Kafe Ini Masih Menghidangkan Steak Sedap Dari Tahun 1921!
Sudah mencecah umur lebih 100 tahun kedai ini masih kekal beroperasi menghidangkan masakan konsep Hainanese-Western kepada pelanggan tetap mereka. Coliseum Cafe kekal menjadi simbol nostalgia zaman kolonial negara kita.
Berjalan sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman kita akan ditemani oleh pelbagai bangunan yang umurnya mungkin lebih tua dari kita. Setiap satu mempunyai cerita sendiri jika dinding boleh bercakap dengan kita.
Manakala disitu terletaknya lokasi asal Coliseum Cafe yang berdiri megah sehingga penutupan ketika zaman pandemik. Walaupun lokasi asal sudah tutup, kafe ini menjadi gambaran bagaimana kehidupan di negara kita pada satu masa dahulu.
Restoran ini masih berdiri teguh dengan membuka di lokasi lain untuk menghidangkan makanan barat kepada pelanggan tetap mereka. Menu yang dihidangkan pula disesuaikan mengikut selera dan tekak orang kita.
Photo from FB | Coliseum Cafe
Menu yang dihidangkan pun tidak terdapat perubahan ketara untuk mengekalkan resipi asal. Konsepnya pula menggabungkan pengaruh barat dalam masakan Hainanyang mungkin korang dah biasa makan sejak dari kecil.
Oh jangan risau semua makanan yang dihidangkan semuanya dijamin muslim friendly!
"Where Everybody Goes" Menjadi Slogan Coliseum Cafee
Photo from Coliseum1921
Cuba bayangkan korang dipindahkan kepada tahun 1920-an. Pada waktu itu, Coliseum Cafe merupakan antara restoran paling popular di bandar KL yang hampir semua orang kunjungi untuk dapatkan makanan yang mewah dan sedap!
Pernah menjadi tempat kegemaran orang British yang menetap di negara kita. Ada khabar angin mengatakan restoran ini merupakan antara yang pertama menghidangkan makanan pengaruh barat.
Sebab itu selangkah masuk sahaja ke dalam masa seakan terhenti. Daripada ruang makan, dekorasi sehingga ke perabot semuanya tak pernah berubah lebih daripada berpuluh tahun dijaga dengan baik.
Ramai pelanggan yang sempat makan di lokasi asal mengatakan, suasana yang diberikan daripada restoran ini adalah nostalgia. Perasaan itu sukar untuk digambarkan kalau kita sendiri tidak pernah jejak kaki.
Photo from xyzAsia
Selain itu, suasana lama ini juga dipercayai menambah "rasa" unik dalam makanan mereka. Berpuluh tahun pengalaman memasak dapat dirasa dengan setiap gigitan yang sukar untuk dicipta semula di lokasi lain.
Menghidangkan Makanan Gabungan Hainanese & Western
Photo from IG | nazrundinrahman
Suasana nostalgia ini memang tak boleh nak diciptakan semula. Tetapi, bagaimana pula dengan rasa makanan yang dihidangkan? Memang betul sedap ke sampai boleh bertahan sehingga 100 tahun.
Makanan gabungan pengaruh hainanese & western menghasilkan sebuah menu yang unik hanya terdapat pada negara kita. Ramai pelanggan sarangkan untuk mencuba pembuka selera seperti Ox-tail soup atau french onion soup.
Photo from IG | Coliseum Cafe
Sup pekat diperkayakan dengan rempah mempunyai 2 keping ekor lembu sesuai untuk membuka selera sebelum menikmati makanan utama. Cicah dengan roti yang dihidangkan untuk lengkapkan hidangan ini.
Ada 2 pilihan makanan utama yang membuatkan restoran ini cukup popular iaitu Hainanese Chicken Chop dan Sizzling Steak. Kedua pilihan yang cukup popular kekal menjadi pilihan utama ramai pelanggan.
Hainanese Chicken Chop memang digemari ramai. Ayam disalut tepung digoreng sehingga ranggup berwarna emas menarik pasti membuka selera makan kita. Kemudian, ditambah dengan sos diperasakan dengan hiasan seperti bawang, tomato dan kacang melengkapkan ayam ini.
Manakala untuk steak pula restoran ini cukup terkenal dengan penyediaan di tepi meja korang. Korang boleh pesan untuk masak steak mengikut kesukaan seperti medium rare supaya dapat menikmati rasa daging lembu tersebut.
Photo from IG | nazarudinrahman
Selain itu, steak akan dihidangkan gaya sizzling panas berasap dihiaskan dengan salad, kentang dan sayur. Sos pula ada tiga jenis korang boleh pilih iaitu black pepper, mushroom dan garlic brown. Setiap satu dapat tingkatkan rasa manis semula jadi daging tersebut.
Tak lupa juga teksturnya yang lembut, tidak kenyal diperasakan dengan baik membuatkan pilihan ini sangat berbaloi.
Nostalgia Memainkan Peranan Penting
Photo from ILamaran
Walaupun lokasi asal dah lama tutup. Masih ramai pelanggan tetap singgah ke lokasi outlet lain untuk menikmati menu yang dihidangkan sedangkan tak pernah berubah sejak tahun 1921.
Outlet lain pula masih mengekalkan tema nostalgia tersebut dengan sentuhan moden untuk keselesaan pelanggan. Selain itu, ramai selebriti terkenal juga pernah menikmati makan malam di restoran popular ini.
Sebelum ini, Dato' Lat kartunis terkenal sering makan malam di lokasi asal. Beliau sangat menyukai Coliseum Cafe sehingga mengambarkan pengalaman beliau melalui lukisan dalam komiknya!
Photo from Ives Yong
Tak sangka betul restoran ini mampu bertahan setelah bukan satu, dua tetapi bersepah kedai yang menjual makanan barat yang boleh dinikmati di bandar KL. Restoran ini masih segar dalam ingatan ramai pelanggan yang pernah berpeluang untuk mencubanya di Jalan Tunku Abdul Rahman.
Ada yang sempat untuk menikmatinya di lokasi asal? Kalau nak singgah sekarang ada beberapa pilihan outlet untuk korang pergi!
The Gardens Mall
📍 Lot LG 216, LGF, The Garden Mall, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
⏰ Setiap Hari (10 am - 10 pm)
Plaza 33
📍PG-02, Plaza 33, 1, Jalan Kemajuan, Seksyen 13, 46100 Petaling Jaya, Selangor
⏰Setiap Hari (10 am - 10 pm)
IOI City Mall
📍LG-051, Lower Ground Floor, IOI City Mall, 62502, Ioi Resort, 62502 City, Wilayah Persekutuan Putrajaya
⏰Setiap Hari (10 am - 10 pm)
Mungkin korang suka: