download Jom Explore app
10 Negara Paling Aman Dalam Dunia 2024

10 Negara Paling Aman Dalam Dunia 2024

Hot & Viral
By Muhammad Aliff on 24 Jul 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Antara negara paling aman di dunia tahun ini. Malaysia naik sembilan anak tangga untuk menduduki tempat ke-10 menurut Global Peace Index (GPI) 2024 menjadi antara 2 negara Asia Tenggara dalam senarai ini.

Tahun lepas negara kita berada di kedudukan ke-19 dalam GPI 2023 menunjukkan peningkatan. Jiran kita, Singapura menduduki tempat ke-5 di dunia berbanding yang lain seperti Indonesia (48), Laos (49), Kemboja (70) dan Thailand (75).

Buat kali pertama Malaysia berada di tempat teratas negara paling aman di duniaPhoto from Sinar Harian

Laporan ini turut meletakkan Malaysia di tempat ketiga dari segi ketenteraan serta menyerlahkan kedudukannya antara lima teratas untuk keamanan dalam konflik semasa.

Selain itu, kawasan Asia-Pasifik terus menjadi zon kedua paling aman di dunia selepas 2017. Walaupun sedikit penurunan dalam keamanan sebanyak 0.1% dalam GPI 2024.

Sikap toleransi antara satu sama lain menjadi antara resipi kita Photo from kimkim

Malaysia pula ialah negara ketiga paling aman di kawasan Asia-Pasifik dengan New Zealand merangkul tempat pertama dan Singapura berada di belakangnya.

Apa Kata Global Peace Index Tentang Malaysia?

Menurut GPI, kedudukan Malaysia meningkat cepat berbanding tahun sebelum iniPhoto from theSun

Menurut GPI, "Malaysia ialah antara negara paling aman di dunia. Tempat ketiga di kawasan Asia Pasifik, pertama di peringkat global dalam kategori Konflik Domestik dan Antarabangsa Berterusan.

Negara yang berpenduduk 33 juta orang ini telah meningkat berbanding tahun sebelumnya. Buat kali pertama berada dalam 10 teratas," Apabila indeks diperkenalkan pada tahun 2008, negara kita berada di tempat ke-32.

Umum mengetahui negara kita yang berbilang kaum dan budaya terus menyokong sikap toleransi dan keterangkuman yang tinggi. Jika bandingkan dengan negara lain, kadar jenayah adalah rendah.

Campuran pelbagai budaya membuatkan kita lebih unik Photo from Libur

Ekonomi pula berkembang maju merendahkan kadar kemiskinan serta ketidaksamaan. Tambahan pula kerajaan yang stabil turut menggalakkan iklim sosial dan politik lebih aman.

Negara Apa Pula Yang Menduduki Kedudukan Lain?

Kedudukan setiap negara dalam GPIPhoto from reddit

Selain negara kita, berikut ialah negara paling aman menurut GPI:

  1. Iceland
  2. Ireland
  3. Austria
  4. New Zealand
  5. Singapore
  6. Switzerland
  7. Portugal
  8. Denmark
  9. Slovenia

Penduduk Iceland pasti tidak mempunyai sebarang kerisauan kerana mereka tinggal di negara paling aman di dunia. Iceland yang terletak utara Eropah merupakan ahli Kesatuan Scandinavia bersama Denmark, Norway, Finland dan lain-lain.

Terletak di selatan Bulatan Artik, pulau ini dikelilingi Norway, Kepulauan Faroe dan Greenland. Sejak penubuhan GPI, negara ini telah kekalkan kedudukan teratasnya selama 17 tahun berturut-turut.

Iceland terletak jauh di utara berdekatan dengan negara seperti NorwayPhoto from The Tour Guy

Selain mempunyai populasi terendah dalam negara anggota Nato. Iceland tidak mempunyai tentera darah, laut dan udara yang tetap dan pegawai polis biasanya tidak membawa senjata api.

Iceland juga sangat berbangga dengan sistem pendidikan yang cemerlang. Mereka telah disenaraikan antara negara terbaik di dunia untuk pekerjaan, pendapatan dan kesejahteraan subjektif.

Iceland juga mempunyai beberapa tempat menarik untuk anda explorePhoto from Iceland Tours

Sasaran Malaysia Untuk Dapatkan Kedudukan Lebih Tinggi Untuk Masa Hadapan

Kementerian Dalam Negeri meletakkan sasaran lebih tinggi untuk tahun seterusnyaPhoto from CNBC

Menurut Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, "Kementerian Dalam Negeri mahu meningkatkan kedudukan negara dalam GPI selepas mendapat kedudukan yang baik untuk tahun ini.

Indeks ini penting untuk mendapatkan kepercayaan pelabur. Kerana sebelum membuat pelaburan, pelabur ingin mengetahui betapa aman sebuah negara," tambah beliau.

Justeru itu, ia menunjukan kepentingan menjaga keamanan negara. Impaknya bukan sahaja terasa oleh kita, ia akan membuat nama negara jauh lebih menarik membantu membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

Apa pendapat anda tentang kedudukan ini?Photo from NST

Oleh itu apa kata anda tentang kedudukan ini. Adakah negara kita patut berada lebih tinggi?

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok