Tempat Makan di Sekinchan - Hidangan Sedap dan Murah!
Jika anda pernah terfikir untuk mencari tempat makan menarik, sedap, dan murah di luar kota raya Kuala Lumpur, jangan lepaskan peluang untuk ke Sekinchan, Selangor! Kami akan kongsikan 6 tempat makan menarik di Sekinchan yang pasti memuaskan selera anda. Jadi, mari kita teruskan untuk mengetahui destinasi makanan yang menarik di daerah ini!
Sepanjang perjalanan ke sini korang akan nampak bermacam-macam kedai makan yang korang rasa nak singgah je setiap satu kedai tersebut. Jika merancang untuk ke sana, pastinya korang ingin tahu tempat-tempat makan menarik yang boleh dijumpa di Sekinchan. Mari min kongsikan 6 tempat makan menarik di Sekinchan.
1. Laman Tebu Aidil Orkid
Jika merancang untuk ke sana, pastinya korang ingin tahu tempat-tempat makan menarik yang boleh dijumpa di Sekinchan. Mari min kongsikan 6 tempat makan menarik di Sekinchan. Laman Tebu Aidil Orkid adalah tempat makan menarik di Sekinchan yang patut korang kunjungi.
Photo from IG | ayunie_smy
Lokasi ini sesuai bagi yang ingin merasai keenakan air tebu fresh yang ditanam sendiri di tengah-tengah ladang pokok tebu. Menu di sini ringkas tetapi sedap, antaranya kepak dan tongkeng ayam madu, laksa, nasi lemak, nasi impit ayam, air tebu dan buah-buahan.
Photo from IG | ayunie_smy
📍Lot 14307, Jalan Tali Air 4, 45400, Sekinchan, Selangor
⏰ 2 petang hingga 7 malam (Setiap hari)
2. Bus Cafe Sekinchan
Selain itu, korang juga boleh ke Bus Cafe Sekinchan yang terletak dalam sebuah bas yang diubah suai menjadi kafe. Kafe ini menyajikan pelbagai hidangan seperti Chicken Chop bersama pasta, carbonara, aglio olio, dan minuman unik dalam botol kaca.
Photo from FB | Robin Wong
Sebuah kafe yang glamor terletak di sebelah sawah padi. Ini adalah sebuah kafe yang wajib dikunjungi di Sekinchan untuk mengalami keunikan makan di dalam bas. Ia berhawa dingin di dalam dengan tempat duduk yang selesa untuk lebih kurang 36 orang. Pasti tempat yang bagus untuk bersantai dengan kumpulan rakan yang baik.
Photo from FB | Yummy~licious
📍 Lot 14307, Jalan Tali Air 4, 45400, Sekinchan, Selangor
⏰11.30 pagi hingga 7 malam (Jumaat - Ahad sahaja)
📞012-809 2216
3. AZR Mentarang Fresh Sekinchan
Buat pengetahuan korang, mentarang ialah sejenis haiwan laut yang berkerang. Di AZR Mentarang Fresh Sekinchan, ia dimasak dalam keadaan segar tau. Jadi, bagi anda yang baru nak cuba buat pertama kali, memang sesuai rasa di sini. Mentarang yang fresh dimasak dengan cara berbeza-beza. Boleh pilih untuk bakar, masak lemak dan lain-lain masakan selera kampung akan membangkitkan lagi kemanisan mentarang.
Photo from FB | Diyana Mukhayadi
Special-nya kat sini, dorang ada belangkas tau! Makanan laut lain juga ada di sini. Ikan siakap 3 rasa, kerang bakar, ketam nipah masak cili api adalah antara hidangan yang menjadi kesukaan ramai.
Photo from FB | We Go Travel
📍 Jalan Tali Air 7, Kg Sg Leman, 45400 Sekinchan, Selangor
⏰ 11 pagi hingga 8 malam (Setiap hari)
📞017-859 6328
4. Sekinchan Coconut Farm
Terletak di dalam ladang kelapa, kafe di Sekinchan Coconut Farm bukan sahaja menawarkan pemandangan yang cantik, malah menu mereka dengan mempelbagaikan buah kelapa turut menarik. Korang boleh menikmati buah kelapa fresh di sini, atau rasa air kelapa pandan yang dijual dalam botol.
Photo from FB | Sekinchan Coconut Farm
Selain itu, mereka juga menyajikan coconut shake yang sangat sedap. Antara makanan yang ada di sini adalah rojak, nasi lemak dan ah mah kuih. Walaupun kafe dipunyai oleh peniaga cina, jangan risau, rojak dan nasi lemak dimiliki oleh peniaga melayu dan makanan-makanan di sini adalah halal.
Photo from FB | Sekinchan Coconut Farm
📍Lot 14307, Jalan Tali Air 4, Sekinchan, 45400, Selangor Darul Ehsan
⏰0am-5pm (Sabtu & Ahad sahaja)
📞017-745 1263
5. Burger Stop Western & Grill
Hidden spot dekat Sungai Besar, Selangor ! Nikmati makanan western di tepi sawah padi menghijau. Berangin dan terasa aman melihat pemandangan sawah padi yang bening hijau sambil menikmati hidangan. Santai minda dihujung minggu orang kata. Burger Stop Western & Grill terkenal dengan makanan barat seperti spaghetti, meatball, chicken chop dan pelbagai jenis lagi makanan berasaskan western yang lain pada harga sangat murah. Jika anda penggemar makanan barat, min memang recommend sangat tempat ni.
Photo from FB | Burger Stop Western & Grill
Photo from FB | Burger Stop Western & Grill
📍 Parit 7 1/2 Timur Jalan Baru, Kampung Sungai Panjang, 45300, Sungai Besar, Selangor
⏰ 3 petang hingga 10 malam (Rabu - Ahad, Selasa cuti)
📞011-3533 5893
6. Chef Danial Halal Chinese Cuisine
Kalau nak makan masakan cina halal, singgahlah ke Chef Danial Halal Chinese Cuisine. Dia menyajikan masakan cina murah dan halal. Signature dish dia ialah sup ketam, ayam masak gajus dan cili kering, ikan stim teow chew, dan udang butter. Menu lain ada nasi ayam Hainan, Yee Mee, Wantan Mee dan Mee udang yang digelar Har mee.
Photo from FB | Halal Chinese Cuisine by Chef Danial
Photo from FB | Halal Chinese Cuisine by Chef Danial
📍Jalan Masjid, Kampung Parit Empat, 45400, Sekinchan, Selangor
⏰ 12 tengahari hingga 10 malam (Selasa - Ahad, Isnin cuti)
📞 017-351 4167
Selera anda pasti memuaskan masakan lazat di Sekinchan. Jom menikmati keindahan dan rasa unik makanan tempatan di destinasi menarik ini. Nikmati hidangan yang enak dan semoga pengalaman anda di Sekinchan penuh dengan kenangan manis!