Kuih Tradisional Yang Mempunyai Kisah Cinta
Korang perasan tak baru-baru ini kebanyakkan kedai banyak mempromosikan serta menjual kuih bulan. Ada banyak sangat bentuk, rupa dan perisa yang kita boleh beli tetapi tak ramai orang kita tahu kisah sebalik kuih tradisional ini tau. Kuih ini pun hanya muncul pada waktu tertentu pulak tu!
Kuih bulan boleh dikatakan sudah berumur 3,000 tahun lagi tau. Ia adalah antara kuih tradisional yang dicipta di China. Sebelum kewujudan kuih bulan terdapat kuih Taishi pada zaman Dinasti Shang dan Dinasti Zhou.
Apa yang membuatkan kuih ini menarik adalah ia hanya muncul pada musim tertentu sahaja. Lebih tepat ketika Musim Perayaan Mid-Autumn Festival di mana kuih ini dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.
Adat makan kuih bulan bermula pada zaman Dinasti Tang. Korang berpeluang tak untuk menikmati rasa kuih ini yang sangat sinonim dalam budaya orang Cina? Haa.. kalau tak pernah cuba memang rugi.
Kerana terlalu banyak sejarah dan keindahan dari aspek budaya boleh didapati melalui kuih ini sahaja. Selain itu, sejarahnya pula memainkan peranan penting dalam membentuk budaya orang Cina.
Photo from Pinterest
Oleh itu, jom kita belajar asal usul kuih tradisional ini!
Asal-Usul Terciptanya Kuih Bulan
Photo from Moon Festival
Min dah kata sebelum ini, kuih ini dinikmati ketika musim perayaan. Tradisinya pula bermula pada zaman Dinasti Tang. Kemudian, di zaman Dinasti Song Utara menjadi popular dalam istana raja.
Manakala, di zaman Dinasti Yuan pula disebarkan secara meluas kepada orang ramai. Pada Dinasti Qing pula berubah menjadi satu tabiat pemakanan biasa untuk orang Cina. Haa.. barulah kita boleh nampak signifikasi kuih ini dalam budaya mereka.
Semuanya bermula dengan zaman Dinasti Shang dan Zhou. Asalnya digunakan sebagai korban semasa musim perayaan sahaja dan barulah menjadi popular dalam masa beberapa tahun akan datang.
Keunikkan kuih ini adalah bentuk bulatnya yang diperkenalkan oleh seorang pedagang dari Tibet. Kuih ini memberikan banyak maksud tau seperti melambangkan pertemuan semula dan nilai persahabatan.
Selain itu, kuih ini juga digunakan untuk menyebarkan mesej secara senyap untuk menentang pemerintahan. Ada juga mengatakan kuih ini terhasil daripada kisah cinta antara Chang E (Dewi Bulan) dan Hou Yi (Pemanah).
Kisahnya bermula dengan pernah ada 10 matahari di langit. Hou Yi menembak 9 daripada 10 matahari keluar dari langit untuk menyelamatkan bumi dan diberi ganjaran oleh tuhan untuk mendapatkan ubat hidup selamanya.
Seorang pengikut Hou Yi bernama Feng Meng cuba merompak Hou Yi setelah mengetahui perkara ini. Dalam usaha untuk melindungi ubat tersebut, Chang E mengambil keputusan untuk minum dan terbang ke bulan meninggalkan Hou Yi di belakang.
Photo from Moon Festival
Disebabakn itu, dia sangat merinduinya sehingga dia membuat persembahan buah-buahan dan kuih bulan bagi memperingatinya.
Kepentingan Mid-Autumn Festival
Photo from Breeze Asia
Mid-Autumn Festival jatuh pada hari ke-15 dalam kalendar lunar. Musim ini juga dikenali sebagai Mooncake Festival dan selalunya dihiasi dengan kuih bulan dan tanglung untuk meriahkan musim ini.
Selalunya, musim perayaan ini digunakan untuk berkumpul bersama keluarga dan rakan tau. Mereka akan memberikan kuih bulan sebagai hadiah dan menikmatinya semasa hari perayaan.
Korang boleh samakannya seperti Hari Raya Aidilfitri di mana kita akan berkumpul bersama keluarga kita. Menziarahi satu sama lain dan menikmati masa bergembira bersama ditemani dengan makanan tradisional.
Bulan purnama dianggap sebagai simbol perjumpaan semula. Oleh itu, kuih bulan dianggap sebagai perjumpaan semula. Musim ini dikait rapat dengan bulan kerana kelihatan paling terang pada masa ini.
Kemudian, perayaan ini berlaku pada penghujung musim menuai menandakan berakhirnya Pesta Hantu Lapar. Perayaan ini bermula lebih 2,000 tahun yang lalu sebagai perayaan penuaian selepas musim luruh.
Photo from TimeOut
Ini dilakukan dengan tujuan untuk berterima kasih kepada tuhan.
Cara Untuk Menikmati Kuih Bulan
Photo from Pinterest
Sejarah, asal-usul dah kisah sebalik kuih ini pun korang dah tau. Selalunya kuih bulan memang berbentuk bulat mengikut simbolik bentuk bulan yang sempurna. Kuih ini secara tradisionalnya dibakar tau.
Teksturnya pula adalah seperti kuih pastri yang kenyal atau mengelupas. Dalamnya pula akan diisi dengan pes teratai (lotus) dan kuning telur masin untuk mewakili bulan tetapi ada juga perisa pes lain yang kita boleh beli tau.
Apa yang membuatkannya lebih menarik adalah terdapat bannyak versi mengikut kawasan di negara Cina tau. Versi dari Beijing bernama Suzhou yang mempunyai flaky crusts dengan pelbagai inti manis, masin atau manis-masin.
Antara pes yang korang boleh dapatkan adalah pes kacang merah, taro, biji bijan tau. Haa.. korang boleh pilih je mana inti yang dapat menarik perhatian. Selain itu ada juga kuih bulan moden.
Antaranya adalah kuih bulan berkulit salji yang dicipta di Hong Kong. Kalau korang penggemar teh, ada juga kuih bulan berperisa teh seperti matcha dan houjicha. Setiap perisa ini dihasilkan dengan menggunakan bahan berkualiti untuk memberi rasa yang sedap!
Photo from Foodforthought
Memang rugi kalau tak pernah cuba sekali kuih tradisional ini. Ia memberikan rasa dan pengalaman yang sangat berbeza kalau nak dibandingkan dengan kuih tradisional yang kita selalu makan tau. Lagipun, mana tau korang dapat bertemu jodoh cantik seperti dewi bulan semasa menikmatinya.
Mungkin korang suka baca: