Busana Kontijen Malaysia Olimpik Paris 2024
Mengambil budaya tempatan sebagai insipirasi. Pereka fesyen tanah air, Rizman Ruzaini mengeluarkan pakaian untuk atlet Malaysia di upacara pembukaan Sukan Olimpik 2024 di Paris bakal menjadi tumpuan dunia.
Bertajuk, 'The Malaya' busana yang bersopan santun dipadangkan dengan kelubung sinonim dengan wanita Malaya menjadi fokus utama menurut Rizman Nordin.
Photo from IG | Olympicmas
Untuk lelaki pula, baju teluk belanga yang berasal dari negeri Johor dipilih sebagai tanda junjungan kasih buat Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang berasal dari negeri itu,
Photo from IG | Olympicmas
Warna Hijau Zaitun Untuk Memberi Sentuhan Klasik
Photo from IG | Olympicmas
Seterusnya pemilihan warna sangat penting bagi sepersalinan pakaian bakal dipamerkan di mata dunia. "Kami pilih warna hijau zaitun dengan motif keemasan untuk menjentik aura klasik.
Apabila berada di bawah pantulan cahaya. Ia memancarkan kesan keemasan sebagai tanda simbolik harapan untuk para atlet kita membawa pulang pingat emas untuk Malaysia," kata Rizman.
Photo from IG | Olympicmas
"Ia bagaikan melihat sebutir belian yang digilap berkilau. Kemudian diikat dengan emas dan dijadikan cincin di jari, sunguh cantik dan sempurna," tambah Ruzaini
Motif Songket Digunakan Untuk Meletakkan Nilai Atlet Negara Pada Kedudukan Tertinggi
Photo from IG | Olympicmas
Rizman Ruzaini turut menekankan cetakan motif songket dalam koleksi The Malaya. Ia menjadi sebagai tanda pengiktirafan kepada atlet Malaysia kerana songket mempunyai nilai warisan agung turun-temurun.
"Kami meletakkan nilai atlet negara pada kedudukan yang tertinggi. Setinggi perjuangan mereka untuk membawa pulang pingat emas nanti. Kami turut mempersembahkan cetakan motif songket ke atas busana sebagai pengiktirafan kami buat mereka," tambah mereka.
Photo from kosmo digital
Songket mempunyai nilai sejarah melalui kehalusan tenunan serta kerumitan motif. Ia dapat menggambarkan pangkat dan kedudukan seorang individu status bangsawan, ujar Rizman.
"Scarf yang dicipta oleh Rizman Ruzaini mewakili semangat patriotik rakyat Malaysia. Kami taburkan tudung ini dengan corak nukilan khas tentang Malaysia," kata pereka fesyen merujuk kepada tairkh kemerdekaan negara dan Hari Kebangsaan.
Photo from kosmo digital
Dedikasi dan Aspirasi Rizman Ruzaini Kepada Tokoh Pahlawan
Photo from DOT
Di samping itu, koleksi ini juga salah satu dedikasi serta aspirasi pereka fesyen ini buat beberapa tokoh pahlawan. Contohnya, Penghulu Naning, Datuk Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman dan Mat Kilau.
Seramai 26 atlet bakal mewakili negara untuk acara pembukaan rasmi Sukan Olimpik 2024 bakal berlangsung di Sungai Seine. Beberapa atlet negara dilihat berpotensi tinggi untuk membawa pulang pingat emas.
Photo from Vocket
Atlet seperti Datuk Azizulhasni Awang, Lee Zii Jia ialah antaranya. Kontijen Malaysia bakal bertanding dalam sembilan jenis sukan iaitu:
- akuatik terjun
- akuatik renang
- pelayaran
- menembak
- berbasikal trek
- berbasikal lebuh raya
- angkat berat
- badminton
- golf
- memanah
- olahraga
Apa kata anda tentang koleksi ini?
Mungkin korang suka: