download Jom Explore app
Pengalaman Unik Bermalam di Bilik Tiub Konkrit Mango’s Park Port Dickson

Pengalaman Unik Bermalam di Bilik Tiub Konkrit Mango’s Park Port Dickson

Jom! Cuti Staycation Bajet
By Ayunie Husna on 08 Nov 2023
Digital Editor

Dah lama tak bercuti? tetapi ingin merasai suasana pantai dan tempat penginapan yang murah dan berbaloi untuk bercuti bersama keluarga. Apa kata korang menginap di Mango's Park Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kontena Berwarana UnguPhoto from Mango's Park Port Dickson

Terletak hanya 45 minit dari Kuala Lumpur dan berdekatan dengan Melaka, lokasinya yang strategik menjadikannya tempat yang mudah diakses dari semua arah. Di sini, pelbagai pilihan penginapan tersedia. Namun, Mango’s Park di Port Dickson tidak hanya menawarkan tempat tinggal, tetapi juga sebuah pengalaman yang unik.

Harga Penginapan Serendah RM 100

Contoh Bilik Yang DisediakanPhoto from Mango's Park Port Dickson

Terletak di Kampung Bagan Pinang, Port Dickson, resort ini terletak berdekatan dengan pantai, membolehkan pengunjung menikmati suasana pantai yang memukau. Mereka menawarkan tiga jenis penginapan dengan harga yang bermula dari serendah RM100 semalam dan ke atas. Bilik penginapan boleh dipilih mengikut keperluan percutian anda, sama ada anda seorang backpacker yang melancong seorang diri, atau anda ingin bersama-sama rakan atau keluarga, penginapan di sini pasti selesa untuk semua.

Terdapat Pelbagai Jenis Homestay Yang Ditawarkan

Gegelung HousePhoto from Mango's Park Port Dickson

Gegelung House Hotel menawarkan pelbagai jenis bilik penginapan yang memenuhi pelbagai keperluan tetamu. Salah satunya adalah "tube room" yang menawarkan ruang tidur yang luas untuk berehat, walaupun bilik mandi tidak disediakan di dalam bilik ini. Namun, tetamu boleh mengakses bilik mandi yang dikongsi yang terletak berdekatan dengan bilik tube, yang pastinya memberikan keselesaan yang tinggi.

Backpackers House adalah jenis penginapan yang mengikut konsep dormitory, di mana tetamu berkongsi ruang tidur dengan pelancong lain. Ia menyediakan pengalaman penginapan yang lebih sosial dan berkomuniti.

A-Frame HousePhoto from Mango's Park Port Dickson

Sementara itu, A Frame House adalah pilihan penginapan yang menawarkan bilik berbentuk segi tiga yang memberi lebih banyak privasi kepada tetamu. Ia sesuai untuk mereka yang mencari pengalaman penginapan yang lebih eksklusif dan selesa dalam suasana yang lebih peribadi.

Pelbagai Aktiviti Untuk Para Pengunjung

Di Port Dickson, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda nikmati sepanjang lawatan anda. Setibanya di sini, pasti anda ingin meneroka pantainya. Anda boleh mengunjungi Pantai Saujana atau Pantai Cahaya Bulan yang terletak berdekatan. Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti sukan air yang boleh dicuba, seperti berkayak dan menaiki banana boat. Jadi, pastikan anda merancang masa yang mencukupi untuk menikmati semua kemungkinan yang ditawarkan di destinasi yang indah ini.

 

Berkayak Photo from Mango's Park

Selain itu, di sini juga terdapat pelbagai pilihan aktiviti lain yang menarik, seperti paintball, memanah, dan berbasikal. Jika anda merancang untuk mengadakan sesi pembinaan pasukan (team building), ia juga boleh diaturkan dengan mudah. Tempat ini juga menawarkan perkhidmatan tempat untuk majlis perkahwinan, dan bayangkan betapa meriahnya dapat mengadakan majlis perkahwinan di tepi pantai yang indah.

Aktiviti MemanahPhoto from Mango's Park Port Dickson

Fasiliti Yang Lengkap di Mango's Park Port Dickson

Fasiliti lengkap termasuk kolam renang besar untuk keluarga dan rakan-rakan berenang. Kedai makan beraneka ragam dan lazat memenuhi selera anda. Terdapat juga ruang BBQ untuk bersantai bersama dan menikmati hidangan di bawah langit terbuka, yang semuanya menambah keseronokan dan keselesaan lawatan ke tempat ini.

Aktiviti BBQPhoto from Mango's Park Port Dickson

Sungguh menggalakkan untuk anda mencuba pengalaman penginapan di tempat ini apabila anda merancang lawatan ke Port Dickson pada masa akan datang. Penginapan di sini akan memberikan anda dan keluarga atau rakan-rakan memori yang indah dan tak terlupakan. Pasti, pengalaman ini akan menjadi kenangan yang berharga dalam perjalanan anda.

📍lot 968, Jalan Pantai, Kampung Bagan Pinang, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

📞018-359 2040

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok