download Jom Explore app
6 Jenama Yang Dimiliki Oleh Jutawan Taikun Tan Sri Vincent Tan

6 Jenama Yang Dimiliki Oleh Jutawan Taikun Tan Sri Vincent Tan

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 05 Dec 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Siapa sahaja tak kenal nama Tan Sri Dato' Seri Vincent Tan yang merupakan seorang jutawan taikun. Beliau mempunyai pelbagai perniagaan yang kalau tiada dalam negara kita memang terasa janggal sungguh. Mungkin korang tak perasan, tapi ini jenama yang dimiliki olehnya.

Dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada tahun 1952. Vincent Tan Chee Yioun merupakan anak kepada seorang driver lori yang bersekolah di Batu Pahat High School. Beliau mempunyai cita-cita untuk menyambung pelajaran di New Zealand dalam bidang undang-undang.

Malangnya, disebabkan perniagaan ayahnya merundum beliau terpaksa membatalkan hajatnya bagi membiayai keluarganya. Oleh itu, beliau memulakan kariernya sebagai kerani di sebuah bank.

Kemudian, beliau mula menjual insurans AIA pada umur 21. Selang dua tahun kemudian, beliau berjaya mencapai pangkat manager dan mula menghasilkan perniagaan sendiri memfokus kepada credit, hartanah, insuran dan jual beli.

Tak lupa juga, beliau merupakan pengasas syarikat terkemuka iaitu Berjaya Corporation Berhad. Nilai kekayaannya yang sudah mencecah RM3.2 bilion membuatkannya antara orang paling kaya dalam negara kita.

Jutawan terkenal, Tan Sri Dato' Seri Vincent Tan turut memiliki kelab bola sepakPhoto from New Straits Times

Ini adalah beberapa jenama yang dimiliki oleh Tan Sri Dato' Seri Vincent Tan yang korang mungkin tak tahu.

1. Berjaya Hotel & Retreat

Berjaya Hotel & Retreat yang memberikan pengalamn percutian yang menenangkanPhoto from booking

Terletak di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Penang, Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Colombo, Sri Lanka dan Eden Park, London. Berjaya Corporation Berhad turut mengeluarkan rangkain siri hotel dikenali sebagai Berjaya Hotel & Retreat.

Ia merupakan anak syarikat kepada kumpulan Berjaya Land yang mengurus dan mengendalikan aset hartanah dan riadah dimiliki mereka. Antaranya adalah Pulau Redang, Colmar Tropical, Bukit Tinggi, Bukit Kiara Equestarian and Country Resort dan Bukit Jalil Golf and Country Resort.

Rangkaian hotel turut mendapat taraf 5 bintang pulak tu!

2. Berjaya Times Square

Rasanya roller coaster ni sangat popular walaupun kita gayat kan?Photo from Berjaya Times Square

Bersiar-siar di bandar Kuala Lumpur memang takkan terlepas melihat Berjaya Times Square yang berdiri megah sebalik pelbagai bangunan pencakar langit yang ada di nadi jantung bandar urban ini.

Walaupun nampak seperti pusat membeli belah ia sebenarnya lebih daripada itu. Mempunyai lebih daripada 700 buah kedai termasuk sebuah tempat berdedikasi untuk barang teknologi IT.

Berjaya Times Square menjadi rumah kepada antara taman tema terbesar dalam negara dengan pelbagai tarikan khas untuk kanak-kanak dan orang dewasa juga. Rasanya semua orang pasti mengenali roller coaster yang pusing mengelilingi seluruh taman tema ini.

Selain itu, ia juga bersambung dengan Berjaya Hotel & Retreat untuk korang berehat setelah puas bermain di taman tema ini.

3. Bermaz Auto

Kereta Mazda semakin popular dalam negara kita perasan tak?Photo from Mazda Malaysia

Perasan tak semakin ramai orang memiliki kereta berjenama daripada Mazda, Peugot dan Kia atas jalan raya? Gaya rekaannya yang menggabungkan kemewahan dan keunggulan pengalaman memandu telah membuatkannya popular.

Antara syarikat awam yang tersenarai di Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad sejak 18 November 2013. Bermaz Group bukan sahaja mengendar malah menyediakan perkhidmatan selepas jualan dan alat ganti 3 jenama terkenal dalam negara kita.

Kerana populariti Mazda melonjak, syarikat Jepun setuju untuk melanjutkan perjanjian mereka sehingga ke hari ini.

4. Kenny Rogers Roasters

Ayam bakar Kenny Rogers memang memuaskan!Photo from Penang Foodie

Ada orang suka makan di Nandos, ada orang pula suka makan Kenny Rogers Roasters! Setiap kali lalu sebelah restoran ini di pusat membeli belah pasti tertarik dengan bau ayam bakar dipamerkan depan kedai.

Bukan sahaja bau, malah rasanya juga memberi kenikmatan yang memuaskan. Berjaya Group berjaya memiliki jenama ini pada tahun 2008 termasuk francais dunia tau! Kalau korang nak tahu mereka mempunyai lebih kurang 83 buah kedai dalam negara kita sahaja.

Asalnya Kenny Rogers Roasters adalah rangkaian makanan yang dihasilkan pada tahun 1991 daripada penyanyi Kenny Rogers dan bekas KFC CEO John Y. Brown Jr di Amerika Syarikat.

Fokus mereka adalah untuk menghasilkan restoran yang menu sihat tau. Kenny Rogers Roasters pentingkan makanan mereka mempunyai kurang lemak, kurang garam dan kurang kalori tau.

5. Starbucks

Menjadi kedai kopi francais paling popular dalam negaraPhoto from The Edge Malaysia

Rasanya hampir setiap orang dalam negara pasti mengenali logo francais kedai kopi terkenal ini. Starbucks memasuki ke dalam pasaran negara di Kuala Lumpur pada 17 December 1998.

Sudah berusia 25 tahun, mereka telah membuka lebih daripada 250 outlet dalam seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Mereka bukan sahaja menyediakan kopi malah air teh, air blended yang popular dalam kalangan orang muda.

Bukan itu sahaja, jenama ini turut popular sekitar tahun 2000 dalam filem serta rancangan TV dari Amerika Syarikat menjadi salah satu budaya pop wajib kita cuba sekali sekala dalam hidup.

6. Krispy Kreme

Donat mereka sangat popular tetapi ramai tak sedarPhoto from Krispy Kreme Malaysia

Kita tak perasan tetapi sebenarnya orang Malaysia gemar makan donat sebagai pencuci mulut atau snek. Sejak Krispy Kreme masuk ke dalam pasaran Malaysia, ia menjadi jenama kegemaran ramai untuk menikmati makanan ringan ini.

Berjaya Group memiliki 90% francais Krispy Kreme dalam negara kita tau. Mereka telah melancarkan kedai pertama di Berjaya Times Square pada April 2009 dan masih mendapat sambutan baik sehingga ke hari ini.

Setiap kali lalu bau donat yang baru sahaja dibakar dapat menarik perhatian sesiapa sahaja walaupun bukan penggemar! Memang terliur betul kalau tengok yang perisa original glazed yang dipamerkan dalam cermin.

Tak sangka banyak ini yang dimiliki oleh syarikat Tan Sri Vincent Tan kan? Lagi menarik ada banyak lagi pulak tu! Rasanya kalau tiada salah satu jenama ini mungkin kelihatan janggal dalam landskap negara kita kerana terlalu biasa menikmatinya.

Mempunyai bau wangi semerbak dapat menarik perhatian sesiapa sahajaPhoto from Business Wire

Bukan itu sahaja, beliau turut menjadi orang pertama berjaya membawa masuk restoran makanan segera terkenal McDonald kekal popular sehingga ke hari ini.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok