download Jom Explore app
Kenapa Isi Ayam Berwarna Hitam Lebih Mahal?

Kenapa Isi Ayam Berwarna Hitam Lebih Mahal?

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 26 Jul 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Apabila bercakap tentang baka ayam, terdapat banyak pilihan untuk dipilih. Setiap satu dapat memenuhi keperluan seperti bertelur atau menghasilkan daging. Walau bagaimanapun hanya ada satu baka yang eksklusif yang berdiri di atas yang lain, ia dikenali sebagai Ayam Silkie!

Mungkin anda tidak pernah dengar tentang sumber protein bukan sahaja digemari di negara kita, malah satu dunia pulak tu!

Eh kenapa Ayam Silkie ni berwarna hitam min?Photo from The Geenest Acre

Menariknnya menurut data daripada World Population Review. Tahun ini sahaja warganegara Malaysia telah makan sebanyak 1,626 tan! Jumlah banyak itu bukan sesuatu yang mengejutkan.

Kerana siapa akan tolak sepinggan ayam betul?

Malaysia ialah negara yang gemar makan ayamPhoto from Munch Malaysia

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ayam Silkie

Boleh tahan comel juga baka iniPhoto from Asian Inspiration

Ayam Silkie merupakan baka ayam hitam berasal dari Indonesia. Baka ini dihargai kerana penampilan mereka yang luar biasa seperti bulu hitam legam termasuk kulit dan organ dalaman.

Tambahan pula burung ini merupakan baka purba dengan asal usul sejak abad ke-13. Selain penampilan yang luar biasa, baka Silkie terkenal dengan sikap pendiam dan lembut mereka.

Menariknya telur dihasilkan bukan warna hitamPhoto from Mockingbird

Namun ia bukan jenis menghasilkan telur yang bagus kerana mampu mengeluarkan 50 telur setahun.

Persoalan Utama Adalah, Sedap Ke Rasa Baka Silkie?

Kandungan isi rendak lemak tapi tinggi protein sangat bagus untuk mereka nak dietPhoto from Chip Chippin

Ketika anda membaca artikel ini, mungkin timbul persoalan dalam diri bagaimana rasa baka silkie? Adakah sedap walaupun memiliki paras rupa berbeza daripada ayam kita selalu makan.

Untuk jawab persoalan anda, ayam ini dihargai kerana memiliki isi lazat dan kurang berlemak, rasa halus dan sedikit berbau hamis.

Ia pilihan terbaik untuk mereka yang ingin diet kerana kurang kandungan lemakPhoto from NYT

Selain itu majoriti percaya isi Silkie lebih tinggi dalam protein dan rendah lemak berbanding baka ayam lain. Menjadikannya pilihan sihat untuk orang yang ingin tingkatkan protein dalam diet.

Telurnya pula mempunyai banyak khasiat terkandung. Contoh, vitamin A, D dan E, besi dan kalsium, antioksidan yang membantu melindung tubuh badan daripada kesan negatif.

Jika Anda Nak Cuba, Bersedia Untuk Bayar Harga Lebih Bangsawan

Kerana penampilan unik, bersedia untuk bayar harga mahal berbanding ayam biasaPhoto from Ternakhias

Untuk pengetahuan umum, ayam Silkie merupakan baka ayam paling mahal dalam dunia. Antara punca utama ialah kekurangan sumber dan sangat susah untuk membiak berbanding yang lain.

Akibatnya, untuk membesarkan seekor Silkie ia memerlukan perhatian dan penjagaan khas yang akan meningkatkan kos. Harga untuk seekor dalam anggaran dari $60-100 (RM280 - RM465)

Sehubungan dengan itu harga yang min tulis akan berubah tau! Ia bergantung pada permintaan dan sumber yang tinggal. Tambahan pula kos tambahan seperti bekalan makanan dan penjagaan veterinar akan menambah keseluruhan kos.

Tetapi Mengapa Ia Berwarna Hitam?

Akibat mutasi, ayam ini boleh berubah warnaPhoto from The Martha Stewart

Jawapannya ialah dalam gene mereka. Ayam Silkie menghidap fibromelanosis menjadi mereka kelihatan hitam sepenuhnya. Mutasi ini disebabkan oleh gen KIT yang terlibat dalam pembangunan sel pigman.

Gen KIT ialah hiperaktif, mengakibatkan pengeluaran pigmen berlebihan. Pigmen tambahan ini bertanggungjawab untuk pigmentasi hitam ayam termasuk kulit, isi dan organ dalaman mereka.

Mutasi dihadapi oleh ayam cemani lebih kurang sama seperti harimau kumbang hitamPhoto from Sunway Lagoon

Menjadi Simbol Status Dan Kemewahan

Ayam ini menjadi simbol status kekayaanPhoto from NYT Cooking

Kerana memiliki penampilan unik dan harga yang mahal. Ayam Silkie telah mendapat reputasi sebagai simbol status kemewahan bagi mereka mampu membelinya.

Di Indonesia, ayam ini dikaitkan dengan kekayaan dan prestij. Sering diberikan sebagai hadiah pada majlis penting dan mula jadi popular di Amerika Syarikat dan Eropah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Anda berminat untuk cuba?

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok