download Jom Explore app
Tahukah Anda, Model iPhone X Dianggap ‘Usang’

Tahukah Anda, Model iPhone X Dianggap ‘Usang’

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 19 Jul 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Anda masih menggunakan model iPhone X? Menurut Apple model peranti itu telah disenaraikan sebagai produk usang beberapa hari yang lalu. Selain itu, HomePod dan AirPods generasi pertama turut memasuki senarai ini.

Keputusan ini dilakukan oleh syarikat gergasi ini menerusi laman rasmi mereka. "Produk dianggap vintage/usang apabila Apple berhenti mengedarkannya untuk jualan lebih daripada 5 dan kurang daripada 7 tahun yang lalu," kata mereka.

Model iPhone X yang disenaraikan sebagai usang oleh ApplePhoto from The Verge

Adakah ini bermaksud anda perlu tukar iPhone X ke model lebih baru? Tidak jangan lakukan keputusan terburu-buru. Walaupun dianggap usang, Apple masih menyediakan Penyedia Perkhidmatan Sah Apple untuk membaiki produk usang sehingga 2 tahun lagi.

Tetapi bergantung pada stok alat ganti yang ada.

Dikeluarkan sempena ualng tahun ke-10 iPhonePhoto from MobileSyrup

Macam Baru Semalam Sahaja iPhone X Dikeluarkan

Apple Event sewaktu pengumuman model iniPhoto from The New York Times

Rasanya macam tak sampai beberapa tahun yang lalu model iPhone X dikeluarkan betul? Kalau anda nak tahu, iPhone X diumumkan pada 12 Septermber 2017 dan dikeluarkan pada 3 November 2017.

Pada waktu itu ia merupakan penambahbaikan yang besar dari segi reka bentuk dan ciri telefon pintar Apple. Ia juga merupakan tanda ulang tahun ke-10 iPhone dengan memperkenalkan beberapa perubahan ketara.

Reka bentuk baru tiada lagi home buttonPhoto from Apple

Perkara pertama ialah menghapuskan home button yang wujud pada model sebelum ini. Ini membolehkan paparan Super Retina OLED 5.8" meliputi keseluruhan skrin. Face ID juga diperkenalkan untuk menggantikan Touch ID.

Selain itu, model ini menggunakan sistem kamera TrueDepth dalam takuk di skrin dan turut menyokong pengecasan tanpa wayar. Penggunaan rangka keluli tahan karat dan reka bentuk kaca di belakang mengembalikan semula wajah mewah bagi iPhone X.

Menggunakan kaca di belakang memberi sentuhan mewah berbanding model sebelum iniPhoto from The Verge

Airpods Gen 1 & HomePods Turut Dianggap Usang

HomePod yang dikeluarkan setahun selepas iPhone X juga dianggap usangPhoto from Apple

Selepas iPhone X diumumkan, pada tahun yang sama HomePod turut diumumkan tetapi mula dijual pada 9 Februari 2018. Menurut Tom's Guide, "HomePod direka untuk berintegrasi rapat dengan Apple Music dan AirPlay.

Ia adalah speaker yang hebat. Namun, jauh ketinggalan di belakang Google dan Amazon kerana Siri hanya mampu mengawal Apple Music sahaja dan bukan perkhidmatan serta tugas lain,"

AirPods Gen 1 telah mengubah bagaimana kita dengar laguPhoto from tom's guide

Tambahan pula AirPods dikeluarkan pada 13 Disember 2016. Wireless earbuds mendapat pelbagai reaksi daripada orang awam namun tidak dinafikan bahawa ia merupakan produk yang inovatif.

Membantu pengguna mendengar lagu tanpa perlu terikat dengan wayar.

Tidak terikat dengan wayar memudahkan kita untuk gerak kesana kesiniPhoto from WSJ

Apa Pula Pandangan Orang Terhadap iPhone X Dianggap Usang?

Masih ramai rasa pelik mengapa Apple senaraikan sebagai usangPhoto from CNET

Pengumuman yang dilakukan oleh Apple telah mengejutkan segelintir netizen terutama peminat teknologi. Menerusi laman platform sesawang, Reddit. Berita ini mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna.

Majoriti terkejut mendengar perkara tersebut serta tidak memahami mengapa ia dianggap usang. Sedangkan ada beberapa model tidak dianggap usang seperti iPhone 7 dan 7 Plus contohnya.

Perbezaan antara model X dan 7Photo from The Verge

Tambahan pula, beberapa pengguna seolah gembira memberitahu mereka mempunyai model iPhone usang atau vintaj. Justeru itu, jika anda memiliki model peranti ini jangan risau kerana masih lagi boleh digunakan tanpa sebarang masalah.

Walaupun sudah lama ditinggalkan oleh Apple. Apa pendapat anda tentang perkara ini?

Adakah anda sempat guna model ini?Photo from The Verge

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok