Rahsia Bagaimana Untuk Dapatkan Gaya Alex Turner!
Kebanyakkan lelaki yang bergaya selalunya adalah kaki pemuzik terutama geng rock n roll! Bukan sahaja suara mereka sedap malah mereka juga mempunyai keunikkan fesyen tersendiri yang dapat menarik perhatian setiap wanita terutama lelaki bernama Alex Turner.
"Siapa Alex Turner ni Min?", bermain dalam buah fikiran korang kerana tak semua mengenali rockstar hebat ni tau. Alexander David Turner dilahirkan pada 6 Januari 1986 di Sheffield, England.
Beliau menunjukkan minat mendalam pada muzik sejak usia muda dan bersama rakan sekolahnya, Alex membentuk Arctic Monkeys pada tahun 2002. Album sulung band ini. "Whatever People Say I Am, That's What I'm Not," berjaya membuatkan meraka menjadi terkenal pada tahun 2006.
Namun, ramai peminat Arctic Monkeys mengenali band ini bukan dari lagu tetapi daripada gaya Alex Turner yang sangat unik mengembalikan trend fesyen dekad sebelum dengan menggabungkan gaya seorang rockstar!
Kalau lihat sahaja gambarnya, korang pasti dapat merasai karisma dan personaliti daripada cara dia memakai setiap pakaiannya dengan penuh konfiden termasuklah rambut yang disikat dengan rapi kemas!
Photo from Pinterest
Patutlah ramai betul perempuan melihat Alex terus jatuh cinta! Kalau macamtu, apa kata kita cuba belajar apa rahsia disebalik untuk mendapat gaya Alex Turer ini. Jom!
Setiap Rockstar Memerlukan Jaket Sendiri
Photo from Pinterest
Kalau korang lihat gaya Alex pada awal sehingga masa kini terdapat perbezaan yang sangat ketara. Alex mula menunjukkan minatnya dalam dunia fesyen apabila melangkau masuk ke dalam era tahun 50-an dan 60-an
Beliau mengambil inspirasi pemuzik pada zaman itu untuk mencipta gayanya yang boleh dikategorikan sebagai gaya rockstar! Gaya rockstar memang takkan lengkap kalau tiada jaket sendiri!
Untuk Alex, jaket tersebut adalah jaket kulit berkualiti yang dapat bertahan lama dan kekal selama-lamanya untuk dipakai bila-bila masa ataupun setiap hari! Kalau korang tak minat tekstur kulit, boleh gantikan menggunakan jaket denim.
Pastikan korang sentiasa pakai jaket ini hampir setiap hari untuk membina wataknya supaya tidak kelihatan terlalu kekok. Pada mulanya, korang akan kelihatan pelik kerana memakai jaket ke mana-mana sahaja.
Namun, dari situlah korang dapat membina sebuah hubungan bersama jaket korang tau. Segala perjalanan kisah hidup korang turut dirasai oleh jaket kesayangan membuatkannya lebih dekat di hati.
Photo from Pinterest
Disebabkan itu, barulah korang dapat tiru sedikit gaya seorang rockstar yang wajib mempunyai jaket sendiri.
Sut Pelbagai Warna
Photo from Pinterest
Oleh kerana Alex sangat meminati gaya fesyen pada zaman itu, beliau akan mencari pakaian yang mengambil inspirasi daripada dekad itu. Sejak tahun 2013, Alex dilihat memakai sut dalam pelbagai warna tau.
Haa.. apa kata korang juga bermain dengan macam-macam warna! Tak perlu beli yang mahal pun. Korang boleh pergi ke mana-mana kedai bundle dan cari sepasang sut yang mempunyai gaya yang lebih kurang sama.
Dari situ, barulah korang lakukan sedikit alteration untuk memastikan ia tingkatkan postur badan korang menjadi lebih menarik. Korang juga boleh lakukan pelbagai eksperimen dalam memilih sut tau.
Mungkin ada hari korang akan pakai jaket sut sahaja bersama baju t kegemaran ataupun pakai seluar sut bersama kasut sukan untuk menghasilkan gaya moden! Hanya kreativiti korang sahaja yang akan menghalang proses ini.
Photo from Pinterest
Tetapi, kalau nak tiru gaya Alex. Korang perlu melihat beberapa gambarnya untuk memahami bagaimana Alex memakai sutnya serta kriteria yang dia cari supaya gayanya masih kekal dan tidak kecelaruan.
Sepasang Kaca Mata Hitam RayBan!
Photo from Pinterest
Seorang seperti Alex sentiasa berada di hadapan mata khalayak ramai kerana popularitinya. Beliau sentiasa menjadi tumpuan media ke mana sahaja dia pergi, kadang kala nak keluar sekejap pun ramai orang bawa kamera ambil gambar dia.
Disebabkan itu, sejak zaman mudanya lagi Alex memang setia dengan kaca mata hitamnya terutama daripada jenama Ray-Ban. Jenama ini memang sinonim dalam menghasilkan kaca mata hitam yang ikonik.
Sebut sahaja jenama ini, setiap lelaki pasti bermimpi untuk memiliki satu dalam koleksi mereka. Haa.. kalau nak beli sama macam Alex, korang perlu pilih model 'Wayfarer' yang menjadi kegemarannya.
Apa yang membuatkan kaca mata hitam ini sangat menarik adalah ia dapat tingkatkan penampilan serta watak korang secara semulajadi. Tambahan pula, korang pun akan mendapat sedikit personaliti macam seorang rockstar tanpa mencuba.
Model Wayfarer pula sangat sesuai dengan apa jua bentuk muka membuatkannya antara model yang ramai beli dalam katalog Ray-Ban. Tetapi, tak salah untuk beli jenama yang lain asalkan korang berpuas hati dengan pilihannya.
Photo from Pinterest
Selain itu, ke mana sahaja korang pergi jangan lupa untuk sentiasa memakai kaca mata hitam kecuali waktu malam.
Kemeja Berlengan Panjang Oxford Berjalur
Photo from Pinterest
Bakat Alex bukanlah hanya daripada kelebihan dari segi penulisan lirik lagunya sahaja. Beliau berjaya menunjukkan kematangannya dalam lagunya serta cara beliau bermain gitar di atas pentas.
Kemantangan Alex turut memberi kesan kepada keseluruhan gaya fesyennya. Inspirasi Alex memberikannya banyak cabang untuk memilih pakaian apa sesuai dan tidak sesuai dengan bentuk tubuhnya serta personalitnya.
Kerana itulah dia juga mempunyai kemeja berlengan panjang oxford untuk dipakai di atas pentas ataupun berada di situasi formal. Kelihatan kemas, tajam dan penuh bergaya melonjakkan serta mematangkan keseluruhan gaya Alex dengan mudah.
Korang boleh dapatkan kemeja gaya ini di mana-mana sahaja tetapi korang perlu peka dengan bagaimana potongan dan siluet kemeja tersebut apabila disarungkan. Kalau tanya pendapat Min, pilih lah satu saiz atas daripada saiz asal korang.
Ini akan memberikan gaya 'oversized' yang masih trendy masa kini tetapi masih mempunyai kekemasan yang korang cari untuk mencuri rupa Alex. Selain itu, kalau bosan dengan warna pilihlah yang berjalur!
Photo from Pinterest
Ini akan menambahkan lebih banyak dimensi kepada gaya korang tanpa memerlukan usaha yang banyak secara tanpa sedar. Kemeja ini pula sesuai untuk dipakai waktu kasual ataupun formal bergantung pada situasi.
Ini Rupanya Rahsia Nak Bergaya Macam Alex Turner
Haa.. ini adalah antara rahsia bagaiamana korang dapat tingkatkan gaya dan menjadi bergaya seperti Alex. Tak lupa juga untuk sentiasa bawa sikat ke mana-mana sahaja untuk kekalkan rambut kelihatan kemas dan rapi.
Selain itu, jangan lupa untuk bereksperimen dan mencuba pelbagai trend atau gaya baru yang berbeza dari Alex kerana dapat menghasilkan sebuah gaya yang unik kepada identiti korang sahaja tau.
Tak lupa juga, jangan terlalu obses untuk meniru kerana Alex nampak bergaya melalui karisma dan personalitinya. Oleh itu setiap pakaiannya nampak teratur! Haa.. selain daripada pakaian, pastikan korang pun mempunyai personaliti seperti seorang rockstar.
Mungkin korang suka baca ini: