download Jom Explore app
Elak Tinggalkan 5 Barang Mudah Meletup Dalam Kereta!

Elak Tinggalkan 5 Barang Mudah Meletup Dalam Kereta!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 27 Feb 2024
Digital Editor

Sudah menjadi tabiat untuk meninggalkan barang dalam kereta kerana memudahkan kehidupan seharian. Namun ada beberapa barang yang sewajarnya perlu dielakkan tertinggal dalam kereta kerana risiko meletup sangat tinggi terutama bila cuaca di negara kita semakin panas!

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca dalam negara akan menjadi lebih panas serta kering berbanding bulan sebelum ini. Ini kerana berlakunya tempoh lama tiada kemunculan hujan.

Seperti yang dimaklumkan setiap orang mempunyai rasa malas untuk membawa segala barang bersamanya. Oleh itu solusi paling mudah ialah tinggalkan sahaja semuanya dalam kereta yang saban hari mempunyai ruang storan banyak.

Cuaca Malaysia semakin panas dan kering berbanding bulan sebelum iniPhoto from Gempak

Walaubagaimanapun bukan semua jenis barang korang boleh tinggalkan begitu sahaja tau. Perkara ini lagi mustahak jika kereta korang diletakkan di ruang terbuka tanpa bumbung di bawah pancaran matahari terik boleh mengundang risiko bahaya sangat tinggi.

Makanan & Minuman

Bekas polistrin seperti ini memang bahaya kalau tinggal dalam keretaPhoto from mStar

Meninggalkan makanan dan minuman dalam kereta memang suatu sangat norma dalam masyarakat kita. Haa.. korang tahu tak jika makanan atau minuman disimpan dalam bekas boleh menyebabkan ancaman pada kesihatan korang?

Ini berlaku kerana bahang matahari teruk. Ia mampu meningkatkan suhu dalam ruang kabin kereta mencecah sehingga 70°C atau lebih menyebabkan apa-apa kandungan boleh mula mereput (terurai) menghasilkan bahan tercemar.

Botol air plastik seperti ini sering kita tinggal dalam kereta!Photo from XTRA

Ambil contoh mudah ialah meninggalkan botol air mineral plastik akan menghasilkan pelbagai bahan-bahan toksik. Lebih menyeramkan juga menjadi punca kepada kanser payudara.

Ubat

Ubat mudah rosak jika dibiarkan dalam kereta panas!Photo from Sinar Harian

Ada orang memang mudah sakit kepala ketika memandu kereta. Lalu mereka akan menyediakan bekalan ubat dalam kereta untuk memudahkan proses memandu ketika menghadapi masalah sakit.

Kebanyakkan ubat pula mempunyai label serta arahan tentang cara penyimpanan yang betul. Ubat sewajarnya disimpan pada suhu bilik untuk elakkan daripada terjejas, rosak atau mengancam kesihatan kita.

Tak kira sekejap atau lama, ubat akan cepat rosak jika terdedah kepada suhu tinggi. Seeloknya bawa bersama dalam beg kecil dan masukkan ke dalam beg galas harian supaya dapat menjaga jangka hayat ubat itu.

Tin Aerosol/Penyembur

Minyak wangi sering ditinggalkan dalam kereta memang berisiko tinggi!Photo from Pinterest

Selalunya dalam kereta memang jarang kita bawa racun aerosol untuk menghalang serangga seperti nyamuk. Sebaliknya kita lebih gemar membawa minyak wangi, dandanan rambut dan macam-macam sepertinya ke dalam kereta kita.

Contoh paling mudah ialah minyak wangi yang kita suka sangat simpan dalam kereta. Dengan alasan untuk pastikan sentiasa wangi semerbak sebelum melangkah masuk ke dalam tempat kerja.

Ingat kalau ada tin aerosol jangan tinggal dalam kereta!Photo from Pinterest

Haa.. kalau ingin melihat kereta korang jadi bunga api sila tinggal minyak wangi dalamnya. Ini kerana bahan-bahan seperti ini mempunyai kandungan kimia yang boleh mengembang serta memberi tindak balas lalu menghasilkan letupan.

Pemetik Api

Pemetik api seperti ini gemar ditinggalkan oleh lelaki dalam keretaPhoto from Pinterest

Haa.. nasihat ini min tujukan lebih kepada lelaki (termasuk min) berbanding wanita. Ini kerana populasi lelaki merokok dalam negara ialah tinggi dan mereka sentiasa memegang pemetik api.

Jarang sekali mereka hanya ada satu, mesti lebih daripada satu. Kemudian mereka akan menyimpan pemetik api di merata tempat yang sering mereka pergi untuk memudahkan aktiviti merokok.

Contoh kereta terbakar sebab suka tinggal barang berisiko tinggiPhoto from Harian Metro

Salah satunya mestilah kereta. Lelaki pula cepat lupa bahawa pemetik api memang mudah sangat meletup terutama dibiarkan dalam kereta yang panas. Takkan nak lihat kereta kesayangan korang terbakar pulak.

Alat Elektronik

powerbank memang mudah meletup kalau terdedah suhu panas!Photo from Pinterest

Alat elektronik memainkan peranan lebih penting pada masa kini berbanding 10-20 tahun yang lepas. Ini kerana kita memang sukar untuk tidak menggunakan sebarang gajet dalam kehidupan seharian seperti telefon pintar kita.

Tambahan pula selain telefon kita mesti wajib bawa powerbank untuk memudahkan proces mengecas telefon kita. Nak tau kenapa bahaya tinggal dalam kereta? Sebab alatan ini dikuasakan dengan bateri lithium-ion yang mudah terdedah kepada suhu panas.

Bila dah terbakar nak sesal pun tak gunaPhoto from Berita Harian

Bila dah simpan dalam kereta yang terdedah pula peratus untuk meletup itu tinggi. Banyak kali kes kereta terbakar akibat daripada kecuaian ini tau. Selain itu, elakkan juga menyimpan komputer riba dan lain-lain supaya tidak mudah rosak.

Anak-Anak Kesayangan Kita

Boleh gunakan cermin jenis lebar memudahkan kita lihat ruang belakangPhoto from Amazon

Ini perkara paling penting dan perlu diambil serius. Peratus ramai ibu bapa tertinggal anak mereka dalam kereta telah melonjak sejak beberapa bulan yang lalu dan lebih menyedihkan kita kerap mendengarnya dalam berita semasa.

Indisden seperti ini sering berlaku kerana kesibukkan kehidupan seharian dapat menyebabkan kita terleka pada persekitaran. Rutin harian yang menyebabkan kita alpa kepada suasana menyumbang kepada peningkatan kes ini.

Min sarankan korang yang membawa kanak-kanak sentiasa meletakkan segala jenis barang penting di belakang bersama anak. Kemudian, jangan lupa untuk tetapkan notifikasi supaya lihat ruang belakang kereta sebelum tinggalkan kereta.

Contoh aplikasi waze memberi notifikasi untuk lihat anak kesayangan di belakangPhoto from ABC News

Tak lupa juga untuk sentiasa periksa belakang kereta sekurang-kurangnya 2-3 kali supaya tidak terlepas apa-apa pun.

Elakkan Daripada Melakukan Kesilapan Untuk Kebaikkan Hidup

Cuaca negara semakin panas jadi jangan sesuka hati tinggal barang dalam kereta tauPhoto from FMT

Memandangkan cuaca negara kita semakin panas, kesihatan kita perlu dijaga dengan lebih berat. Elakkan daripada meninggalkan beberapa perkara macam min sebutkan supaya dapat elak daripada pelbagai tragedi melanda.

Ingat ubah tabiat memerlukan usaha, mula dari kecil dahulu. Kemudian baru dapat tubuhkan tabiat baru.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok