download Jom Explore app
Kecantikan Tasik Blausee, Switzerland Ibarat Syurga

Kecantikan Tasik Blausee, Switzerland Ibarat Syurga

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 18 Jul 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Switzerland yang terletak dalam benua Eropah sentiasa menjadi destinasi utama ramai warga tempatan. Acap kali kita dengar negara ini sungguh menakjubkan dari segi pemandangan yang ditawarkan.

Daripada pemandangan di banjaran Alps yang terkenal sehingga bandar Zurich. Benarlah kata orang, "Switzerland ini ibarat syurga dunia".

Memang betul, Switzerland ni ibarat syurga duniaPhoto from Znaki.fm

Selain daripada ski resort dan kampung di tengah gunung, negara ini mempunyai lebih kurang 1,500 tasik tau! Majoriti tasik pula cukup indah dan menawarkan pengalaman yang begitu unik.

Kerana hampir kesemuanya mempunyai keunikan dan keistimewaan sendiri, contohnya Tasik Blausee. Haa.. sebab itu netizen bernama Mohd Anas berkongsi pengalamannya ketika mengunjungi tasik istimewa di Switzerland.

Antara tasik yang ada di SwissPhoto from Reddit

Selain Banjaran Alps, Tasik Blausee Wajib Singgah!

Tasik Blausee memang wajib korang pergi semasa bercuti di SwitzerlandPhoto from Wanderer's World

Berikut ialah perkongsian daripada Mohd Anas menceritakan bagaimana untuk pergi ke tasik indah ini. Menurutnya, perjalanan bermula dari Interlaken Ost dengan menggunakan keretapi dan bas mengambil masa 1 jam 46 minit.

Keretapi dari Interlaken akan transit di Speiz Station dan perlu menukar keretapi menuju ke Frutigen. Di sini korang perlu menuju ke stesen bas yang berhampiran untuk naik bas no 230 menghala ke Tasik Blausee.

Perjalanan 2 jam dari Zurich memang berbaloi untuk pemandangan macam niPhoto from Michelle Franc-Lee

Bas ini akan berhenti di hadapan pintu masuk tasik tau! Tambahan pula, perjalanan dari bandar Zurich menggunakan keretapi akan mengambil masa 2 jam 44 minit.

Manakala, memandu sendiri makan masa selama 2 jam 26 minit.

Memang cantik betul seluruh kawasan tasik iniPhoto from NewinZurich

Boleh Menaiki Bot Untuk Melihat Kecantikan Tasik

Setelah tiba di pintu masuk tasik, korang perlu membayar tiket! Harga tiket ialah tertera seperti berikut:

  • Harga biasa: 10 CHF (RM52)
  • Jika air keruh, pihak pengurusan akan memberikan diskaun 5 CHF (RM26)

Seterusnya Anas berkata, kita boleh menaiki bot yang disediakan oleh pihak pengurusan. Harga ialah percuma dan tidak dikenakan sebarang bayaran!

Datang Ketika Musim Luruh Untuk Nikmati Pemandangan Paling Cantik!

Datang masa musim luruh untuk dapat pemandangan cantik seperti gambar iniPhoto from Reddit

Anas turut berkongsi tips sebelum anda melawati Tasik Blausee. Katanya, untuk dapatkan pemandangan paling cantik kena datang ketika kemuncak musim luruh iaitu penghujung Oktober dan awal November.

Kerana pada waktu ini, daun kuning akan memenuhi seluruh kawasan tasik jernih dengan air berwarna biru. Selain itu, pada musim panas pula air akan bertukar warna hijau dan kurang jernih.

Seluruh kawasan tasik ini ada kafe menyediakan minuman panasPhoto from Waterscapes

Sementara anda tengah menikmati kecantikan tasik, terdapat cafe dan restoran yang terletak tidak begitu jauh. Jadi anda boleh sahaja menikmati minuman panas atau makanan ringan.

Kemudian Anas berkata, selepas selesai menikmati Tasik Blausee. Korang boleh sahaja menaiki bas untuk menghala ke Kendersteg yang akan mengambil masa selama 10 minit sahaja dengan laluan yang sama.

Contoh pemandangan ketika musim panasPhoto from Blausee

Ada Apa Pula Di Kandersteg Dan Tasik Oeschinen

Apa yang menarik di Kandersteg?Photo from OutdoorActive

Setelah sampai di Kandersteg, Anas berkata kita perlu meluangkan masa sekurang-kurangnya 3-4 jam. Selain itu, terdapat Tasik Oeschinen yang begitu cantik seperti dalam buku fantasi.

Menakjubkan sungguh kecantikan Tasik OeschinenPhoto from Montagna Estate

Bukan itu sahaja, terdapat gelongsor untuk anda main sambil melihat keindahan di bumi Swiss! Justeru memang seronok dapat menghabiskan masa sehari di 2 lokasi ini selain daripada tempat tumpuan pelancong di Switzerland.

Selain itu boleh bermain gelungsur sambil menikmati pemandangan lawaPhoto from Youtube | Berghotel Oeschinensee

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok