepanjang malam sehingga waktu sahur.
Photo from Pinterest
Justeru itu kulit korang akan sentiasa kekal dalam keadaan lembap dan langsung tidak menghadapi sebarang masalah tau. Persediaan yang lengkap pada bulan Ramadan adalah kunci untuk menyelamatkan kulit korang menghadapi sebearang masalah.
Mungkin korang suka: