download Jom Explore app
Lagenda Isteri Nelayan Bertukar Menjadi Duyung Cerita Misteri Nama Pulau Babi Besar, Mersing!

Lagenda Isteri Nelayan Bertukar Menjadi Duyung Cerita Misteri Nama Pulau Babi Besar, Mersing!

Jom! Cuti Staycation
By Ayunie Husna on 13 Jul 2023
Digital Editor

Eh, ada yang pernah dengar nama Pulau Besar yang terletak di Johor? Pulau Besar di sini bukanlah pulau di Melaka yang terkenal dengan cerita mistik dan kuburan kuno, tau! Pulau Besar di daerah Mersing, Johor, juga menjadi salah satu destinasi yang sering dikunjungi oleh pelancong. Tapi, tahukah kamu, pulau ini lebih dikenal dengan sebutan "Pulau Babi" oleh penduduk setempat.

Ia lebih popular dengan nama Pulau Babi Besar atau lebih ringkas dipanggil Pulau Babi sahaja. Bunyinya agak kasar, tetapi ada satu kisah legenda yang mengaitkan bagaimana tercetusnya pulau ini boleh mendapat nama sedemikian.

Pemandangan Pulau Babi BesarPhoto from Farouk

Bagaimana Terjadi Nama Pulau Babi

Nama yang agak unik, kan? Tapi ada sebuah legenda menarik yang menjelaskan asal-usul kisah tersebut. Konon, dulu kala ada sepasang suami istri nelayan yang tinggal di pulau ini. Si isteri yang tengah hamil besar sangat mengidamkan rumpai laut. Setelah memakannya, tiba-tiba si isteri berubah menjadi seekor duyung!

Lagenda Mengatakan Bertukar Mnejadi DuyungPhoto from Duyung

Si suami tentu saja marah melihat perubahan yang terjadi pada istrinya, jadi dia mengeluarkan kemarahannya dengan memaki-maki pulau ini dan memanggilnya "babi" berkali-kali. Akhirnya, nama "Pulau Babi" melekat pada pulau ini. Meskipun cerita ini tidak dapat dipastikan kebenarannya, namun legenda ini terkenal di kalangan penduduk setempat. Korang rasa logik tak? Min, rasa anggap saja Lagenda.

Pulau Babi Besar Berdekatan Pulau Yang Indah Di Mersing!

Pulau Babi Besar ini dikelilingi beberapa pulau lain seperti Pulau Sibu, Pulau Rawa, Pulau Tinggi dan Pulau Mensirip. Terdapat beberapa buah perkampungan kecil di pulau ini dan penduduknya mencari rezeki sebagai nelayan.

Keindahan Pulau Bbai BesarPhoto from Nor Hafiz

Pulau-pulau di sekitar Pulau Babi Besar menciptakan sebuah kawasan yang kaya akan keindahan alam, dengan pantai-pantai yang menakjubkan dan perairan laut yang mempesona. Keberadaan perkampungan nelayan juga menambah daya tarik tersendiri, membawa pengunjung untuk merasakan kehidupan pesisir yang unik dan budaya maritim yang menarik.

Dekat Sini Pon Ada Pelbagai Resort!

Terdapat beberapa resort di pulau ini untuk pelancong. Pantainya yang cantik dengan pasir yang putih menjadi tarikan mereka yang suka melakukan aktiviti skuba. Dari bulan April sehingga September, pulau ini selalunya menerima jumlah pelancong yang tinggi kerana musim cuaca ketika itu yang cerah dan bukan musim hujan. Resort yang ada juga tidak banyak jadinya kawasannya agak tenang dan damai!

Penginapan yang ada di Pulau Babi BesarPhoto from Bayu Resort

Penduduk Di Pulau Babi Besar Lebih Kurang 800 Orang

Pulau Babi Besar ini agak kecil. Lebarnya lebih kurang satu kilometer dengan panjang empat kilometer. Bahagian tengah pulau pula adalah kawasan berbukit dan boleh dilakukan aktiviti mendaki. Oh ya, dikatakan suatu ketika dahulu terdapat banyak babi liar di kawasan pulau ini, tapi kini dikatakan haiwan itu sudah hilang dan sukar ditemui. Haaa, Betul Ke?

Aktiviti Bermain Basikal Di siniPhoto from Amira

 

Tak sangka rupanya, Dekat Malaysia ni mempunyai Pulau yang cantik dan menarik untuk kita kunjungi tapi kita tak sangka di sebalik pulau ni ada nama yang tersembunyi untuk kita ketahui.

 

Anda Mungkin Suka:

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok