download Jom Explore app
Ikan Patin: Sumpahan Melayu Sarawak Tak Boleh Makan?

Ikan Patin: Sumpahan Melayu Sarawak Tak Boleh Makan?

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 04 Dec 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Ikan patin merupakan kegemaran orang Pahang yang menggunakannya dalam masakan Tempoyak. Walaupun betapa sedapnya rasa isi ikan ini tak ramai tahu yang orang Melayu Sarawak mempunyai pantang larang untuk elak makan dan membunuh ikan ini tau! Kisah mitos ataupun benar sebenarnya?

Ikan ini adalah salah satu jenis ikan sungai atau ikan air tawar. Lihat sahaja bentuknya sudah tahu kerana mempunyai keunikkan dan senang untuk dibezakan dengan ikan yang lain walaupun korang tak biasa tengok ikan.

Badannya panjang sedikit memipih, memiliki warna puih perak dengan warna biru dihujung punggungnya. Ia juga tidak bersisik, memiliki sesungut berjumplah 2-4 pasang yang berfunsgi untuk mengesan perubahan suhu haba. Mulutnya juga sangat kecil.

Kerana habitatnya ia lebih gemar untuk mencari makan pada waktu malam berbanding siang hari. Keenakan isinya pula membuatkan ramai orang gemar menikmatinya terutama orang Pahang.

Selain daripada masak tempoyak, mereka akan masak pais, goreng dan lain-lain mengikut citarasa. Paling penting adalah setiap cara masakannya dapat mengeluarkan hasil isi putih yang sungguh berlemak dan manis.

Bagi mereka yang tak pernah mencubanya. Rasanya lebih berlemak berbanding ikan siakap dan memang sedap makan bersama nasi putih panas! Haa.. tetapi kenapa orang Melayu Sarawak elak makan ikan ini?

Lauk Patin Tempoyak sangat digemari oleh orang PahangPhoto from My Weekend Plan

Adakah pantang larang yang diceritakan oleh keterunan mereka menyebabkan tak ramai orang ingin mencubanya? Masih relevan dan ramai lagi ke orang mengikut pantang larang ini pada zaman dunia moden.

Kisah Awang Gading & Bayi Perempuan

Kisah bermula dengan Awang Gading menjumpa bayi perempuanPhoto from Dongeng Anak Dunia

Semuanya bermula dengan garis jalur masyarakat Melayu Sarawak. Asalnya mereka daripada Riau, Sumatera Barat yang mempunyai pelbagai cerita lagenda yang diturunkan generasi ke generasi sejak beratus tahun dahulu.

Cerita lagenda ikan patin bermula dengan seorang nelayan bernama Awang Gading. Pada satu hari, beliau telah menjumpa seorang bayi perempuan terletak atas batu di tepi sungai saat Gading pulang memancing.

Ia dikatakan, bayi itu adalah keturunan raja ikan di sungai tersebut. Oleh kerana rasa kesian dan simpati terhadap situasi bayi tersebut, Gading membawanya pulang ke rumah untuk menjaganya. Ia juga dibesarkan seperti anak lain macam biasa.

Kemudian, bayi tersebut dinamakan Dayang Kumunah. Ketika berada dalam jagaanya nelayan tersebut telah mengajar Kumunah pelbagai ilmu pengetahuan dan budi bahasa yang baik.

Akhir sekali, Kumunah membesar menjadi seorang gadis yang cantik, bijak dan bersopan santun dengan setiap pertuturannya. Sesiapa yang melihatnya pasti terpikat dan terjatuh melihatnya.

Satu Syarat Kahwin Yang Pelik Tetapi Dipersetujui

Kecantikkan Dayang Kumunuh membuatkan sesiapa sahaja akan jatuh cinta padanyaPhoto from TW | The Partiots

Pada satu hari, seorang pemuda tampan dan kaya bernama Awang Usop telah menziarahi rumah Awang Gading. Usop terjatuh hati pada Kumunah setelah melihatnya sedang menjemur pakaian. Kemudian mengambil keputusan untuk mengahwininya supaya menjadi pemaisuri dalam hatinya.

Kemudian, Usop datang sekali lagi ke rumah Kumunah untuk meminangnya. Pinangan tersebut diterima tetapi dengan satu syarat yang perlu diterima sebelum bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya/

Syarat tersebut yang diberikan oleh Kumunah adalah untuk tidak meminat beliau ketawa walau sekalipun. Ini yang perlu penuhi dan patuhi oleh Awang Usop supaya pinangannya diterima. Walaupun pelik, tetapi Usop akur kerana rasa cinta terhadap Kumunah.

Kata sepakat telah dipersetujui oleh dua pihak dan disatukan dalam pesta perkahwinan yang berlangsung dengan penuh kemeriahan. Hampir semua saudara mara dari kedua mempelai telah diundang bagi memeriahkan suasana perkahwinan tersebut.

Tetamu gembira menyaksikan kedua pasangan yang sama padan. Kumunah seorang gadis yang cantik manakala Usop seorang pemuda yang tampan. Mereka hidup berbahagia, saling mencintai dan saling menyayangi antara satu sama lain.

Perkahwinan Yang Diuji Dengan Kesedihan

Sarawak merupakan negeri yang penuh dengan kisah lagenda yang menarikPhoto from Perlancongan Di Sarawak

Kebahagiaan mereka tidak berlangsung dalam tempoh lama. Selepas beberapa minggu setelah mereka berkahwin, Awang Gading ayah kepada Dayang Kumumnah meninggal dunia kerana sakit. Ini membuatkan Kumunah sedih kerana kehilangan ayahnya yang membesarkannya.

Perasaan ini makan sehingga berbulan-bulan lamanya Kumunah diselimuti perasaan sedih. Walaupun begitu, kesedihan itu dapat diubatkan dengan kelahrian anaknya yang berjumlah lima orang.

Kehadiran mereka telah memnbuatkan Kumunah dapat lupa ayahnya buat sementara. Lalu, kembali bahagia hidup bersama keluarganya tetapi Awang Usop dapat merasakan sesuatu yang kurang lengkap kerana tidak pernah melihat isterinya ketawa.

Pada satu hari, Kumunah berkumpul bersama keluarganya di rumah mereka. Saat itu, anak bongsunya dapat berjalan dan dikongsikan dengan perasaan gembira, seronok dan ketawa bahagia melihatnya. Kecuali, Dayang Kumunah.

Ini membuatkan Awang Usop meminta isterinya untuk ketawa sekali tetapi ditolak oleh isterinya. Namun, Usop terus mendesak dan memaksa sehingga isterinya terpaksa menuruti keinginan suaminya.

Tiba-Tiba Muncul Insang Pada Mulutnya

Insang pada mulut ikan patin membuatkannya senang untuk dibezakan dengan ikan lainPhoto from Blok-a

Akibat desakan daripada suaminya yang lupa tentang syarat dipersetujui. Insang ikan mula muncul pada mulut Dayang Kumunah menyebabkan ia segera berlari ke arah sungai. Ini membuatkan Usop bersama anaknya hairan turut mengikutinya dari belakang.

Setelah tiba di tepi sungai, perlahan-lahan tubuh Dayang Kumunah berubah menjadi ikan dan segera melompat ke dalam air. Pada masa itu, Awang Usop mula menyedari syaratnya yang dipersetujui sebelum kahwin menyedari kesilapannya.

Kini tidak dapat apa yang dilakukan kerana sudah terlajak perahu. Sebelum menyelam ke dalam air, Kumunah berpesan pada suaminya untuk menjaga anaknya untuk menjadi manusia berguna dan tiada sesiapa di kelangan keturunan mereka dibenarkan makan ikan patin.

Bahkan barangsiapa yang makannya seumpama makan keturunannya sendiri dan boleh menjadi gila atau mendapat penyakit membawa kematian. Awangku Usop dan anaknya sangat sedih melihat keadaan Kumunah yang mereka cintai berubah menjadi ikan.

Akhirnya, mereka berjanji dan bersumpah akan mematuhi segala larangan yang dikenakan. Sumpahan diteruskan sehingga ke hari ini dan menjadi sebab utama kenapa orang Melayu Sarawak mengelak makan ikan patin.

Namun, sampai sekarang sumpahan ini akan berlaku jika mereka cuba merasainya. Tetapi menurut seorang Melayu Sarawak menceritakan bahawa dia pun mengelakkannya mungkin kerana ibu bapanya tidak mengajar dia untuk makan ikan patin.

Adakah sumpahan ini masih berterusan kalau orang Melayu Sarawak makan ikan patin?Photo from Yusaini Yusof

Kisah lagenda memang sinonim dalam budaya orang Melayu. Sejauh mana benar kisah ini sukar untuk dibuktikan tetapi dapat menghasilkan sebuah kisah yang begitu menarik betul tak!

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok