Resepi Mudah Masak Lauk Sardin Tin Di Rumah!
Kadang kala menu makanan yang mudah bukan sahaja buat kita kenyanng. Malah mampu memberi rasa menyelerakan seperti makan mahal, contohnya macam lauk ikan sardin tin bersama nasi putih.
Biasalah masa bujang, student dan memasuki fasa dewasa, min memang gemar makan sardin dalam tin! Rasanya sedap, senang nak masak dan dijual dengan harga berpatutan pulak tu.
Photo from IG | saramakan
Eh bukan min seorang sahaja yang gemar makan lauk ini betul? Majoriti netizen memang gemar makan ikan sardin bersama nasi putih dan sos kicap sebagai penambah rasa.
Kalau ada bajet sedikit boleh tambah telur goreng. Namun, harga sardin sekarang semakin mahal berbanding beberapa tahun yang lalu. Sebab itu, netizen bernama Eniza M. Salim berkongsi resepi hasilkan lauk sardin di rumah sahaja.
Photo from Jom Masuk Dapur
Bahan Yang Diperlukan Untuk Masak Lauk 'Sardin Tin'
Photo from Che Nom
Menurut Eniza, untuk masak lauk ini tidaklah begitu susah. Sesiapa yang sudah biasa masak hasilnya memang menjadi, untuk yang baru berada di dapur jangan risau mudah sahaja asalkan anda ikut panduan min tulis.
Seperti biasa kita kena sediakan bahan terlebih dahulu. Kebanyakannya hanya menggunakan bahan asas yang tidak terlalu susah untuk cari di kedai serta kebanyakannya sudah ada dalam peti sejuk rumah.
Photo from SirapLimau
Bahan ialah seperti berikut:
- 1 kg ikan sardin
- 4 bawang besar, merah (kecil), putih
- 1 setengah inci halia
- 3 sudu besar cili kering kisar
- 1 biji tomato (potong dadu)
- 5 biji dili (potong dua)
- 4 sudu besar sos cili
- 1 setengah tin tomato puree
- 2 sudu besar gula (ikut rasa, boleh kurangkan)
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 cawan air
- 2 biji limau nipis (untuk perap)
Langkah Untuk Masak Sardin Tin Di Rumah
Photo from FMT
Bila semua bahan sudah disediakan, baru boleh mula memasak! Pertama paling penting kita kena perap dahulu ikan sardin untuk hilangkan bau hanyir ikan tersebut.
Mudah sahaja caranya, anda perlu potong ekor dan kepala ikan dan bersihkan sepenuhnya kata Eniza. Seterusnya ikut langkah yang min tulis di bawah seperti ini:
Photo from IG | saramakan
- Bila ikan sudah dibersihkan, kena perap selama 10 minit dengan satu sudu setengah garam bersama 2 biji limau nipis. Kemudian, basuh semula dan toskan air tersebut.
- Eniza nasihatkan untuk guna pressure cooker untuk memudahkan proses memasak.
- Kisar semua bawang dan halia bersama tomato. Seterusnya tumis hingga wangi
- Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak
- Pati kiub, sos tiram, tomato puree, tomato dan bahan lain perlu masukkan dan kacau sehingga sebati
- Jangan lupa untuk rasa! Kalau ada yang kurang boleh tambah bahan perasa dan tambah 2 cawan air sebelum ikan sardin dimasukkan
- Teruskan memasak sehingga tulang ikan sardin jadi lembut
- Bila dah lembut, boleh kacau kuah sehingga jadi pekat seperti sos. Bila dah sampai tahap memuaskan boleh sedia untuk hidang
Photo from IG | saramakan
Eh senang sahaja nak buat dekat rumah kan? Tak perlu nak bersusah payah nak beli selepas ini! Bila cuba hasilkan sendiri, kita boleh kawal bahan yang digunakan untuk memastikan masakan kita sihat dan selamat untuk makan.
Selamat mencuba!
Mungkin korang suka: