Laksa Versi Apa Yang Paling Sedap Dalam Malaysia?
Laksa adalah salah satu makanan tradisional yang cukup popular di negara kita. Setiap negeri mempunyai versi mereka tersendiri yang telah menyebabkan ramai orang bergaduh mempertahankan versi laksa mereka lebih sedap berbanding versi lain yang ada.
Persoalannya ada berapa jenis laksa yang wujud digemari oleh orang ramai dalam negara kita sebenarnya. Haa.. sebelum itu kita perlu mengenal pasti definisi sebenar untuk kategorikan hidangan tersebut sebagai 'Laksa'.
Perkataan laksa dipercayai berasal daripada perkataan Sanskrit 'Lakshahs' membawa maksud seratus ribu. Asal usul sebenar resipi masakan ini masih hangat dibincangkan antara pakar makanan.
Tetapi, ramai percaya ia bermula di kawasan Asia Tenggara. Antara teori yang dipercayai adalah resipi ini terhasil daripada masyarakat Cina Peranakan yang tinggal dalam negara. Peranakan menggabungkan perisa dua budaya masakan Cina dan Melayu untuk mencipta laksa.
Ciri masakan ini adalah kuah berlemak, kaya dengan rasa dan penggunaan mi gandum. Setiap negeri pula akan mengubah sedikit konsep awal masakan untuk menjadikannya lebih unik kepada sesuatu tempat.
Sebab itulah kini kita berpeluang untuk menikmati pelbagai jenis laksa yang mempunyai profil rasa tersendiri. Disebabkan itu juga ramai orang akan bergaduh untuk menentukan jenis laksa paling asli dan sedap!
Photo from Pinterest
Jom tengok jenis laksa apa yang ada dalam negara kita.
Paling Original, Laksa Penang
Photo from Season With Spice
Antara jenis yang paling digemari ramai dan dipercayai sebagai resipi asal. Laksa Penang antara makanan paling popular dalam negara kita sampaikan pelancong luar datang ke sini hanya untuk merasainya. Katanya diiktiraf sebagai antara makanan paling sedap dalam dunia.
Semuanya bermula dengan kuahnya mempunyai rasa masam, masin dan pedas yang sebati tau. Setiap hirupan di mulut akan menghasilkan letupan rasa yang sukar digambarkan kalau orang itu tak pernah mencubanya.
Bahan utama dalam masakan ini adalah ikan rebus segar, daun kantan dan bunga kesum. Belacan bakar akan ditambah untuk dapatkan pedas yang sinonim kalau makan di Pulau Pinang.
Kemudian, rahsia utamanya adalah pes udang. Untuk orang yang tak tahu, pes udang adalah bom yang akan menambah rasa lebih mendalam ke dalam masakan korang tau. Letak sikit je sudah cukup nak jadikan makanan jadi sedap betul.
Photo from ResipiKoko
Haa.. sebab itulah kalau makan Laksa Penang rasa dia sangat berbeza. Kompleksiti rasa yang penuh seimbang cukup untuk buat kita terpegun dengan rasanya. Kalau tanya orang, mereka kata jenis paling original.
Ada Mix Mat Salleh Sikit, Laksa Johor
Photo from Pinterest
Ada yang suka jenis Penang dan ada yang suka jenis Johor. Versi ini jauh menyimpang daripada resipi asli kerana menggunakan jenis mi sangat berbeza. Namun, masih menggunakan asas untuk menghasilkan laksa.
Kalau nak dibandingkan dengan jenis lain sudah pasti versi Johor mempunyai karakter tersendiri membuatkannya unik. Teori resipi ini terhasil apabila Almarhum Sultan Abu Bakar melawat Itali dan dapat menikmati makanan tradisional negara tersebut.
Oleh itu, tukang masak istana Johor mencipta resipi ini untuk mengikut citarasa Sultan ketika itu. Maka, sebab itu laksa mereka menggunakan mi spageti dan bukan mi laksa yang orang lain selalu guna.
Selain itu, jenis ini juga tidak mempunyai kuah berair seperti sup. Tekstur kuahnya seakan sama seperti sos bolognese yang akan disalut bersama spageti tersebut. Kalau korang biasa makan spageti korang akan suka jenis ini.
Photo from Pinterest
Rasanya pula tidak jauh beza pun dengan yang asli namun rempah kari yang digunakan akan menghasilkan profil rasa berbeza sedikit tau!
Paling Underrated, Laksa Sarawak
Photo from Pinterest
Kalau tanya Min, masakan daripada Sabah dan Sarawak boleh dianggap sebagai permata tersembunyi tau. Sampai sekarang masih tak ramai dapat menikmati beberapa makanan yang dihasilkan menggunakan resipi borneo turut mempunyai keunikkan tersendiri.
Maka, Laksa sarawak adalah antara makanan yang perlu korang cuba. Ramai orang mengatakan versi ini paling sedap kalau nak dibandingkan kerana mempunyai rasa berbeza, lebih mendalam dan keseleruhan rasa kompleks.
Perbezaannya bermula dengan sambal yang diperbuat daripada pelbagai ramuan. Selain itu, masakan ini tidak menggunakan air rebusan ikan sebaliknya air rebusan udang dan ayam.
Bahan seperti asam jawa, bawang putih, lengkuas dan serai akan ditambah masuk untuk menambah rasa. Supnya pula mempunyai warna merah dicampur dengan santan memberi rasa lemak.
Photo from Pinterest
Taburan telur goreng, ayam, udang dan daun ketumbar menjadi pelengkap masakan ini. Kalau korang tiada kawan dari Sarawak memang sukar untuk mencarinya di kawasan Semenanjung tetapi berbaloi untuk menikmati rasanya.
Jarang Sekali Didengari, Laksa Kuala Perlis
Photo from Nizar Abdul Manap
Aik biar betul Min, kalau dah dekat negeri Utara semua jenis laksa mesti sama. Haa.. antara jenis yang jarang didengari dan jauh berbeza dengan jenis Penang tau. Walaupun dari mata kasar kelihatan sama.
Dikenali sebagai "Laksa Kola", jenis ini unik kerana menggunakan tepung ubi kayu, tepung beras dan beras kisar untuk menghasilkan mi. Teksturnya pula lebih halus kalau dibandingkan dengan mi biasa.
Cuma proses untuk menciptanya sedikit rumit dan disebabkan itu susah untuk cari yang asli. Beras perlu direndam, dikisar dan dijemur serta mengambil masa yang panjang dan tak ramai pun tahu prosesnya.
Sesudah dijemur, adunan ini diuli dengfan tangan untuk dijadikan doh berbentuk bulat dan direbus. Kemudian, adunan ini akan dimasukkan ke dalam mesin laksa untuk hasilkan mi tersebut dan direbus sehingga masak.
Photo from Noor Effahanum
Kuahnya pula mempunyai rasa lebih berlemak dan tidak pedas tau! Sebaliknya sedikit manis hasil daripada menggunakan ikan yang segar.
Dari Negeri Pantai Timur, Laksam
Photo from Azie Kitchen
Kalau korang ada kenalan dari negeri Pantai Timur, masakan ini amat popular dan mereka merasakan ia adalah versi yang paling sempurna. Senang sahaja nak cari Laksam ini kalau korang selalu makan di kedai Kelantan.
Versi kalini pula tidak menggunakan mi laksa sebaliknya menggunakan kuey teow. Kuey teow pula diperbuat daripada tepung beras kemudian digulung menjadi bentuk bulat. Aneh sedikit tapi takpa ada keunikkan.
Kuahnya pula mempunyai warna putih serta rasa lebih berlemak kerana gabungan bahan santan dan ikan rebus. Walaupun berlemak, ia masih mempunyai rasa kompleks yang sebati tau.
Photo from Cookidoo
Kemudian, korang wajib makan bersama sambalnya untuk menambah sedikit kepedasan untuk memotong rasa lemak yang tinggi itu. Haa.. untuk yang tak pernah cuba, laksam akan mengubah persepsi korang terhadap masakan negeri pantai timur.
Jenis Mana Yang Paling Sedap?
Bukan ada satu malah ada 5 jenis laksa yang datang dari negeri yang berbeza dalam negara. Setiap orang akan sentiasa memilih jenis yang sedap mengikut selera tekak berbanding jenis lain.
Selain itu, variasi dalam masakan tradisional kita tak patut dibandingkan kerana ia menunjukkan kekayaan budaya masakan kita tau. Setiap negeri mempunyai rasa berbeza yang membuatkan mereka terkenal.
Daripada asyik bergaduh apa kata kita pergi cuba semua jenis pulak ke? Mana tau korang boleh tersangkut dengan jenis lain pulak!
Mungkin korang suka baca: