download Jom Explore app
Tahukah Anda Apam Balik Tidak Dicipta Di Negara Kita

Tahukah Anda Apam Balik Tidak Dicipta Di Negara Kita

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 23 Jul 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Ada yang suka rangup, ada yang suka lembut gebu. Tapi kita semua boleh setuju bahawa Apam Balik ialah antara makanan snek ringan yang sedap dengan hanya beberapa bahan sahaja diperlukan.

'Penkek' yang dilipat penuh dengan isi seperti kacang tanah hancur, gula dan jagung berkrim. Sedap makan begitu sahaja atau bertemankan segelas teh panas sambil menikmati hari senja di tepi padang.

Anda team apam balik rangup atau gebu?Photo from El Mundo Eats

Sudah jelas bahawa makanan tempatan ini telah berkembang semalam bertahun-tahun. Sama seperti makanan lain di negara kita, memang timbul banyak isu apabila berkata tentang asal makanan tersebut.

Tetapi tahukah anda sebenarnya bukan negara kita mencipta Apam balik, sebaliknya...

Min memang suka jjenis rangup macam ni baru puasPhoto from Josephine Recipes & Lifestyle

Kenapa Majoriti Negara Asia Tenggara Ada Versi 'Apam Balik'

Eh ini bukan apam ba- salah! ini namanya Ban jian kuehPhoto from Hungry Onion

Kalau anda nak tahu apam balik bukan sahaja wujud di negara kita tau. Ia juga wujud di negara jiran tetapi tidak dikenali dengan nama yang sama. Anda boleh nikmatinya di Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Nama lain untuk Apam Balik yang biasa anda akan dengar di negara jiran seperti:

  • Terang bulan (bulan bersinar)
  • Martabak manis
  • Ban jian kueh
  • Min chiang kueh
  • Dai gau min

Majoriti Negara Asia Tenggara mempunyai versi apam balik merekaPhoto from Taufulou

Dan terlalu banyak namanya tapi anda faham konteksnya kan?

Kalau Bukan Kita Cipta, Siapkah Pencipta Asalnya?

Jeneral Tso yang dikatakan mencipta Apam BalikPhoto from Wikipedia

Kisahnya bermula dengan seorang bernama Jeneral Tso Tsung T'ang (Jeneral Tso), ketua tentera Dinasti Qing. Beliau telah dihantar ke Fujian pada tahun 1855 untuk memimpin tentera semasa pemberotakan.

Jeneral Tso dilantik untuk perang rusuhan pemberontokan. Pada waktu itu, makanan biasa untuk tentera dan penduduk tempatan ialah roti leper dengan daun bawang bersama sos cili.

Pada waktu itu tentera Jeneral Tso makan iniPhoto from ChainBaker

Namun Jeneral Tso tidak mahu tentera untuk makan bekalan makanan penduduk tempatan. Lalu dia menukar makanan tentera kepada penkek menggunakan bahan mudah didapati di kawasan Fujian - gula tebu dan kacang tanah.

Maka apa kena mengena kisah Jeneral Tso dengan makanan negara kita?

Selain itu, Jeneral Tso turut mencipta hidangan ini namanya Ayam Jeneral TsoPhoto from The Country Cook

Orang Fujian Membawa Makanan Ke Negara Kita

Orang Fujian membawa apam balik ke negara kitaPhoto from Wikipedia

Tindakan Jeneral Tso untuk mengubah makanan tersebut tersebar di Fujian secara beransur. Ia menjadi makanan ringan yang mudah serta harga berpatutan. Kemudian ia dibawa ke Asia Tenggara.

Bila dibawa ke Asia Tenggara, ia tersebar dan terjadilah apam balik di negara kita.

Pertama Kali Muncul Di Pulau Pinang

Kuih ini buat kali pertama muncul di Pulau PinangPhoto from Penang Port Commision

Menariknya apam balik muncul buat kali pertama di Pulau Pinang dan masa kini terdapat beberapa versi moden yang menukar inti seperti coklat, keju dan susu pekat.

Selain itu, apam balik telah diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Warisan Negara sebagai salah satu makanan 'warisan' negara kita! Jadi ketika anda sedang menikmati kuih ini sambil berehat.

Ucapkan terima kasih kepada Jeneral Tso yang mendapat idea untuk menghasilkan makanan kegemaran kita.

Hari ini kuih ini dijadikan makanan warisan negara kitaPhoto from Gigsmore

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok