5 Kesilapan Ramai Lakukan Masa Makan Hot Pot
Hot pot menjadi semakin trendy baru-baru ini menyebabkan ramai orang sanggup beratur sehingga 2-3 jam untuk menikmatinya. Campuran banyak bahan dan protein dalam satu periuk mendidih dikongsi ramai menambah kepada keseleruhan pengalaman makan. Namun, masih ramai melakukan kesilapan kecil yang dapat merosakkan kenikmatanya.
Walaupun cara makan nampak mudah dan senang iaitu korang pilih bahan yang ada, masukkan ke dalam periuk dengan sup mendidih. Tunggu semuanya siap masak, ambil dan letak dalam mangkuk kecil kemudian makan.
Cara ini ramai orang melakukannya dan tak salah sekalipun. Tetapi, ramai orang tak tahu yang ada cara lebih betul untuk membuatkan pengalaman korang lebih sedap berbanding sebelum ini.
Sebelum itu, hot pot ini asalnya dari mana? Konsepnya dipercayai bermula lebih daripada 1,000 tahun dalam zaman Dinasti Jin, Cina. Ramai percaya amalan makan dalam periuk bermula dengan gaya hidup penunggang kuda Mongolia yang hidup dalam gaya nomad di utara China.
Mereka akan menggunakan topi keledar sebagai kuali untuk merebus sup di atas api terbuk dan masukan ketulan daging dalam sup tersebut. Manakala perisai mereka pula digunakan sebagai kuali untuk menggoreng makanan lain.
Orang Cina pula mengambil sedikit budaya pemakanan ini dan menggabungkan dengan cara mereka. Kemudian diubahsuai mengikut resipi sendiri mengikut tempat mereka dengan menyesuaikannya ikut ramuan serta citarasa orang tempatan.
Photo from Pinterest
Sebab itu ada banyak variasi hot pot yang kita boleh lihat sebenarnya. Ada gaya Sichuan yang menggunakan kuah rebusan berwarna merah gelap dipenuhi dengan 20 jenis rempah tau. Manakala di Beijing mereka lebih suka kurang pedas berbanding di bahagian selatan.
Kalau di negara kita pula tak banyak sangat variasi. Disebabkan itu, apa kata korang baca sampai habis untuk ketahui apa kesilapan yang sering korang lakukan ketika makanan hot pot.
1. Sup Boleh Diubah Suai Mengikut Bahan Tau
Photo from Pinterest
Selalunya kalau kita makan hot pot, kita diberikan pilihan untuk memilih rasa sup. Ada kedai hanya memberikan 2 pilihan sahaja, ada juga beri korang banyak pilihan untuk memenuhi citarasa.
Kalau nak sedap korang boleh pilih sup pedas dan sup kurang pedas untuk ada keseimbangan rasa. Tetapi ramai tak tahu yang sup itu boleh diubah suai mengikut pemilihan bahan korang masukkan ke dalam periuk.
Sebagai contoh, masukkan sayur dan ikan pada permulaan sesi makan akan membuatkan profil rasa lebih kuat dalam sup korang. Sebaliknya, bila korang masukkan daging dan ayam ia akan memberikan rasa mereka pula.
Sup tersebut akan sentiasa berubah mengikut apa yang korang masukkan. Oleh itu penting untuk ada satu sistem teratur untuk tidak membuatkan sup tersebut menghasilkan rasa kuat yang pelik. Itu kita kena elakkan!
Mungkin korang masukkan bahan protein terlebih dahulu kemudian makanan laut pula. Pada penghujung sesi makan bila semua dah kenyang korang boleh masukkan bahan berkanji untuk ubah semula rasa sup itu.
Photo from Pinterest
Ini akan membuat setiap bahan korang masukkan dapat menyerlahkan rasa tersendiri dan elakkan makanan jadi tawar.
2. Tak Masak Betul Dah Masuk Dalam Mulut
Photo from Pinterest
Semua orang selepas makan je hot pot mesti nak singgah ke tandas kan? Rasa rugi betul kita dah bayar mahal dan akhirnya ke tandas juga destinasi kita. Ada penyebab utama kenapa boleh berlaku dan makan banyak sangat bukan faktornya.
Memang sukar dinafikan apa yang membuatkan makan cara ini menarik adalah ia memberikan kita peluang untuk masukkan apa sahaja ke dalam periuk. Kalau nak buat kat rumah tak boleh!
Lepas itu, kita juga boleh masukkan banyak kuantiti daging dalam satu masa. Kemudian, kita terus masukkan ke dalam mulut untuk menikmatinya kemanisannya. Haa.. kat situ penyebab utama kenapa akhir sekali kita ke tandas.
Walaupun banyak bahan dihiris nipis untuk mencepatkan proses memasak dalam periuk mendidih. Namun, ramai orang tak sedar yang kebanyakkannya memerlukan masa untuk masak dengan sepenuhnya.
Kadang kala kita main ambik sahaja tanpa menghiraukan bahan tersebut sudah masak atau belum. Sebaliknya, apa kata sebelum ambil perhati dahulu tekstur setiap bahan tersebut dan biarkannya ke dalam periuk untuk biarkannya masak sedikit.
Photo from Pinterest
Mungkin lepas ni kurang sedikit korang ke tandas.
3. Sos Adalah Kawan Baik Kita
Photo from Pinterest
Bila kita menikmati hot pot dekat kedai ramai orang suka abai bahagian sos. Ini sahaja dah salah tau! Ada sebab kenapa kedai tersebut menyediakan banyak pilihan sos dan sertakan resipi sos mereka tersendiri.
Sos adalah kawan baik kita ketika makan cara ini. Mereka akan menambahkan rasa kepada bahan yang baru sahaja dimasak membuatkannya jadi lebih sedap tau. Kalau takda rasa kurang nikmat makan nanti.
Tetapi ada juga sesetengah orang bila nak ambil sos jadi pening kepala sebab banyak sangat pilihan. Korang boleh sahaja lihat di platform media sosial bagaimana nak menghasilkan sos yang sedap dengan mudah.
Bukan ada satu jenis sahaja ada banyak pulak tu. Korang pilih je mana yang menarik perhatian korang kerana setiap satu adalah unik dan sesuai untuk dipadankan ketika makan hot pot.
Photo from Pinterest
Jangan sesekali lupa dan abaikan pemilihan sos selepas ini.
4. Biarkan Mi Jadi Kembang Dalam Sup
Photo from Pinterest
Min ada pesan sebelum ini turutan bahan yang dimasukkan dapat mengubah rasa sup korang. Disebabkan itu, amat penting untuk ada satu sistem teratur untuk mendahulukan jenis bahan untuk biarkan sup menghasilkan rasa kompleks.
Tetapi, ada juga orang yang suka masukkan mi ke dalam periuk dan biarkannya kembang ke dalam sup. Kemudian, mereka biarkan dan 'buat-buat lupa' seterusnya membiarkan mi tersebut mengubah rasa sup.
Ini akan menyebabkan sup korang mungkin jadi tawar atau menghancurkan pengalaman sekaligus tau. Siapa je suka makan mi bila dah kembang? Teksturnya sangat kenyal dan rasanya pula sangat pelik!
Haa.. lepas ini elakkan perangai macam ni tau. Sebaiknya korang celur sahaja mi yang korang nak supaya tidak menghancurkan sup tersebut. Kemudian, asingkan ke dalam mangkuk yang kecil untuk mudahkan korang.
Photo from Pinterest
Celur pula jangan terlalu lama dan terlalu ringkas. Bila nampak dah siap tu angkat terus dan nikmatinya bersama hirisan daging!
5. Nak Pergi Mana Makan Terburu-buru Ni?
Photo from Pinterest
Nikmat makan hot pot adalah menghirup sup panas bersama makanan yang segar direbus dalamnya. Tetapi ada juga orang yang suka makan dengan pantas dan secara terburu-buru macam kena kejar pulak.
Haih jangan makan macam ini. Korang bukan sahaja tak dapat menikmati sepenuhnya malah siap membahayakan diri lagi pulak tu. Kalau dah makan sup panas dengan cepat lidah korang tu akan mudah terbakar.
Bila dah terbakar apa-apa rasa pun jadi tawar. Sebaliknya gaya pemakanan ini sangat sinonim dalam budaya orang Asia iaitu keharmonian dalam sifat kekeluargaan. Ambil masa korang dan makan secara perlahan selepas ini.
Kongsi bersama setiap tips yang korang dah belajar bersama kawan atau keluarga. Ajar mereka apa kesilapan yang ramai orang buat dan menikmati setiap saat bersama. Itu yang seronoknya makan hot pot.
Sifat kekeluargaan dapat dipupuk melalui makanan yang sangat sinonim dalam budaya kita.
Oleh itu, apa kata lepas ini korang dah betulkan kesilapan yang selalu korang buat ketika makan hot pot. Mana tau lepas ini dapat tingkatkan pengalaman jadi lebih baik!
Mungkin korang suka: