download Jom Explore app
Ramai Lelaki Gagal Memilih Seluar Dengan Betul

Ramai Lelaki Gagal Memilih Seluar Dengan Betul

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 13 Sep 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Ramai lelaki selalu bersikap acuh tak acuh apabila menyetuh tentang pemilihan pakaian terutama seluar. Kebanyakkannya beranggapan ia tidak membantu dalam penampilan serta gaya fesyen dan befungsi sebagai asas atau latar belakang pakaian sahaja.

Disebabkan itu, ramai lelaki sering memilih dan memakai seluar yang tidak bersesuaian dengan kaki mereka. Ini akan menyebabkan keseleruhan penampilan nampak pelik kerana memilih seluar yang salah.

Haa.. seluar juga memainkan peranan penting sama seperti jenis pakaian yang lain juga. Ia bukanlah penutup untuk bahagian kaki sahaja malah pemilihan yang betul dapat memberi penampilan struktur badan korang dengan baik!

Sebab itu, Min selalu memberi fokus kepada bab ini untuk lelaki yang ingin mengambil serius tentang gaya mereka. Ini belum sentuh tentang panjang serta paras labuh yang betul bersesuaian dengan kaki korang.

Pemilihan seluar dengan betul akan membuatkan korang lebih attractive tauPhoto from Pinterest

Oleh itu, jom tengok beberapa tips yang mudah untuk korang ikut untuk perbetulkan masalah ini dan memilih seluar dengan betul!

Tidak Semua Gaya Potongan Bersesuaian

Tak semua gaya potongan seluar sesuai dengan kaki korang tauPhoto from Pinterest

Peraturan asas dalam pemilihan seluar dengan betul adalah "simple is often better" kerana terdapat perubahan drastik dalam trend fesyen sejak kebelakangan ini. Sejak dari tahun 1970-an sehingga masa kini pemakaian seluar telah berubah mengikut zaman.

Dahulu, kita dapat lihat gaya potongan bootcut atau flare menjadi pilihan. Manakala, tahun 90-an dipenuhi dengan gaya santai seperti seluar labuh dan lebar sehingga tahun 2010 berubah menjadi semakin ketat untuk menunjukkan kaki korang!

Kini kita dapat melihat gaya potongan tidaklah terikat pada satu malah terdapat pelbagai jenis gaya potongan modern untuk korang pilih! Kalau ikut trend, gaya potongan bootcut, flare dan wide menjadi pilihan paling popular.

Namun, korang perlu ingat tidak semua gaya potongan bersesuaian dengan bentuk kaki korang tau. Kadang kala, ada sesetengah lelaki akan cuba memakai gaya bootcut untuk mengikut trend tanpa menyedari siluet kakinya kelihatan pelik kerana tidak bersesuaian.

Haa.. sebab itulah korang perlu memilih gaya potongan yang akan mencantikkan siluet kaki sekaligus membuatkan korang lebih tampan di mata wanita. Sebagai contoh, korang boleh bermain dengan gaya potongan straight cut kerana ia adalah potongan paling klasik!

Cuba pilih gaya straight cut yang bersesuaian dengan semua jenis kakiPhoto from Pinterest

Selain itu, potongan ini adalah lurus dari pinggang sehingga ke buku lali. Membuatkan kaki korang tidak kelihatan terlalu kurus atau berisi serta memberikan ilusi korang lebih tinggi tau.

Satu Jenis Seluar Tidak Boleh Dipakai Dalam Semua Situasi

Jeans kekal menjadi pilihan utama untuk semua lelakiPhoto from Pinterest

Jeans adalah pilihan paling popular untuk seorang lelaki. Berbeza daripada perempuan, lelaki hanya bermain dengan satu jenis seluar sahaja dan beranggapan jeans sesuai untuk dipakai di mana-mana sahaja tidak kira apa jua situasi sekalipun.

Pemikiran seperti ini akan menghancurkan gaya fesyen korang dan membuatkan korang lebih tertutup kerana tidak semua seluar sesuai untuk dipakai. Takkan korang nak pakai jeans ke majlis kahwin formal atau dalam meeting kan.

Oleh itu, korang perlu memahami jenis seluar yang ada mengikut situasi formal atau kasual. Ini akan membantu korang untuk mempunyai koleksi pakaian yang dapat berubah mengikut perubahan situasi. Takkanlah korang terikat dengan satu jenis sahaja!

Perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum korang mula membeli semua jenis yang ada bergantung pada gaya hidup dan dalam situasi apa yang korang akan memakai seluar tersebut. Adakah korang berkerja dalam ofis yang memerlukan pemakaian formal? Atau pemakaian kasual sahaja.

Selain itu, adakah pakaian formal ofis bersesuaian untuk pakai ketika menikmati masa bersama pasangan atau tengah melepak bersama kawan? Ini adalah antara faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum korang mula membeli!

Pertimbangkan gaya hidup korang dan beli seluar yang bersesuaianPhoto from Pinterest

Nasihat Min adalah mempunyai sepasang jeans, chinos, dress pants dan casual trousers sebagai permulaan untuk membantu korang mempunyai koleksi yang boleh berubah mengikut gaya hidup korang.

Ada Peraturan Ke Untuk Labuh Seluar Sebenarnya

Labuh seluar akan memberi kesan utama kepada penampilan korang tauPhoto from Pinterest

Kebanyakkan lelaki selalu menghadapi masalah membeli seluar apabila labuhnya melebihi panjang kaki kita. Apabila terlalu labuh, pakai dengan apa jenis kasut pun akan kelihatan pelik sekaligus menyebabkan kaki kita kelihatan pendek.

Cara solusi mudah adalah dengan melipat kain fabrik berlebihan bagi mengatasi masalah ini. Solusi yang lebih sesuai adalah menghantar ke kedai jahit untuk memotong kain berlebihan kepada labuh yang bersesuaian dengan kaki kita.

Namun, tak ramai tahu bahawa ada peraturan untuk memastikan labuh seluar akan memberi gambaran cantik kepada siluet kaki kita. Terma ini dipanggil sebagai "pants break" merujuk kepada lipatan fabrik terhasil apabila seluar jatuh ke buku lali kita.

Ada 4 jenis break yang ada dalam dunia lelaki iaitu full break, half break, quarter break dan no break. Ini akan membantu korang untuk mendapat labuh seluar yang sempurna dan menghasilkan penampilan lebih kemas serta bergaya.

Full break bermaksud seluar akan membentuk lipatan dengan banyak menunjukkan seluar korang terlalu labuh. Half break pula berada di tengah di antara terlalu labuh atau terlalu singkat. Manakala, quarter break lipatan itu terhasil tetapi hanya sedikit.

Terma untuk memahami labuh seluarPhoto from Pinterest

No break pula berlaku apabila seluar tidak akan menghasilkan lipatan tersebut kerana hujung seluar bertemu dengan paras kaki korang. Haa.. pemilihan labuh yang sesuai akan membuka nafas baru dalam gaya fesyen korang tau!

Keselesaan Pun Jangan Dilupakan

Keselesaan ketika memakai seluar jangan dilupakan pula tauPhoto from Pinterest

Bila korang dah jumpa seluar yang menepati kriteria dan ciri-ciri yang diperlukan. Korang perlu ingat bahawa keselesaan pun perlu dipertimbangkan dan akan memastikan korang kekal selesa sepanjang hari.

Bahagian pinggang hendaklah berada di skala tidak terlalu ketat. Peraturannya adalah korang boleh meletakkan satu atau dua jari dengan selesa di antara pinggang menunjukkan korang pilih saiz yang betul.

Selain itu, seluar perlu di pakai di paras pinggang korang tau. Bukan meluncur ke bawah! Ini akan membuatkan korang nampak lebih pendek dan memberikan penampilan yang tidak kemas.

Jangan risau, pemilihan seluar yang betul akan membezakan korang dengan lelaki yang lain. Skop gaya korang pun akan bertambah luas memberikan ruang baru untuk bereksperimen dengan pelbagai jenis fesyen lelaki yang berbeza.

Mungkin korang suka baca ini:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok