download Jom Explore app
Jom Cuba Terbang! Terokai 5 Tempat Dengan Aktiviti Paragliding

Jom Cuba Terbang! Terokai 5 Tempat Dengan Aktiviti Paragliding

Jom! Cuti
By Ayunie Husna on 17 Dec 2022
Digital Editor

Paragliding adalah aktiviti penerbangan yang menakjubkan di mana anda boleh merasai pengalaman terbang seakan-akan anda adalah seekor burung. Terbang di atas langit yang luas dan melihat keindahan alam semulajadi dari ketinggian yang luar biasa.

 

Dengan bimbingan dan panduan profesional, anda boleh menikmati sukan ini dengan selamat. Terdapat beberapa tempat yang anda cuba untuk melakukan aktiviti ini. Di bawah adalah 5 tempat terbaik di Malaysia untuk paragliding:

?Bukit Batu Pahat | Kuala Kubu Bharu, Selangor

Taman Paragliding Kuala Kubu Bharu adalah lokasi yang popular di kalangan paraglider di Malaysia. Ia adalah destinasi yang ideal untuk mereka yang ingin menikmati pengalaman paragliding yang menarik dan menyeronokkan. Jaraknya hanya 90 minit memandu dari Kuala Lumpur.

Anda akan berlepas dari ketinggian 430 meter dan menikmati pemandangan bukit berbukit yang hijau, hutan yang luas serta pemandangan yang indah. Jangan risau, seorang pakar paragliding akan mengawal anda dari belakang sepanjang sesi paragliding ini.

✅Tempoh penerbangan: 5 hingga 10 minit

✅Kos: RM250 hingga RM350

✅Ketinggian: 430m

✅Tempahan:
Cloud Bass Enterpris (019-219 1144)
Prosky Adventure (019-288 1803)
Proglide Sports (012-652 4769)

?Bukit Jugra | Banting, Selangor

Bukit Jugra adalah salah satu lokasi terkenal bag aktiviti paragliding di Malaysia. Walaupun dengan 120 meter di atas paras laut, namun lokasi ini tetap sesuai untuk mencuba aktiviti paragliding. Apabila anda berada di udara, anda akan dapat menikmati pemandangan bandar Jugra yang indah, termasuk rumah api ikonik Jugra.

✅Tempoh penerbangan: 5 hingga 10 minit

✅Kos: RM240 hingga RM250

✅Ketinggian: 120m

✅Tempahan:
Proglide Sports (012-652 4769)
Prosky Adventure (019-288 1803)

?Bukit Bubus | Besut, Terengganu

Di terengganu juga terdapat aktiviti paragliding untuk para pelancong yang melancong ke pantai timur , pemandangan yang sangat memukau iaitu kita boleh melihat laut dari udara ye guys!

Taman Paragliding Bukit Bubus (dahulunya dikenali sebagai Taman Paragliding Kota Putera), terletak 90 minit dari bandar Kuala Terengganu, merupakan tempat paragliding yang popular di Pantai Timur kerana pemandangan laut yang menakjubkan.

Dengan titik berlepas pada kira-kira 300 m di atas paras laut, anda akan dapat menikmati pemandangan pantai Besut, laut, bukit dan pulau-pulau berdekatan seperti Pulau Perhentian.

✅Tempoh penerbangan: 5 hingga 10 minit
✅Kos: RM250

✅Ketinggian: 300m

✅Tempahan:
Valley2Sky Entrepreneur (011-1892 4424)
3A Adventures (019-667 0937)

?Bukit Kokol | Kota Kinabalu, Sabah

Ha kalau korang ke sabah dan ada bajet lebih korang boleh cuba aktiviti paragliding ini, dan melihat pemadangan Kota kinabalu. Kira-kira 45 minit dari pusat bandar Kota Kinabalu, Bukit Kokol menyediakan persekitaran yang tenang dan menyejukkan mata.

Bagi ‘paragliding’, ia adalah salah satu tempat berlepas tertinggi di negeri ini pada ketinggian yang 800m dari paras laut. Anda akan dapat menikmati pemandangan cantik bandar, garis pantainya, pulau-pulau berdekatan dan banjaran gunung di sekitarnya.


View this post on Instagram

A post shared by Solehan. (@mhmdsoul)

✅Tempoh penerbangan: 10 hingga 15 minit

✅Kos: RM380 hingga RM400

✅Ketinggian: 800m

✅Booking :
Borneo Paragliding(017-388 3112)
Proglide Sports(012-652 4769)

?Gunung Jerai | Kedah

Selama ni Gunung Jerai , Kedah kita hanya mendengar dengan aktiviti mendaki sahaja tapi kalini kita boleh cuba dari paras ketinggian 682M dari paras laut . Jangan risau sebelum ke tempat paragliding anda akan menaiki 4X4 sebelum sampai dan mulanya luncur udara di gunung jerai.


View this post on Instagram

A post shared by MLA USM (@mla.usm)

Pengalaman paragliding ini menawarkan anda pemandangan warisan semula jadi sawah padi Yan, lautan biru Kuala Muda, dan hutan telanjang Jerai. Rasa selamat dan terjamin semasa anda meluncur di langit bersama pengajar profesional.

✅Tempoh penerbangan: 20min

✅Kos: RM250

✅Ketinggian: 682m

✅Booking
Gunung Jerai Paragliding Park (013-311 9980)

?Sumber Foto: Instagram

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok