5 Aktiviti Outdoor Yang Anda Harus Cuba Apabila Ke Kuala Kubu Bharu
Satu ketika dahulu, ramai yang tidak mengetahui mengenai nama tempat Kuala Kubu Bharu yang terletak di Selangor ini. Malah, ramai yang menganggap ia adalah sebuah bandar di daerah Hulu Selangor, Selangor.
Tapi itu semua dulu, kini nama Kuala Kubu Bharu semakin dikenali ramai. Tak cukup itu, ramai juga yang rajin menyerbu tempat tersebut apabila da cuti panjang ataupun pada hujung minggu.
Kalau anda semua nak tahu, Kuala Kubu Bharu mula mendapat perhatian dek kerana banyak aktiviti outdoor yang dibangunkan di kawasan itu. Disebabkan itulah, ramai peminat sukan lasak rajin menjejakkan kaki ke sini.
Jom, kami senaraikan 5 aktiviti outdoor yang wajib anda semua cuba apabila ke Kuala Kubu Bharu!
?Hiking
Haa… kepada penggemar hiking, ada banyak bukit yang anda boleh tawan di sini. Yang pertama ada Bukit Kutu di mana bukit ini sesuai untuk mereka yang baru dah biasa hiking. Perjalanan untuk tiba ke puncak mengambil masa kira-kira dalam 3 jam manakala untuk turun pula 2 jam setengah, bergantung pada kelajuan anda.
Kalau nak yang mudah sikit boleh cuba panjat Bukit Batu Pahat atau Bukit Batu Belah. Yang ini agak sesuai untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan sukan hiking. Trail pun tak susah cuma anda kena pandai pilih, nak yang jalan tanah merah ataupun yang pacak punya. Tapi yang pasti, pemandangan di puncak memang cantik sangat!
?White Water Rafting
Fuh, siapa yang tak pernah cuba sukan lasak ini memang dinasihatkan untuk cuba. Memang best dan pasti anda semua tak kan menyesal. White Water Rafting adalah sukan lasak di mana anda kena mengemudi bot dan turun melalui jeram-jeram di sungai Kuala Kubu Bharu ini. Ya, ia sangat lasak namun keselamatan anda diutamakan.
Sukan ini memerlukan 5 orang dan keatas di dalam satu bot, anda tak perlu risau kerana akan ada guide yang berpengalaman untuk membantu anda mengemudi bot tersebut. Aktiviti ini dianggarkan selama 2 jam namun akan ada sesi taklimat dan juga water confident bagi menyesuaikan diri anda di dalam air.
?ATV
Bagi peminat adrenalin, tak sah jika anda tak cuba ATV apabila berkunjung ke Kuala Kubu Bharu ini. Ada banyak trail yang anda boleh cuba, sesuai untuk mereka yang masih baru, sudah berpengalaman ataupun mahukan sesuatu yang mencabar.
Aktiviti ini sesuai untuk mereka yang berumur 16 tahun keatas (jika anda ingin memandu sendiri ATV). Selain itu, anda juga boleh memilih untuk naik berseorangan atau berdua dengan teman.
?Paragliding
Siapa yang nak feeling-feeling macam dalam drama Korea, Crash Landing On You tu, boleh lah cuba sukan paragliding ini. Soal keselamatan memang amat diutamakan dan akan ada taklimat sebelum ia dijalankan.
Selain itu, anda juga boleh merakam saat ‘terbang’ dan tentunya disajikan pemandangan bandar Kuala Kubu Bharu. Bagaimanapun, disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu dan musim tengkujuh, aktiviti ini direhatkan seketika sehingga Mac 2023.
?Zipline
Salah satu aktiviti yang popular di Kuala Kubu Bharu adalah Zipline yang merentasi sebuah jambatan panjang di kawasan tersebut. Seperti biasa, anda akan diberi taklimat sebelum melakukan aktiviti tersebut malah akan ada guide yang akan memastikan keselataman anda.
Siapa yang gayat tidak dinasihatkan untuk melakukan aktiviti ini dan jika anda ingin merakam momen semasa zipline, pastikan ada mempunyai tali supaya barangan anda tidak jatuh.
Anda mungkin suka: