download Jom Explore app
Hat Yai: 5 Kedai Makan Sedap Yang Halal Boleh Singgah

Hat Yai: 5 Kedai Makan Sedap Yang Halal Boleh Singgah

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 18 Jan 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Hat Yai merupakan destinasi utama untuk orang kita pergi bercuti di Thailand kerana dapat menikmati sebuah percutian yang sangat menyeronokkan. Faktor utamanya adalah dapat menikmati makanan thai yang sangat sedap! Ini kedai wajib korang singgah untuk dapatkan makanan halal yang sedap.

Terletak di bahagian selatan Thailand berdekatan dengan sempadan negara, Hat Yai memang cukup popular di kalangan orang kita untuk pergi bercuti. Ia sering dikenali sebagai 'southern pearl' kerana dapat menawarkan orang pengalaman yang sangat menyeronokkan seperti sebuah permata.

Kawasan ini mempunyai sejarah cukup unik kerana dibentuk oleh pengaruhnya yang pelbagai. Mempunyai lokasi strategik dapat menarik perhatian pelbagai pelancong luar termasuk orang kita untuk menikmati keindahannya.

Apakah keindahannya? Sebuah budaya yang cukup kaya dengan makanan, seni bina serta tradisi. Jadi tak terkejut sangat apabila lebih daripada 80,000 rakyat Malaysia pergi mengambil keputusan untuk bercuti dekat sini.

Memandangkan Thailand bukan sebuah negara yang majoriti bukan islam ada juga beberapa orang menghadapi masalah untuk cari kedai halal di kawasan ini. Selain itu, kena pastikan setiap kedai kita pergi itu berbaloi dan sedap juga.

Hat Yai adalah syurga untuk kaki makanPhoto from Pelago

Kalau begitu min akan senaraikan korang kedai makan yang sedap dan halal berbaloi untuk korang singgah!

1. Khlong Hae Floating Market

Floating market adalah budaya unik di ThailandPhoto from Bangkok Airways

Percutian ke Hat Yai takkan lengkap kalau tak menyinggah ke pasar terapung ini. Pasar Khlong Hae terkenal dengan deretan bot berlabuh di tepi sungai menjual pelbagai jenis makanan yang cukup menarik.

Dekat pasar ini banyak makanan sedap korang boleh dapat dan majoriti peniaga di sini beragama Islam. Makanan yang korang boleh dapat kat sini adalah masakan tempatan serta minum air daripada gelas yang unik.

Korang boleh makan somtam, udang goreng, kuih telur puyuh dan banyak lagi supaya dapat merasai bagaimana selera orang tempatan. Selain itu ada tempat duduk dan pondok yang cukup selesa untuk kita menjamu selera.

Seronok betul tengok makanan dihidangkan daripada sampanPhoto from Pond5

Paling seronok dekat sini bila tengok peniaga menggunakan buluh panjang untuk menghulurkan makanan kepada para pelanggan.

📍 Khlong Hae, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand.

⏰ Jumaat - Ahad (2:00 pm - 9:00 pm)

2. Lee Garden Night Market

Kalau nak kenal sebuah negara, singgah lah Lee Garden Night MarketPhoto from RiderChris

Min percaya kalau nak kenal sebuah negara dengan betul tentang bagaimana kehidupan seharian orang tempatan, gaya hidup serta rutin harian adalah melawat pasar tempatan dan pasar malam.

Konsep pasar malam memang sinonim dalam negara Asia Tenggara dan Asia dan lihat sahaja negara kita yang mempunyai banyak tapak pasar malam. Kalau di Lee Garden Night Market lebih fokus kepada makanan hidangan laut.

Contohnya seperti udang, baby crab, ikan, sotong dan macam-macam lagi. Senang kata memang korang akan rambang mata apabila bersiar di pasar malam ini sampai tak tahu nak mulakan dengan mana satu dulu.

Haa kat sini korang boleh nikmati makanan tempatanPhoto from Masros Tukiran

Haa.. min rasa paling utama korang kena nikmati adalah pad thai. Kalau negara kita ada nasi lemak, Thailand ada pad thai.

📍 Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

3. Khlong Hae Buffet Seafood

Nak try makan seafood buffet? Singgah siniPhoto from Zhairul Shaqiz

Kalau dah sampai ke Thailand ni perkara yang amat merugikan adalah tidak menikmati makanan laut. Makanan Thai cukup sinonim dengan kepakaran mereka menghasilkan pelbagai masakan yang menggunakan pelbagai jenis makanan laut.

Khlonghae Buffet Seafood bukan sahaja halal malah sedap pulak tu. Keistimewaan mereka adalah menggunakan konsep steamboat buffet macam di negara kita iaitu bayar dan makan sampai perut kita meletup.

Setiap meja akan disediakan dua jenis dapur iaitu satu bahagian gril dan satu bahagian merebus. Pelanggan akan dihidangkan dengan pelbagai makanan laut segar termasuk ayam, daging, kambing yang siap diperap.

Sedap betul dapat bakar makanan laut segar ni kanPhoto from Blog Eyzamiel

Bukan itu sahaja ada pilihan sayuran termasuk sos pencicah untuk melengkapkan pengalaman korang. Oh jangan lupa untuk pesan ikan bakar kat sini katanya sangat istimewa dan berbaloi untuk nikmati.

📍 85 11 Lopburi Remsuan Rd, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

⏰ Setiap hari (2:00pm - 10:00 pm)

4. ASEAN Night Bazaar

Selain daripada makan, boleh beli pelbagai barang Photo from Tripadvisor

Lokasi ini adalah bangunan dua tingkat yang bukan sahaja menawarkan makanan sedap tetapi terdapat banyak barang untuk korang membeli-belah. Barangan seperti pakaian, aksesori, gajet, beg dan lain-lain untuk jadikan cenderamata.

Setelah selesai dan puas membeli barang apa kata korang singgah ke tingkat atas untuk lihat bermacam-macam gerai makanan yang ada. Jangan risau, kebanyakkan kat sini menjual makanan halal.

Kalau masih ragu-ragu pergi cari yang ada logo halal supaya takda rasa syak sangka. Hidangan apa korang boleh nikmati kat sini? Antaranya adalah nasi khomok, pancake telur ikan, lokcing, colek thai, kerabu kerang yang menjadi pilihan ramai.

Ada banyak jenis makanan thai yang korang boleh nikmatiPhoto from Alia Farhan

Haa.. kalau nak tahu apa orang tempatan makan, singgah lah ke sini cuma tempat duduk agak terhad tau. Bersedia untuk menunggu giliran untuk dapat tempat duduk dan berebut sedikit.

📍 Thonon Chotevittayakul 5, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

⏰ 3 pm - 10 pm (Hari Isnin tutup)

5. Kak Sah Muslim Kitchen

Nak cuba makan nasi campur dekat thai? singgah siniPhoto from Khairul Aslam

Pernah tak terfikir nak rasa masakan nasi campur di Thailand macam kat negara kita. Bayangkan nasi putih dengan lauk masakan thai sudah semestinya sedap menjilat jari kan? Haa.. kalau camtu singgah ke Kak Sah Muslim Kitchen.

Lauk yang korang akan jumpa di sini seperti gulai, ayam goreng, sayur-sayuran yang akan kena dengan selera tekak orang kita. Katanya yang popular adalah lauk kerabu kaki ayam dan beberapa masakan panas.

Banyak betul lauk yang berasaskan makanan thai kita boleh cubaPhoto from Khairul Azman

Jangan lupa untuk mencuba tomyam dan kalau korang singgah belah pagi ada roti canai dan roti bakar sesuai untuk bersarapan pagi.

📍Lamaisongkrew Rd, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

⏰ 6 am - 10 pm

Kalau korang dah baca sampai sini maksudnya dah ada 5 kedai makan untuk dicuba apabila korang menyinggah ke kawasan ini. Thailand memang cukup terkenal dengan masakan yang sangat sedap jadi bawa duit banyak untuk belanja sepuasnya ketika makan nanti.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok