download Jom Explore app
Kenapa Trek Balapan Olimpik Berubah Warna Ungu?

Kenapa Trek Balapan Olimpik Berubah Warna Ungu?

Hot & Viral
By Muhammad Aliff on 22 Jul 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Tinggal beberapa hari lagi sebelum Olimpik Paris 2024 bakal berlangsung. Tapi sekejap kenapa trek balapan jadi warna ungu? Warna merah dah tak on-trend atau sekadar gimik sahaja untuk tahun ini.

Anda perasan tak tahun ini banyak perkara menarik bakal hadir untuk Olimpik tahun ini. Paling mencuri tumpuan ialah warna litar balapan yang luar biasa, iaitu ungu.

Wah cantik betul warna ungu trek balapan untuk tahun iniPhoto from X | Paris2024

Namun ini bukan sekadar gimik sahaja. Keputusan untuk menggunakan warna ini juga bukan untuk estetik semata-mata, tetapi didorong oleh pelbagai faktor yang mungkin anda tidak tahu.

Contohnya,

Kerja pemasangan sudah giat dijalankan untuk persiapan Sukan OlimpikPhoto from X | StadeFrance

1. Faktor Persekitaran, Lebih Mesra Alam Berbanding Trek Sebelum Ini

Trek ungu lebih mesra alam berbanding trek sebelum iniPhoto from Reuters

Menurut pengeluar trek balapan rasmi Olimpik, Mondo berkongsi mengapa warna ungu dipilih. Katanya, "ia lebih mesra alam berbanding trek di Sukan Olimpik sebelum ini.

Kira-kira 50% daripada bahan trek balapan diperbuat daripada bahan kitar semula atau boleh diperbaharui. Contohnya getah sintetik, getah asli, bahan mineral, pigmen dan bahan tambahan.

Menurut Mondo, trek ini lebih mesra alam dan membantu prestasi atletPhoto from News18

2. Inovasi Teknologi Baru, Memberikan Prestasi Lebih Baik

Mondo yang menghasilkan trek ini turut menampilkan teknologi baru untuk membantu atletPhoto from FOX 10 Phoenix

Kalau anda nak tahu, trek balapan ini mempunyai sebuah nama dipanggil sebagai MondoRun. Mondo mendakwa trek baru dapat kurangkan kadar kehilangan tenaga atlet serta menghasilkan prestasi lebih baik.

Reka bentuknya juga berbeza daripada trek balapan sebelum ini yang digunakan di Sukan Olimpik Tokyo. Sekaligus dapat membantu prestasi atlet ketika bertanding.

bahan yang digunakan jauh lebih hebat berbanding Olimpik tahun lepasPhoto from X | Statedefrance

3. Faktor Estetika Membawa Rasa Romantis

Bandar Perancis terkenal dengan gelaran, 'City of Love'Photo from MustGo

Warna ungu yang digunakan bukan warna biasa. Ia merupakan warna lavender Perancis membawa rasa romantis yang secucuk dengan bandar Paris sering dianggap sebagai bandar paling romantis.

Tambahan pula dalam psikologi warna pula. Warna ungu dikaitkan dengan kreativiti, kesegaran dan cita-cita. Dapat memberi inspirasi kepada atlet untuk melakukan yang terbaik ketika bertanding.

Warna lavender menambah kepada elemen romantis pada tema tahun Olimpik 2024Photo from Real Simple

4. Simbol Sejarah Dan Budaya

Terdapat 2 warna berbeza bakal digunakan, ungu terang dan gelapPhoto from X | Statedefrance

Reka bentuk trek balapan ungu juga mengambil kira faktor sejarah dan budaya. Contohnya warna gelap digunakan untuk kawasan teknikal, warna terang untuk kawasan pertandingan dan kelabu untuk garisan serta tepi trek.

Keputusan ini mengingatkan semula bagaimana rupa trek kelabu Sukan Olimpik Paris 1924, 100 tahun yang lalu.

Rupa trek ketika Olimpik Paris 1924Photo from Paris 2024

5. Dapat Memecah Tradisi, Mencipta Sesuatu Lebih Unik

Pemilihan warna ungu juga dapat memecahkan tradisi dan hasilkan acara lebih unikPhoto from Paris2024

Memandangkan ini bukan kali pertama bandar Perancis menjadi tuan rumah bagi Sukan Olimpik. Maka tidak terkejut mengapa mereka ingin mencipta sesuatu lebih unik supaya kita sentiasa ingat walaupun sudah beribu tahun.

Justeru itu, Olimpik Paris ingin meninggalkan kesan dan impak lebih mendalam kepada peminat serta penonton melalui trek balapan ungu lebih kreatif.

Maka dapat hasilkan impak lebih mendalam kepada penontonPhoto from x | TrackGazette

6. Peningkatan Kualiti Menonton Olimpik Paris 2024

Oleh itu memang lawa betul warna ungu digunakan betul?Photo from X | Paris2024

Tidak dinafikan apabila kita lihat trek balapan berwarna ungu, ia berjaya mencipta kontra yang kuat apabila disiarkan di televisyen. Ini akan menyerlahkan atlet dan tingkatkan daya tarikan visual sebuah acara.

Selain itu, trek ini akan menggantikan trek tradisional biru merah yang biasa digunakan. Contohnya acara olahraga, lompat, baling dan sebagainya untuk menyediakan keadaan terbaik untuk atlet.

Sekaligus menghasilkan pengalaman visual yang menakjubkan untuk penonton.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok